Saturday, December 11, 2010

Magnesium untuk otak~

Bismillahirrahmanirrahim...

kereta viva Fateh terus meluncur laju. Menyelusuri jalan utama Segamat-Kuantan di bawah sinar  segar mentari  dhuha yang indah. 

"Ali, enta mengantuk ke? Laa, baru sejam perjalanan kita, jauh lagi ni sheikh. kalau enta tidur, ana berhentikan enta lah kat sini!!"

Gurau Fateh bila melihat Ali tersengguk!

Pecah kesunyian kereta dengan deraian ketawa bengang dari Ali dan Fateh.

"Ish...sampai hati nak tinggal ana kat sini, tadi enta dah janji dengan mak ana, nak bawa ana selamat sampai ke Kuantan." protes Ali

"Ana gurau je. tu, pasang CD Maher Zain, tak ada lah bosan sangat." 

Every night and every day...

Every night and every day...

Never forget to say..LA ILAHA ILLALLAH... (lagu Maher Zain)

"Ali,apa hobi enta?"

"Em..membaca kot...kenapa?"

"Oh, bagus...berapa banyak buku yang enta bace dah?"

"Erk...(sambil menggaru kepala)  seingat ana, kalau buku...2 je yang habis baca...kalau majalah ke, blog ke, ada la jugak sikit2.."

jawab Ali jelas tak jelas..

Fateh senyum..

"Kalau setakat dua je Ali, enta pasti ke hobi enta membaca? hm..dah baca tu, ingat ke tak?"

soal Fateh lagak FBI

"Ha, tu satu lagi problem, susah  betul nak ingat apa yang dibaca" jujur Ali..

"Enta student farmasi kan? Ha, apa ubat untuk kuatkan ingatan?"

Bingung dengan sikap sahabatnya yang seperti bergurau, tapi muka serius!!

"Ubat khas tu tak tahu lah..tapi yang agak bagus untuk otak, magnesium. Boleh dapat daripada sayuran hijau." skema jawapan Ali.

"Oh... Ha, cepat Ali. Pi amek daun hijau tu. Banyak magnesium tu, bagus untuk enta" ujar Fateh sambil menunjuk ke arah pokok keladi beracun di luar keretanya, di tepi jalan. 

(spesis pokok keladi yang disuruh ambil)

Ali yang sejak azali lagi seorang yang mudah confius mengerutkan kening. 

3..2..1... Vroom..!!!!

Viva Silver tersebut menyambung perjalanannya di simpang selepas lampu trafik berubah hijau.

Muka Ali mula berubah. Ada sesuatu yang tidak kena tentang dirinya yang baru disedari.

"Kita ni Ali, kena banyak membaca. Ayat pertama yang Allah turunkan pun menyuruh kita supaya membaca. Enta tahu x, negara kita ini entah jetuh ke tempat berapa terbawah mengikut statistik pembacaan rakyatnya?"

Ali mengangguk lesu

"Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menguasai ilmu-ilmu Allah di bumi ini. Tidak guna jika kita berdegang-degang di atas pentas menuntut keadilan dan sebagainya, dengan keadaan kosong dadanya...sama je seperti tin kosong. Bingit tapi tetap kosong" sambung Fateh

Ali memandang sahabatnya.

"Ana tahu tu, tapi susah untuk ana praktikkan. Nak baca buku wajib pelajaran pun semput, inikan pula buku tambahan lain. "

Fateh meletakkan tangan kirinya ke bahu Ali. Masa ini Fateh perlu jadi matang, mungkin lebih matang sedikit berbanding sahabat seusianya itu.

"Kalau difikir sekali lalu, memang kita tak cukup masa untuk semua itu, tapi cuba cek balik, waktu makan, jalan dan tidur kita, lama tak kita peruntukkan?"

"Hm...sempat dilakukan dengan selesa yang memuaskan. Tapi boleh je kalau nak pendekkan."

ktak!! Fateh memetik jarinya pula seolah mendapat idea.

"Ha..!! nampak x?? sebenarnya, tak perlu masa yang lama untuk buat semua perkara harus tersebut. banyak lagi perkara bermanfaat dapat dibuat kalau kita tidur sekejap, makan cepat2, jalan laju2... 24 jam tu pasti cukup!!"

Ali menarik nafas panjang sehingga memenuhi inspiratory capacity di paru2nya.

Hanya suara Maher Zain yang kedengaran..

My dear brother and sister it's time to change inside
Open your eyes...Don't throw away what's right aside
Before the day comes when there's nowhere to run and hide
Now ask yourself...cause Allah's watching you 

Is he satisfied?...Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?  

Fateh sengaja berdiam diri, memberi sedikit ruang kepada sahabatnya untuk berfikir sejenak.

Beberapa detik kemudian, Ali menoleh ke arah sahabatnya. 

"Fateh, betul apa yang enta kata. Baru sekarang ana sedar, ilmu yang ditimba dalam kelas, buku pelajaran yang dibaca dari library memang tak cukup. "

Ali pandang ke luar tingkap, sengaja menyembunyikan kekerutan keningnya.

"Sebenarnya, jangan kata buku thaqafah, surat khabar pun ana jarang sentuh. Isu dalam negara boleh la sikit-sikit...tapi, kalau isu luar negara, even isu Palestin yang wajib umat Islam cakna pun ana tak tahu apa-apa... Ya Allah...teruknya aku...."

Ali menggeleng-geleng kepala. Penyesalannya betul-betul diyakini Fateh.

"Macam ni lah, apa kata lepas ni, enta rangka dan rancang betul-betul apa plan enta lepas ni. Sempena masuk sem baru ni, bagus jika kita ada azam baru. Jangan risau, masih belum terlambat lagi. Enta aset Agama Ali, enta lah antara mata rantai perjuangan. Ana yakin, enta mampu jadi orang yang lebih hebat daripada ana...!!" 

semangat Fateh bersuara.

tik..tik..tik.. signal kereta Viva ke kiri, membelok ke pintu gerbang UIA Kuantan.

"Ada apa enta masuk kampus? tidak terus ke Indera Mahkota?" 

Ali pelik

"Sekejap ye, ana nak bagi sesuatu pada seorang sister. Mak ana kirim."

Ali sungguh pelik. Mak? Apa kaitan mak Fateh dengan sister tersebut?

Viva tersebut berhanti di hadapan CF sister. Muncul seorang muslimat. Sopan.

Nordin keluar dari kereta, berbual pendek dan menyerahkan bungkusan makanan kepada sister tadi. 

PAP!! pintu kereta ditutup. 

"Wah...enta tak pernah cerita pun mak enta dah nak terima menantu. Bagus lah Fateh, ana tumpang gembira.."

Tersengih-sengih Ali.

tepat pada masanya, lagu dicorong speaker berbunyi, 

And with one voice let’s all 
Say...Say...Say...
Baraka Allahu Lakuma
Wabaraka Alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair (2x)


"Nah, ana bagi lagu ni kat enta... "

Fateh senyum saja dari tadi, dan mula bersuara,

"Enta ni la...pantang...kuat betul gosip... tau tak sapa Muslimat tadi?"

"Entah la, tunang enta kot." teka Ali

"Hahaha....lain kali tanya dulu.. dia tu anak sedara mak ana, merangkap anak susuan beliau. dengan kata lain, adik susuan ana la tu..mana boleh kahwin sheikh..HARAM..!!!"

Tenggelam suara Maher Zain dek suara dua sahabat tadi ketawa.

Yang pasti, Ali kini mempunyai azam baru. Azam yang bukan sekadar azam biasa,  tetapi azam yang akan mengubah hidupnya...demi Islam..!!

Friday, December 3, 2010

...P.I.N.D.AH...



Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun Hijrah dah nak bertukar angka... diam x diam dah nak masuk thun 1432H. Haritu ada dgr ustaz cakap kat TV, rancangan Tanyalah Ustaz TV 9. tajuknya HIJRAH

Antara isi penting yang melekat dalam hati anak mithali ialah tips macam mana nak berhijrah, dengan kata lain membina azam baru agar lebih cemerlang dalam hidup.

ustaz tu kata  "Tulis matlamat beserta langkah untuk mencapai matlamat tu"...wah..x tau la kenapa saya suka betul ayat ni. mungkin sebab sebelum ni saya tidak pernah berazam sesuatu dan menulis dengan jeLas satu persatu azam tersebut siap dengan langkah yang perlu diambil. 

Di bawah ni adalah panduan (cadangan) macam mana nak menulis azam kita menjelang 1 Muharram 1432H ni:

1-matlamat

2-modus operandi(langkah2 nak capai matlamat)

3-reward- jgn kedekut untuk reward diri anda jika azam atau matlamat tersebut tercapai

4- punishment-diri yang gagal mmg wajar didenda

5- kalau perlu, tulis due date

6-tampal atau pamerkan azam baru anda, tapi cuci dan pantau niat anda supaya x terpesong (bukan niat nak riak pada roomate atau keluarga, tapi jadi penguat semangat kita untuk laksanakan azam tersebut)

7-sentiasa doa pada Allah agar diberi petunjuk dan kekuatan melaksanakan azam tersebut

tu sahaja entry kali ini... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH DAN SELAMAT BERHIJRAH..!!  (^_^)

Thursday, November 11, 2010

Done 1 Chapter..!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..satu chapter daripada satu jilid perjalanan hidup saya dah berlalu...

       Semalam, selesai sudah peperiksaan akhir semester satu. satu kelegaan bila tamat periksa.. mana taknya, sejak tedika lg dah periksa, tp still kecut perut, rasa nak muntah dan stress minggu2 exam.. Dan selepas ni, satu perkara yang lebih mengecutkan perut akan dihadapi..iaitu RESULT EXAM... bismillahi tawakkaltu 'alaAllah....

     Oh ye, sebut pasal tawakal, baru2 ni ada orang beri pesanan pada saya dan rakan, bahawa jangan meletakkan doa, usaha dan tawakal dalam urutan usaha>doa>tawakkal, sepertimana yang kita diajar sejak kecil lagi, kerana ini bermakna kita meletakkan Allah jauh dibelakang. Sepatutnya Tawakkal>Usaha>Doa, ataupun semuanya harus berjalan serentak dan seiring.

     

      Betul juga..tak patut betul jika kita meletakkan tawakkal diakhir usaha, macamlah usaha kita tu kita sendiri yang buat, bukan Allah ke yang bagi kita kudrat untuk berusaha.. so, sebelum start usaha lagi, panjatkanlah pengharapan yang sungguh2 agar Allah beri sedikit kekuatan kepada kita untuk melangkah dan berusaha...tanpa izinnya, jgn kata nak bukak buku, bukak mata pun belum tentu mampu....ish3....

        

       Di akhir sem ni, byk dengar azam sahabat2, mainly about "sem2 depan taubat dah..x mo study last minit..nak buat study grup...baca trus stiap kali habis kelas...sblum kelas bace dulu nota...bla..bla..bla..." hihi.. setuju sangat.. InsyaAllah, jika diberi kekuatan, akan kami kotakan azam kami...

         

        Regarding to BIASISWA JPA yang saya dan sahabat2 dapat [bakal], dah habis satu sem dah, tak tau dapat bila. Buku personal loan dengan kakno dah makin tebal...hm..segannya..Saya bukan x sabar, dan insyaAllah saya bukan x bersyukur..tapi, musykil, kenapa la tak dapat2...?

         

       Tp bila difikir2kan, saya nak buat kesimpulan [pandangan peribadi, tanpa bukti naqli, sekadar dalil 'aqli], "tak pe la, mungkin duit JPA aku tu dah di labur (tabur) ke penduduk GALAS atas 'kesudian' mereka keluar mengundi..hmm..nak buat macam mana..PM bukan pokcik sebelah rumah saya...dah nasib badan..".

         Dah, tak tahu nak tulis apa lagi.. kepada sahabat2 yang bakal cuti sem seperti saya, sama2lah kita gunakan masa duk rumah sebaiknya, kalau dah tak tau sangat nak buat apa (semua benda, tugas dan taklifat dah selesai), pi tengok je muka mak anda, insyaAllah dapat pahala dan ketenangan... (^_^)V

        Ha, satu lagi (eh, tadi mcm dah x tau nk cakap apa), sapa2 yang balik naik kenderaan sendiri, hati2..sekarang musim hujan, jalan licin. kalau malam tu hujan, tunggulah matahari sejatkan sikit air kat jalan esoknya. Bagi yang mintak tolong pokcik driver bas bawak anda balik kampung, kalau beliau bawak laju, minx dia slow sikit, cakap "pokcik, boleh slow sikit x, saya ni tak kawen lagi.." hahaha.. [ke situ pulak]

       Ada satu kisah, seorang pemuda naik bas dari Johor ke Kuantan dengan sahabatnya. bas tersebut laju sangat. dia cakap pd kwn dia "kalo bas ni benti kat perhentian, aku nak suh pakcik tu bawak slow sikit.." dan, tak sampai 5 minit pastu, bas tu telah terbabas, dan pemuda tadi terkeluar dari cermin depan dan masuk tali air..dan beliau satu2nya mangsa kemalangan yang meninggal dunia.... T_T... dan tujuan dia pulang ke Kuantan adalah untuk bincang mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung tak lama lagi.. sedihkan cite ni?? ~al-Fatihah pada rohnya..

       [Ni btul2 perenggan last] Rasa macam nak pi pantai la..sini banyak pantai..bestnya..melihat kehebatan Allah dari ciptaan-Nya....kat Parit Yusof x de pantai, kalau parit banyak la....tp..xde sapa nk bawak....hm..

Saturday, October 30, 2010

Kompilasi Tips Peperiksaan

bismillah...

semalam di musolla lepas solat, saya dan beberapa sahabat berbual-bual..dalam kesibukan dan 'kegilaan' musim exam, sempat lagi kami bersembang. ish3...

tapi, sembang kami bukan kosong dan waste time tau. tiba2 ada dikalangan kami yang mencadangkan untuk buat tashji' (kata2 semangat) secara berantai. maklumlah, sekarang ni kami dah mcm zombie dah..dan di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi serba sedikit kata2 semangat dan peringatan yang saya masih ingat...

1) Keberkatan

exam ni sgt memerlukan keberkatan kerana result kita bukan setakat terhenti disini, tapi menjadi titik tolak untuk pekerjaan suatu hari nanti, jadi, amat penting untuk menjaga keberkatan (jgn meniru, berbincang, bawa 'toyol', etc). jika result kita x 'bersih', rezeki yang bakal masuk perut anak2, adik2 dan parents nant kurang berkat.

2) Al-Quran

dalam kesibukan study, jgn sampai lupa (buat2 lupa) untuk baca quran. selain tu, amalan tahajjud, dan dhuha juga sgt2 dituntut terutama time2 meruncing sekarang. 

3) Allah

hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. kebanyakan kwn2 (termasuk saya) kadangkala terlalu gelabah. beberapa kali dalam setiap hari mesti dgr keluhan "banyak nye nak kena bace", "knapa la masuk yang dari awal sem punya topik", "rasa kalo x tidur pun x kan habis bace ni", dan mcm2 lagi... sabar ye, kalo masa yg digunakan untuk merungut tu digunakan untuk baca nota yang banyak tu kan lagi bagus~

4) Benih

dalam 1 hadith Rasulullah, mafhumnya, jika ada benih digenggamanmu, maka taburlah, walaupun kau tahu esok kiamat. maksudnya?? study lah sampai ke saat yang  terakhir (bukan study last minit ye  ;P). selagi ada masa, study je, sampai dah nak masuk dewan skali pun, sbb kita x tau part mana yg keluar exam atau ada keberkatan dalam pembacaan kita.

5) Tangguh

khalifah umar abdul aziz pernah ditanya, tidakkah beliau mahu bercuti walau satu hari? bliau kata, "aku x sanggup melakukan kerja 2 hari dalam 1 hari". maksudnya.. JANGAN BERTANGGUH..!!

[pentazkirah diminta untuk mengingatkan kembali perkara ini di awal sem depan..ngeh~]

6) Sedekah

Musim2 exam ni, bagus sgt kalo kita sedekah...even dengan sebiji gula2. org yang mendapat itu akan mendoakan kita. ataupun kita boleh je blanja kawan makan dan kata "weh, doakan aku tau, aku nak pekse x lama lg ni"...

[ada yang nak blanje saya makan??]

7) Period

bagi sahabat2 permpuan yang sihat, jgn jadikan cuti anda sia2. ambillah masa walaupun 10 minit disetiap kali masuk waktu solat untuk dekatkan diri pada Allah, baca tafsir al-Quran ke, dgr bacaan quran dari mp3 ke,zikir, dan mcm2 lagi.. sudahlah sedia x solat, makin jauh pula dgn Allah jika hanya study, 24 jam.

8) Husnu Dzon (berbaik sangka)

Allah adalah pengatur segalanya, Dia tahu apa yang terbaik buat kita. maka setelah kita berusaha dgn penuh sungguh2 (separuh mati), tawakal pada Allah. insyaAllah kita dapat yang terbaik buat diri kita. seandainya result nant tidak seperti yang diharap, berbaik sangkalah dengan Allah, mungkin Allah akan kurniakan rahmat pada perkara2 lain.

9) Eustress

Eustress adalah keadaan stress yang mana dialami sementara dan memberi kelegaan bila kita melepasinya. contohnya nikah..stress sgt2 time genggam tgn tok kadi, tapi bila dah selesai, lega mcm nak terbang. (ye ke??) .. so, have a nice exam, sbb exam ni eustress je...insyaAllah x lama lagi kita lega... (^_^)

10) Kenapa Takut Sangat??

kenapa kita takut sangat dengan exam? nak pi mengadap peper je pun~ hihi.. sebab kita nak yang terbaik,kalau kita x kisah lulus or x, cgpa tinggi or rendah, mesti kita x takut or stress. setuju? so, mari aplikasikan dalam solat. macam mana? em..pernah x rasa takut bila nak angkat takbir time solat? takut jika dapat pointer dari Allah rendah..ataupun takut terbuat silap...?? lebih takut lagi jika solat kita dapat status FAIL..!! mungkin kita x pernah rasa takut ketika solat, kerana markah solat kita x dikeluarkan seperti result exam yang boleh disemak di hujung sem...sama2 renung kembali (terutama buat pemilik jari yang sedang menaip ini)

11) Doa dan Letak Matlamat

sebagai umat Islam, igtlah bahawa doa senjata kita. doa bukan sekadar membuat permohonan rasmi kepada Allah, tapi sebagai peringatan bahawa kerdilnya kita..hanya dengan exam kita sudah sangat takut dan mengharap pertolongan Allah. doalah dengan menyatakan sebab kenapa kita ingin perkara tersebut, insyaAllah akan dimaqbulkan.

dan mengapa umat islam dahulu lebih berjaya berbanding sekarang? kerana matlamat yang mereka letak adalah matlamat jangka masa panjang iaitu akhirat. berapa ramai dlm kalangan kita yang matlamat belajar terhenti setakat mendapat gaji besar, kerja baik, harta banyak...? boleh dikatakan majoriti bukan? 

12) Niat

Dan dalam banyak2 perkara yang penting diatas, yang terakhir ini adalah yang terpenting, iaitu niat. jika niat kitabelajar untuk dapat result bagus, itu sahajalah yang kita dapat (kalo dpt). jika study sungguh2 kita untuk mendapat redha Allah disamping menaikkan martabat umat Islam yang kian rendah, insyaAllah itu yang kita dapat.

oh ye, ada juga yang menyarankan supaya kita hayati 1 lagu ni. saya pun jadi suka sangat, sebelum ni dengar mcm tu je, sekarang baru paham... 

Lirik Nasyid HAKIKAT BAHAGIA-UNIC

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 
Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki



kesimpulan lagu??

hanya mengingati Allah, hati jadi tenang>senang nak study>mudah paham dan ingat>senang jawab exam>dapat CGPA lebih 3.5 > Allah redha....!!! amiin

Saturday, October 23, 2010

Bila Islam Jadi Alas kaki...

bismillah...

Dalam kesibukan minggu2 exam ni, anakmithali sempat juga menjengah akhbar2 online, walaupun tidak sempat untuk membaca semua berita yang ada, namun topik utama yang sangat tabarruj [menarik perhatian] saya iaitu IFF, Islamic Fashion Festival.. Allah...teruknya..!! 

Kalau dibaca tajuk event tu sekali lalu, mcm x de masalah.. tapi bila tengok gambar2 yang ada...ish, mcm nak bagi kaki je... dengan pakaian yang berlapis-lapis, tapi still transparent..saiz macam pinjam adik bungsu punya baju...diperagakan model2 yang ntah agama apa ntah...yang paling x boleh dimaafkan ada jugak yang buh tulisan jawi 'Muhammad' (saw) secara terbalik, lokasi pulak kat tempat2 sensitif.. sengal..!!! [marah sangat ni]. kalu ye pun jahil, jangan lah sampai menghina islam..

Pelik, ada orang yang bangga dengan kejahilan diri, siap datang menjadi perasmi..nonsense..!! [malunya saya nak mengaku orang m'sia].

Tak mengapa kalau anda kata saya tulis dengan emosi [memang btul pun]. jika mahu kupasan yang mendalam dan x ditulis dengan emosi, sila baca sini dan sini.

Saya juga tidak mahu meletakkan gambar2 yang x semenggah tu mencemari blog saya ini, tetapi jika anda nak lihat sendiri baju2 yang mahal tapi macam kain buruk tersebut, search sahaja kat google image.. melambak2 gambar ada... 

[dah cool sedikit] Sepatutnya, mereka yang menganjurkan program ini perlu mengikuti kelas fardu ain, khatamkan tajuk2 tentang pemakaian muslim yang betul...bukan penganjur sahaja, perasmi pun sama. cuba bayangkan kalau orang beli baju2 tersebut sebab nak 'berpakaian secara islamik'..Allah..brapa banyak dosa yang pihak penganjur tu dapat...

Itulah, zaman sekarang ni ramai yang mengaku islam, hakikatnya islam yang 'dipakai' mcm alas kaki, kalau perlu, dipakai, kalau nak masuk rumah boleh bukak.. knapa saya cakap mcm tu? ye lah..bagi mereka islam penting time nak nikah, nak beraya, nak bahagi2 harta pusaka...tapi time nak bersuka ria, berniaga [jual baju], tak payah fikir apa Islam suruh.. na'uzubillah...

Allahummahdina fi ma hadait...

Sunday, October 17, 2010

~kerana dia..insyaAllah aku sanggup...!!~

bismillah..

Alhamdulillah..
Allah beri aku peluang untuk hidup..
Sehingga umurku mencecah 20 tahun [15 Okt 2010]... 
Terima kasih Allah..kerana berikan aku nyawa..
Terima kasih mak..kerana pertaruhkan nyawa mu sendiri 20 tahun yang lalu...
Terima kasih abah..kerana bersungguh2 20 tahun 9 bulan 10 hari dulu..
terima kasih k.ni, k.izzi, a.emi, k.no, k.dila, k.imah, dan a.saleh...kerana sentiasa menjadi pendorong daku...
Terima ksih guru2 dan sahabat2 semua..kerana setia disisi memberi semangat kepadaku..


******


Bila masuk umur yang ke-20,pelbagai azam baru saya lakarkan dalam minda. [tidak perlu rasanya untuk berkongsi, biarlah Allah sahaja yang tahu..] namun, terdetik juga satu azam yang buatkan saya terfikir sendiri...memikir kembali wajarkah aku berazam demikian..sucikah niatku itu.. ya Allah,berikanlah petunjuk...
Saya yakin, ramai dikalangan rakan-rakan dan pembaca sekalian turut berkongsi azam tersebut. iaitu "ingin menjadi soleh dan solehah untuk mendapat yang solehah dan yang soleh nanti..." faham maksud saya? hm..bagus..
Maka atas doktrin ini, ramailah dara dan teruna berazam menjadi insan terbaik..

"ish, aku tak boleh bergurau senda dgn ajnabi (asing, halal kahwin) sebab aku tak nak suami aku nanti jenis yang galak dgn kawan2 perempuan dia.."

"tundukkan pandangan, takut dapat isteri mata liar.."

"tak boleh gelak kuat2, nant hilang thiqah, x de sapa yang nak."

"aku kena kuat solat, tahjud, puasa, ngaji, baru la pasangan aku nanti baik macam aku jugak."

"aku takut nak tengok cerita lucah, sebab takut bakal isteri aku pun peminat cerita lucah..!!! (na'uzubillah).."


Ataupun yang jauh sikit pendangan, takut melakukan sesuatu yang tak elok sebab tak mahu anak nanti jadi sama atau lagi teruk dari kita. sebab orang kata anak ialah bayangan parents masa dulu.
 
Haa..satu lagi budaya atau pegangan yang klakar (tapi logik la jugak) ialah, "ni makanan tinggal sikit je lagi ni..cepat2..sapa habiskan, dapat suami soleh...!!" maka berebut2 nak menghabiskan makanan tersebut... hahaha... tapi logik jugak, habiskan makanan=tak membazir (mahmudah), maka jika bersifat mahmudah, insyaAllah dapat pasangan yang bersifat mahmudah juga. senang bukan sifirnya..!! (^_^)

idaman insan..

tapi sahabat-sahabat, cuba kita renung kembali...akhlak harian kita, adakah dikawal dan perelok kerana 'dia' semata-mata? seolah2 nawaitu kita adalah "sahaja aku buat perkara2 baik ni supaya dapat suami/isteri yang baik  jugak nanti..!" Allah...betapa pincangnya pemikiran yang begini. kenapa tidak lakukan semua ini bervisikan keredhaan Allah dan kerana itu adalah perintah Allah..!



lantas jika ditakdirkan bukan rezeki kita untuk dapat yang terbaik [menurut kriteria yang disenaraikan], adakah kita ingin menyalahkan Allah? jangan begitu saudara dan saudari..



soal jodoh itu sepatutnya diletak nombor dua, bukan juara. ada yang menyenaraikan sifat-sifat pasangan yang menjadi idaman, lalu berazam untuk memenuhi dahulu sifat-sifat tersebut. memang tak salah..sungguh, tidak salah perkara itu, cuma cuci dahulu niat, bahawa ingin jadi sempurna seperti dalam senarai adalah kerana Allah, bukan semata-mata ingin suami dan isteri seperti dalam senarai.
let's purify our niat..

"jom sahabat-sahabat, kita sama-sama jadi yang soleh dan solehah kerana DIA, bukan kerana dia…!!"

Saturday, September 18, 2010

~LoVe FooD~ blog baru..nafas baru..

hari ini, Alhamdulillah saya berjaya mewujudkan sebuah blog baru.. ~LoVe Food~..

http://amalibudakdietetik.blogspot.com/

kalau bace sekali lalu, seakan saya ni kuat sangat makan... ish3.. sebenarnya itu lah blog yang saya impikan untuk diimarahkan sebagai dietetik student sekarang.. InsyaAllah sedikit sebanyak perkongsian tentang pemakanan saya coretkan di situ..

selain tu, insyaAllah blog ini akan terus bernafas, walaupun tidak serancak seperti yang sepatutnya... sekian... (^_^)

Saturday, August 28, 2010

~shopping di mydin kuantan~

bismillah..

tadi lepas exam BM, kwn2 ajak pi mydin

mula2 malas jgk sbb  x de apa nak dibeli

[sbnrnya x de duit sgt nak byr bila da beli nanti]

tp layan la jgk, release tension la kononnya 

[x de la tension mana pun ]

kak hawa kata nak sponsor tambang pi balik

[trima kasih kak awe]

dah sampai mydin, raaamai sgt org

rata2 beli brg2 persiapan raya

[terbayang mak n akak2 kat kmpung, msti lbih kurg je..bestnya]

x tau nak beli apa, nampak bakul sampah kale pink

igt nak beli, dah bwk kehulu ke hilir sambil tgok brg lain, "ish, x jd la, bukan penting sgt pun..btul2 luar pintu bilik ada sebijik tong sampah lambang UIA"

letak semula

tibe2 nampak loyang aluminium

"wah, best ni, bagi mak sebijik yg bentuk panjang, utk wat roti, kat umah x dak lg bentuk ni. amik la sebijik"

jln2...jumpa balang tutup warna warni..cantik..

"kak tasya nak balang gula? suka kale apa?"

"hijau.." [PAS sungguh kak tasha ni, balang gula pun nak kale hijau..]

amek la sebijik.. hm..apa lg nak beli... "oh ye, Teh cap LIPTON"

[mlm2 slalu teringin nak minum teh panas] ambil pek yg 20 uncang punya

jalan2 ternampak sesuatu yg menyeronokkan.. "wow, MI SEDAP..!! lamenye x makan..kalo beli kat asrama 90sen 1 peket, kalo ni murah sikit..hihi.." 

[kalo prof nik yg ajar nutrition n health tahu mesti geleng kepala je]

n beli gak 1 skaf utk solat. 

dah, tu je.

bratur paaaanjang sgt utk byr

bila da siap, kwn2 len sume x siap lg

smgt depa shopping

bila tgok bil, "ceh, plastik pun kene cas doposen.."

hm..sabo je la.. bgus gak, "save our planet"

jumlah bil RM15.30

[beli sikit pun cecah belas2 gak..duit..duit..mcm air]

kat luar pintu mydin,ada sorang pokcik [gaya cam ustaz]

duk mcm bukak kaunter.. 

"oh, ada kaunter zakat, baguihnya.."

tgok2, dia tmpal kadar zakat RM7 seorang.. Allah, kat tgn ada RM4.70 je

sementara tunggu yg len, smpat jgk tgok sorang pakcik muda byr 

"utk 3 org ye" sambil pegang duit RM50

sejuk ati...

ye lah, zakat fitrah ni mkin lama mkin ramai yg x bayar

bukan x de duit,

tp x de ati nak byr "alah, pusat zakat tu dah byk duit, duit zakat taun lepas pun x abes pakai lg"

[ish2..x patut...x patut..]

x lama kami pulang, naik keta pakteh

slamat sampai UIA

alhamdulillah...

"ini bukan kami...!!"

~tamat~

p/s: kalau anda jumpa org x mo byr zakat dan berkata "x yah bayo zakat, duit zakat taun lepas pun x abes pakai lg kat pusat zakat tu ha.."  maka jwb lah dgn tenang "ha'ah..btul gak..kalo gitu, hang x yah makan selama 7 hari, sbb tenaga hang x abes pakai lg pd hari ke-7 tu..!!"  >_<

Tuesday, August 24, 2010

~unta=camel=ibil~

bismillah..
                Tersebutlah kisah, bahawa seorang raja telah mengeluarkan titah pada semua pemuda di wilayahnya agar keluar mengembara. setiap mereka diberi seekor unta utk diguna sebagai tunggangan sepanjang pengembaraan. 

        Tugas mereka mudah sahaja, iaitu mengutip sebanyak mana barang yg bernilai [selagimana tiada pemilik]. Maka keluarlah semua pemuda memulakan pengembaraan... masing2 sibuk dengan urusan masing2:
-ada yg asyik mencari dan mengutip segala brg berharga dan menjaga unta
-ada yg tidak peduli dengan unta hingga unta sakit x berdaya
-ada yg terlalu asyik dengan untanya hingga terabai amanah utama

  Dan dalam byk2 golongan pemuda, pemuda jenis ketiga yg paling ramai bilangannya...mereka sibuk melayan kerenah dan segaa kemahuan unta mereka. unta2 mereka gemuk dan saolah2 manjadi TUAN kepada pemiliknya. mereka lupa tujuan pengembaraan tersebut.

  Sampai satu masa, semua pemuda dipanggil pulang ke negeri. saat ini, barulah pemilik unta yg leka tersedar. terkocoh-kacah pulang sambil penuh ketakutan didada. 

  Setiba di istana, satu persatu pemuda menunjukkan apa hasil pengembaraa. maka raja mengumumkan bahawa ramailah yg gagal dalam misi tersebut. dan org2 yg gagal harus dihukum. mereka merayu "wahai Raja,tolonglah beri semula unta kami, dan berilah peluang untk kami mengembara sekali lagi, nescaya akan kami bawa barang berharga.." 

  Namun, rayuan mereka hanyalah sia2..kerana..unta mereka telah mati...tiada lagi peluang kedua..selamanya...

                                                     ~tamat~



kisah ni sekadar analogi...

- pemuda = roh2 manusia
- unta = tubuh badan
- raja = Allah SWT

pengajaran:
- roh kekal kekal dan akan berjumpa dgn Allah..hidup selamanya di akhirat nant (kekal tidak bermaksud seperti kekalnya Allah).
- jasad adalah amanah yg perlu dijaga, supaya kekal sihat utk terus beribadah dan melakukan kebaikan, tetapi bukan 'dimanjakan' dgn mengikut segala kemahuan nafsu
- ajal dan maut hadir tanpa diduga ; x tunggu kita sedia @ x
- [mcm2 lagi, pembaca bole rangka sendiri..]

"dan in faqkanlah hartamu di jln Allah,dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dgn tgn sendiri dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berbuat baik" [al-baqarah:195]
pernah nampak unta hisap rokok?? ish3...
unta menyerupai org..eh..org menyerupai unta..eh..
ape2 je la...

Tuesday, August 10, 2010

GeMuk....

Gemuk baring atas timbunan hadiah kawen kak ni...so cute..!!

berehat2 di depan pelamin..."gemuk..gemuk.."

bismillah...

post kali ni bukan lah mengenai mana2 sahabat, atau artis, tapi kucing saya. saya x pernah menyayangi kucing sebagaimana saya menyayangi Gemuk. Gemuk lahir pd bulan Feb 2010. Nama Gemuk tu saya yang bagi, bukan kerana badannya gemuk, tp sebab bulunya yg sgt panjang, buatkan dia nampak sangat gemuk dan cantik... ibunya kami namakan Tayang (panggilan manja bg 'sayang'). Tayang ialah kucing kampung yg berbulu biasa. kami membuat kesimpulan yg Gemuk mendapat gene kucing parsi dari ayahnya. mak kata,mak pernah ukur bulu di ekor Gemuk,kira2 3 inci..!! mmg chubby...

sesiapa pun yg melihat Gemuk pasti terpikat, dan ramai yg melamar Gemuk utk dipelihara, tp mak x nak bg, sbb dia terlalu istimewa bagi kami. cuti sem saya selama 4 bulan lebih, penuh dengan kenangan manis bersama Gemuk. x pernah saya jumpa kucing semanja Gemuk. kalau saya atau mak baring di bilik dapur, dia mesti datang dan tidur disisi kami, kdg2 siap landing atas lengan...sgt manja.. 

pernah saya dan mak pergi ke Kedah beberapa hari, kak dilah yang ada dirumah waktu tu kata, Gemuk x de mood...tido je, xmo main2 sangat. tp bila kami pulang sahaja ke rumah, Gemuk semacam 'naik sheikh'... lompat sana, lompat sini...naik atas motor...main dgn adik2nya yg baru pandai bertatih...hm...jelas sgt kegambiraan di hatinya. mungkin kerana saya dan mak lah yg banyak luangkan masa bersamanya...jd adrenaline Gemuk keluar tanpa disekat2 lagi. sooo cute...

bila nak masuk kuantan, beritahu mak, mcm nak bwk gemuk je pi kuantan... tp mak x bagi, mak kata, biarlah dia kat rumah,buat teman dan hiburkan mak kat rumah. bila dah ada kat kuantan, pantang jumpa kucing, mesti saya nak panggil mereka Gemuk. setiap kali telefon mak, saya x kan pernah miss tanya pasal Gemuk. sayang sgt kat Gemuk...

6 Ogos ialah tarikh yg sgt ditunggu2 sbb saya akan balik, setelah genap sebulan di kuantan ini. tiba di rumah jam 10 malam. kak izzi ambil di pekan baru, bila sampai sahaja ke halaman rumah, kak izzi kata, "Gemuk 1 hari merajuk, x nak masuk rumah, x nak makan, x tau napa. pg td dia ada be**k sekali kat dalam rumah, dia rasa bersalah kot.." bila turun kereta, saya trus dapatkan Gemuk yg baring atas batu di halaman... rindu sgt2 kat Gemuk..tp..dia x respon..dia seolah tiada perasaan.. "demam kot Gemuk ni..."  sedih bila kepulanganku x 'disambut' gemuk...

pagi2 sabtu, mak bawak masuk Gemuk, kelihatan lemah, mungkin sbb semalaman x makan dan minum. Gemuk busuk time tu...sbb dia cirit-birit (cb). mak mandikan dan terus lap supaya dia x sejuk... gemuk naik atas kotak tepi mesin basuh dan trus berehat disitu. sgt lemah dan x bermaya. x lama lepas tu, dia jalan pula ke bilik dapur, tempat dia selalu tidur. saya ikutkan lgkahnya dan duduk menghadap sambil  pujuk dia supaya cpt sembuh... tiba2 Gemuk seolah2 hendak muntah.. cepat2 saya panggil mak dan mak keluarkan dia melalui tingkap dan letak atas tanah. tingkap bilik dapur rendah je sbb dapur saya dapur bawah (atas tanah).  lepas Gemuk gemuk muntah, dia lari masuk bawah rumah, mungkin 'malu' atau rasa 'bersalah'. kami hanya biar, bahu beri dia masa utk menyendiri...kesian Gemuk...

gemuk duduk sahaja bawah rumah...bila dipanggil, dia menyahut..tp suaranya seperti sakit tekak...bila tengahari, mak ambil dia keluar dari bawah rumah, letak dihadapannya nasi+ikan tumbuk,tp kami sgt terkejut kerana Gemuk terus berpaling. sedihnya... x tahu kenapa...  

kakni dan suami, a. saleh tiba dirumah dari melaka jam 6. mak cerita tentang Gemuk, a.saleh pun cari Gemuk sbb dia hilang, x tau ke mana. rupa2nya Gemuk sedang menyorok di bawah zink2 yang x dipakai sebelah rumah... Ya Allah..kesiannya... saya yg kebetulan ada di bilik air disuruh mak utk mandikan Gemuk... Gemuk busuk sangat...dia cb lagi dan kali ni lbih truk keadaanya. selesai mandikannya, dia trus tidak bermaya sampai kepalanya terlentok atas lantai bilik air. trus saya angkat dan kta padany "Gemuk, jgn la mati kat sini..heei..bngun2.."... sedih sangat..

kak ni, a.saleh, kak dilah dan saya trus bersiap2 utk hantar Gemuk ke klinik haiwan di bandar...sepanjang perjalanan, Gemuk diam je...x bergerak..x respon.. hanya kata2 semangat yg mampu saya beri padanya...mengharap dia mengerti.. "sabar ye Gemuk, kita dah nak sampai hospital ni..Gemuk mesti kuat..!!"

sampai sahaja di klinik, trus saya masuk dan jumpa dgn doktor, entah mcm mana, saya yg sgt cemas masa tu berkata "Doktor, tolong, kucing saya dah nak mati.." doktor usik2 hujung matanya.. ada respon, "oh, hidup lagi..x pe2, duduk dulu". Gemuk didaftarkan, katanya nombor pendaftaran Gemuk 11804. selepas itu, kami disuruh masuk membawa Gemuk  ke bilik rawatan. dia suruh letak gemuk di meja kedua, katanya meja 1 tu utk anjing, meja 2 utk kucing... 

doktor memulakan rawatan dgn masukkan termometer pd dubur Gemuk...kemudian di urut2 bahagian perut. "hati gemuk ni sudah bengkak...sbb tu perut dia terhimpit dan hilang selera makan..." kemudian termometer pula dikeluarkan "oh, suhu dia 35 C, sgt rendah bagi kucing. suhu normal kucing 38 C..." ya Allah...kesiannya gemuk...sgt bersalah bila teringat yg saya memandikannya td... selepas itu doktor sapukan termometer tersebut atas slide utk cek cacair dari duburnya di bawah mikroskop. ya Allah...doktor tunjukkan kami yang dalam usus Gemuk ada bakteria(B) yg sgt bahaya bg kucing..!!

saya x igt nama bakteria tersebut, yang pasti, B tu sekurang2nya sudah mendiami badan Gemuk selama seminggu. seekor B mampu bertelur sabanyak 250000 telur..!! bayangkanlah betapa sensaranya Gemuk selama ini... B tersebut akan serang hati,kemudian perut, dan akhir sekali usus. usus Gemuk sudah menjadi ulser,sbb itu cecair duburnya bercampur darah...B tu boleh didapati dari tanah, x berjangkit pd manusia, tp bole berjangkit pd kucing lain... maafkan kami Gemuk...

selesai rawatan, doktor bagi ubat, ada 2, 1 utk cb, 1 utk bunuh B. kos rawatan+ubat=RM200. doktor pesan supaya x bawak kereta laju2, takut Gemuk muntah.. kesian Gemuk...

bila sampai rumah, saya bg  ubat pd Gemuk. tadah air panas dalam botol utk letak sebelah Gemuk utk naikkan semula suhunya...dan kami semua keluar utk makan malam... jam 10 lbih saya sampai rumah... terkejut lihat gemuk sgt2 lemah, mak yg dah sampai dulu kata, dari td dia mengerang2, mcm org suaranya. trus saya duduk disisinya..sambil usap2... "Gemuk...bgun..jgn la mati dulu..Gemuk...Gemuk..." menyedari keadaannya makin tenat, x tertahan air mata..suasana terlalu syahdu..sesekali Gemuk kekijangan.. ya Allah..mungkin telah sampai masanya... bila rasa kaki depannya ya Allah..sejuk sgt... berlari ke dapur mengisi air panas dalam botol, dgn harapan dapat naikkan semula suhunya... bila saya kembali..gemuk seperti sudah putus nafas..tiada lg degupan jantung... innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

kubelek2 badan Gemuk dgn pnuh tangisan..namun tiada juga balasan...kuletak Gemuk dalam kotak semula dan pergi mencuci tgn....kini gemuk sudah menjadi bangkai...dia x lagi seperti dahulu yg boleh ku dukung...ku cium...dan ku belai... a.saleh melebarkan selimut Gemuk utk menutup kotak tersebut..saya naik ke bilik dan mengirim berita pd sahabat2...dgn linangan air mata yg tidak putus, saya terlena... sempat pula bermimpi yg Gemuk hidup kembali...!! 

pagi Ahad, suasana rumah sgt sayu...masing2 diselubungi kesedihan. sebelum pukul 7, saya turun ke dapur utk membuat roti...roti diuli dgn sebak didada,tanpa sedar,bergenang kembali mataku yg sedia bengkak.."alahai Gemuk..kau x sempat nak rasa roti aku buat..." jam 8 lbih, saya keluar rumah, membawa cangkul dan pergi ke tebing parit sebelah rumah...ketika itu, x tertahan lg sebak didada..aku menangis semahu2nya sambil menghayun cangkul.. setelah selesai, kubawa Gemuk yg sedah mengeras, sambil dibantu mak, Gemuk selamat dikebumikan...

tiadalah lg Gemuk di dunia ini...

kenangan bersamamu x kan kulupa sampai bila2..

Ya Allah..tidak kusangka Kau kabulkan doaku..

doaku sejak dahulu..

"Gemuk...kalau kau nak mati, jgn lari dari rumah tau...biarlah kau mati depan mata..supaya kami x tertanya2.."

Ya Allah...sudah Kau takdirkan aku pulang ke rumah...

ketika Kau menjemput kesayanganku ke sana...

aku bersyukur kerana pernah menyayangi mu Gemuk...

jgn lupa..nantikan aku di pintu syurga...

kepulanganku ke Kuantan penuh kesedihan... sepanjang jalan aku terigt pd Gemuk...linangan air mata x terkira titisnya...kurasa alam turut berduka..kerana hujan diluar sama lebat dengan 'hujan' didalam bas ketika itu... dalam kelas BioChem, Gemuk asyik dtg dalam igtn.. Ya Allah..kuatkan aku Ya Allah... aku tahu, Gemuk milikMu..Kau berhak mengambilnya walau tanpa relaku.. "sesungguhnya setiap yg baharu itu akan mati..hanya Allah yg kekal selama2nya..." cuma satu pintaku ya Allah, temukan kami disyurga nanti...

hingga saat ini,air mataku kembali mengalir jika aku teringat kesayanganku itu....

~Di Mana kan Ku Cari Ganti ~

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


~Jauh Kau Pergi ~
 

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku


jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih


pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih...


pagi sabtu, selepas dimandikan mak..

klinik haiwan di batu pahat

doktor cek pernafasan Gemuk

selaput bawah mata dan lidah Gemuk pucat, sgt kritikal..darah x sampai..

sangat lemah...dia x selincah dulu..mungkin sudah berada di dunia yg berlainan...


Gemuk berselimutkan selimut saya masa kecik2 dulu sementara doktor beri ubat

Gemuk sudah mengeras pada pagi Ahad...

saya menemukan Tayang dan Gemuk buat kali terakhir

kubur yg siap digali...

ubat untuk bersihkan kuman

ubat untuk cirit birit Gemuk

Friday, July 30, 2010

tolong la jgn pandang serong pada saya...

bismillah...


hari ni saya masuk kelas lambat...bukan 5 or 10 minit, tapi SATU JAM..!! huwaaaa.... lambatnya...kelas phychology... T_T

pg td roomates sume keluar awal,msing2 ada kelas kul 8.30am. jd sepagi tu saya duk relax2 dalam bilik. makan biskut sayur munchy's...bukak FB...sambil dgr bacaan quran imam Masyari...tukar simkad celcom kpd maxis sbb nak telefon mak...dan pape la lg..sangat bahagia...~

tiba2 jam 11.17am,saya tukar semula simkad celcom..trus masuk 4 msj.
msj 1st dari pipah
"amali where r u?"..
msj ke dua dari humaira
"slm..amali ada kt kls ke?"
msj ke-3 dari celcom
"you hava 1 misscall from _______", dia btau pipah call...
msj ke-4 dari kak alang
"salam,amali x dtg kelas ke? xchat ke?"


waaa....rasa cam nak nangis..tp klakar pun ada.. "aih,apa kene la aku ni...camne aku bole igtkan kelas cancel arini..?? " kih3... truk btul.. apa yg buat saya igtkan x de kelas ialah perbualan roomates semalam,aesyah n humaira,

"oh ha'ah..amali x de kelas esok,kita je la kene keluar pg2 sok" kata aesyah memecah kesunyian mlm.

"ha'ah,dia amek food prep,kita amek basic food sciense" balas humaira.. saya yg da hampir tido pun menyambut..

"gudnite semua..saya tido dulu ye..slamat study..tata.." dgn nada blagak sbb x de kelas..

diorang pun kata "ceh..ye la tu mali..." (eh, ada ke diorang ckp gini?? hihi..penyedap cerita kot..)



rupa2nya kelas depa seblum kelas phychology..yg saya ni pi fikir maksud ayat "amali x de kelas" ialah "phychology kelas cancel.." kih3..ntah pape..

makanya selepas dapat msj2 tu, msj pipah je yg saya layan. tnya pendapat sempat lagi ke kalo saya nak datang..dia pun bg semangat. trus sarung jubah (naseb bek la da mandi)... keluar2 ke jalan raya, Alhamdulillah ada bas..tp bila naik,x jln2 pulak basnya.. aduih..nak je cakap ngan pokcik tu "pakcik,bole x jln skrg? saya da lewat ke kelas sejam ni..!!" huhu.. tp x buat la..

bila da sampai dpn pintu kelas,takut seh nak masuk, beberapa minit gak kat luar. tetiba ada pulak bro keluar lalu pintu blakang (ketandas kot,x tanya pulak :P). mesti dia fikir "aik,biar betul,baru nak dtg kelas ke sis ni??" .. ah..lantak la,yg penting saya nak masuk... maka kukuatkan juga semangat,trus masuk dan duk barisan kedua blakang sebelah wani.. fuh.. selamat..

ada la dalam 20 minit lepas tu,kelas pun tamat... bila kelas abes,ramai la kwn2 tanya, "amali,napa lambat?? tetido ea?" aduih...cuba la positif sikit kat saya. T_T ..
dengan tenang saya kata..
"x la, bukan sbb tido,lama da bgun,tp ada la sbb.." tp ngan kwn2 rapat saya cita la detail..oh tidak... sengalnya daku~


oh ye..masa call mak,dgn gumbiranya cakap "patutnya mali ada kelas ni, tp kelas cancel. roomate mali sume x de,diorang ada kelas..!!" haha..truk kan??

k la, tu je. kalo u all terexperience benda yg same,jgn putus asa utk trus pi kelas tau. pi je,better late than never..huhu...

sedih sbb x de kwn nak ajak pi kelas sama2..

kelakar sbb kesengalan diri..

marah sbb x bijak dalam menafsir kata..

malu sbb masuk kelas lambat..

gumbira sbb igtkan kelas x de..

bersalah sbb main masuk je,x minx maaf ngan sir..

dan mcm2 lg perasaan ber+ baur..

kdg kala kita berasa sedih..

ketika mana insan disekeliling tersenyum bahagia..

walau zahirnya, kita ceria,

seperti mereka..

Tuesday, July 20, 2010

~UIA Kuantan - lebih banyak pokok daripada students..~




bismillah...

Alhamdulillah..kini,saya dan shbt2 da bergelar undergraduate students kat UIA Kuantan ni.. lama dah masuk sebenarnya,genap 2 minggu, tp x dan nak post dalam blog.

kini saya berada dalam Kuliyah of Allied Health Scieces, dan Department of Dietetics.. department utk Kuliyah ni ada 4, iaitu:

1- DIETETICS [pemakanan]

2- AUDIOLOGY [pendengaran]

3- RADIOGRAPHY [pengimejan x-ray]

4- OPTOMETRY [penglihatan]

selain Kuliah of Allied Health Science, ada juga Kuliayah of Medicine, Kuliah of Pharmacy, Kuliah of Nursing dan Kulaih of Dentistry.

kampus kami ni besar sangat kawasan dia...mayb sbb kuantan ni mmg banyak hutan dan x brapa ramai penduduk,so x pe la nak buat kampus besar2... hihi.. banyak lagi bangunan yg under construction. even masjid pun x siap lagi.. selain tu, bangunan utk Allied sendiri blum siap. makanya, bangunan medicine la yg menjadi main building kat sini,termasuk la pentadbiran. 

KOM (kuliah of Medicine) gambar diambil dari kawasan tengah

(bangunan berbentuk petak dan ada dataran ditengah2,siap ada kolam lg)

overview dari jauh. ni hanya gmbar

sebahagian pokok yg ada kat sini..hihi..

ramai 'freshie' yg masuk UIA kuantan ni membawa azam dan cita2 baru utk berada di sini.. antaranya nak slalu study kat library..x mo tdo lepas subuh..x mo ngntuk dalam kelas...x mustahil juga ada yg nak 'dirikan masjid' ketika masih study kat sini.. hihi.. apapun, semoga segala azam suci students tersebut tercapai..

doakan saya juga ye..

[tbe2 terfikir macam nak buat blog khas utk isi n rewrite what have i learned in classes.. tgok la mcm mana nnti...]

Thursday, June 24, 2010

durian belanda..

bismillah..

[ada org kata kalo tulis blog elok buat dalam point. tibe2 terasa gatal nak tulis blog kali ni dalam point jugak...]

1-pada suatu hari,mak beli buah durian belanda kat Air Hitam. 

2-mak beli 2 biji,satu biji buat kami,1 biji lagi bagi jiran sebelah umah,sbb anak bliau tgh pregnant n mengidam buah durian belanda katanya.

3-masalahnya buah tersebut masih mentah lagi,lalu mak kata kene biar dulu,dah lembut baru boleh makan.

4-setiap hari aku cek buah tersebut samada da masak ke blum,aku picit2,masih keras lagi.

5-beberapa hari pastu,aku rasa buah ni da cukup masak utk dimakan. time tu sume akak n abang aku ada kat rumah.

6-dgn lafaz bismillah,aku belah buah tu. alangkah hampanya aku...buah tersebut da busuk..!!! huwaaa...sedihnya..isi dalam dia kaler putih+pink+kuning...

7-britahu mak pasal buah tu.."mak,buahnya da busuk...dia masak terpaksa kot...x pe la,bukan rezeki kita..niat sedekah pd kulat dan makhluk2 lain la ye.."

8-mak pun turut meredhai tntg hal itu

9-sedih..

10-entah apa hikmahnya.

11-sedih... (saja nak banyakkan point :P)

12-then aku keluar pi bakar sampah,sbb masa tu dah nak kerja kwen akak aku,kene la bersihkan keliling umah..

13-tgh syok2 bakar sampah,tiba2 cik normah (makcik sebelah umah yg lain,bukan yg anak pregnant tuh) yg mmg ada time tu bagi aku sesuatu.

14-cuba teka apa dia?

15-x pe,biar saya jwb ye..bliau bagi aku SEBIJIK BUAH DURIAN BELANDA..!!!

16-ya Allah..Allah saje yg tau betapa gumbira dan bersyukurnya akau time tu... 

17-bliau kata,"amek la buah ni,dah masak,haritu tgok blum masak,arini tgok kok da kene makan burung sikit..."

18-dekat2 ngan port aku bakar sampah tu la pokoknya. ah,aku x kesa kene kongsi ngan burung pun,rezeki Allah,dpt free2 je. setakat kene kongsi ngan burung,kicik punya hal..

19-maka dgn esaitednya, aku bawa masuk. mak x de time tu,kluar beli barang.

20-bila mak masuk je,mak trkejut tgok ada buah durian belanda yg lebih BESAR..!!

21-kami pun bermuhasabah balik,benar lah janji Allah,kalo kita redha dgn ketentuan Allah,maka Allah akan tunjukkan hikmah dan kurniakan rahmah yg lebih besar lagi..

22-tamat

hihi..ada x org len buat crita guna point cam ni...?? best jugak rupanya... (^_^)

ni la buah durian belanda dari cik normah

  besarnya rezeki kami sekeluarga berbanding burung yg turut menikmati nikmat Allah ini..

Friday, May 28, 2010

'pat-pat,nye-nye'

bismillah..

pagi tadi, lepas sarapan je,kak izzi suruh aku siapkan kerja2 pembersihan sawang dan tingkap umah sebab nak pasang langsir baru.. dengan semangatnya,kerja2 pembersihan dimulakan... semangat woo sbb cuaca hari ni baik sangat..ditambah pulak aku pasang lagu2 nasyid best yang ada dalam Myiman...masyuuuk...

tibe2.....

datang sebuah motor+gerabak sawit masuk ke halaman rumah aku.. "alamak...sapa pulak ni..kok x kenal.." getus hatiku..seb bek pakaian aku bole dikata lengkap la jugak, (mana x nye,keje cuci tingkap kene bukak tingkap seluas2 nya) trus kuar ke pintu... 

"Assalamu'alaikum..maknye ada??" tanya pakcik tu..

"Wa'alaikumussalam..ada2..jap ea wak.." aku menunaikan kewajipan (jawab salam)..

trus lari2 anak ke dapur cari mak..

"Mak2..ada org datang cari mak..ntah sapa ntah..mali kok x kenal.. tapi macam wak ajis...x tau ada apa.." kataku separuh berbisik pada mak..

mak pun cepat2 keluar..

berdebar pulak aku rasa..tibe2 ada org datang..ada apa... nak minang aku ke?? haha.. (gurau semata2..)

aku curi2 dengar perbualan mereka (sebenarnya bukan la curik..sebab wak tu cakap kuat je..) kat pintu. 

"nak buat keje kawin nanti apa dah ada nenasnye?" tanya wak ajis dalam uslub jawanya.kak no btau mmg tu wak ajis (sebenarnya aziz..tapi org kampung panggil wak ajis..nama manja bliau kot ajis tu...hihi..) 

oh..baru tau,rupanya wak ajis ni nak jadi pembekal nenas masa majlis walimah akak aku minggu depan... mak pun mmg blum tempah mana2 nenas daripada jutaan tauke nenas kat kampung ni lagi (hiperbola sungguh).... ye la,kat kampung ni mmg ramai sangat yang ada kebun nenas sendiri..sbb rezeki Allah bagi pada kami ialah tanah gambut yang  sememangnya terbaik utk tanaman nenas,sawit dan kopi...nak tgok kebun2 ni secara real? jom mai parit usop..huhu..(promot kampung pulak..bangga ktua kampung aku kalo tau ni..)

dah mmg rezeki wak ajis kali ni...mak setuju nak beli nenas dgn bliau...tapi x tau la brape biji..or brape puluh biji..atau brape ratus biji..hihi..mak kene tanya ketua kendarat bahagian catering dulu, en.zainal.. 

cam ni kot rupa nenas2 wak ajis nanti..

aku pun truskan keje aku sebagai window cleaner...dalam hati aku,x putus2 kagum dengan wak ajis..sbb pandai dia cari ikhtiar utk jual nenas2nya itu... padahal bliau hanya bermodal rajin dan berni sedikit je bagi tujuan promosi tersebut.. cayalah wak ajis..respect woo.. cam ni la kalo nak jadi peniaga yang berjaya...kalo anda ada bisnes pape,jangan malas2 nak usaha...

kisah ni mungkin nampak simple..tapi pada aku cukup bermakna..x tau napa..mungkin inilah yang dikata pepatah omputeh "the early bird catches the worm" (juliahana yang ajar)...

ataupun masa kecik2 dulu,pernah x u all cakap "pat-pat nye-nye,sapa cepat dia punya" (pantun 2 kerat paling simple)..hihi..

sbb tu jugalah Islam suh kita ni berusaha kalo nak berjaya..contohnya wak ajis...kalo dia x usaha nak jual nenas2 bliau yang da hampir masa utk dituai tu,x kan bliau dapat duit utk menyara familynya..mmg betul Allah da tentukan rezeki buat kita semua,sehingga klau diibaratkan,epal dalam genggaman kita pun,kalo bukan rezeki kita,kita x kan dapat makan,ntah busuk ke dalamnya,ada ulat ke,pahit x tentu pasal ke..tapi kalo ikan pari yang ada kat dasar lautan tu,kalo Allah da tentukan itu rezeki kita,mesti kita berjaya merasai manisnya isi ikan pari tersebut (sedapnya ikan pari bakar~).

walaupun begitu,kita mesti berusaha utk mencari rezeki tersebut..."bulat x kan datang bergolek...pipih x kan datang melayang".. (^_^)

tu sahaja coretan kali ini....bersedia mengumpul tanaga utk esok hari pula.... sekian..wassalam... 

Thursday, May 20, 2010

~oh tuhan..aku sayang diriku ini....~


bismillah...
tatkala diri ini sedang mengklik blog2 sahabat2ku..sebagai penyegar hati dan minda.. tiba2 seorang sahabat dari mesir online YM..dgn status menyatakan ada sahabat yg sama umur dengan aku akan mendirikan rumahtangga hujung tahun ni...


yaAllah.. sungguh x sangka mendengar pengkhabaran ini..rupa2nya bukan seorang..tapi 2 org..!! sungguh 2 org sahabat yg bakal mendirikan masjid ini sememangnya sangat solehah.. dan bakal nakhoda bahtera rumahtangga mereka juga org yang soleh...


benarlah firman Allah..
"(lazimnya) perempuan2 yang jahat adalah untuk lelaki2 yang jahat, dan lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat ; dan (sebaliknya) permpuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari yang dikatakan orang-orang yang jahat ; mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. " -annur,26-


rasanya ramai yang sedia maklum dengan ayat ni..cuma sejauh mana kita faham dan hayatinya..

tujuan saya menulis post kali ini bukan lah ingin menyatakan keterujaan diri utk berumahtangga...sungguh,masih terlalu jauh bagi diriku utk ke tahap itu..
masih terlalu banyak perkara yang perlu aku perbetul..


dan yang paling penting sekarang,aim aku ialah utk jadi hamba kesayangan Allah..hamba yang mencintai Pencipta Cinta lebih dari segala2nya..


jangan mengharap yang soleh..
jika kamu bukan solehah..
jangan mengharap cinta manusia..
selagi cinta Allah entah dimana..
Allah..bantulah diriku..
menjadi hamba yang bersyukur...
taat...
dan takut kepadaMu....



insyaAllah...i will find the way......

Monday, May 10, 2010

TARBIAH YG KUDAPAT DARI KUCINGKU....

kuarga saya x pernah teringin nak bela kucing..bukan benci..tapi utk membelanya mmg tidak la..

tp sejak tahun lepas,ada seekor kucing yg slalu dtg ke rumah..minta makanan...sebenarnya tu kucing org sebelah rumah...x lama pastu,jiran kami tu pindah la pulak..hm..makanya kucing tu pun asik menempel kat umah kami....mula2 duk luar je..lama2 panjat tingkap pulak nak masuk..

lama kelamaan,kami jadi sayang pulak kat kucin ni..kucin ni kami pggil Tayang..sebenarnya Sayang..tp dimanjakan sikit bunyi nya..

smpai sekarang, Tayang cuma ada 2 anak je..da byk kali dia beranak,tp x panjg umo semua anak dia.. bela Tayang dan anak2 dia ni senang je..makan x memilih..tp kene rajin.. dianatang (bukan diorang) suka makan ikan..tp kalo nak bg ikan je tiap2 hari agak berat ati jgk..so slalunya kami gorengkan ikan kembung (ikan yg paling dianatang suka),pastu tumbuk lumat,then gaul dgn nasi..mmg agak renyah tp ok je...

arini x de ikan kembung kat umah..ikan caru sekor je yg ada dalam peti ais...so saya just goreng akan bilis,pastu tumbuk dan gaul dgn nasi..ntah camne ikan yg saya goreng tu terlebih garing pulak..agak pahit kot rasa ikan tu..bila kasi 'budak2' tu..mula2 punya la esaited nak makan..bila da makan...dianatang makan sikit je...kalo org tu,ada la 2 3 suap...pastu trus je depa minum air..pastu lepak bwh meja..

sedih sgt dianatang x makan byk..padahal sepanjg pagi x dpt mkn nasi lg..bila ckp ngan mak..mak kata "budak2 ni ikut sunnah Rasulullah la..kalo sdp,mkn banyak..kalo x sedap makan sikit..x komplen pun..bukan mcm org..baru x kene sikit rasanya..trus nak komplen.."

hm..btul jgk...saya pasti..'budak' tu sbnarnya x kenyang pun..sbb pastu saya bg kopok lekor goreng cepat je depa mengunyah...sedih pulak tgok..apapun..insyaAllah budak2 tu x lama lg akan kami pindahkan..atas sebab2 tertentu...

sekian kisah kucings saya..terhibur bila melihat makhluk Allah yang tiada dosa tu...

ni la Tayang....saaayang Tayang..!!!

Wednesday, February 10, 2010

main camp...

em..

bila kwn2 berbual tntg main camp,masing2 kata x sabar nak ke main camp..x kira gombak or kuantan..

tp..ntah la..stiap kali sebut main camp..sedih..cam nak nangis pun ada..

ntah la..x tau napa..

best sgt ke CFS ni??

mayb..

banyak sgt kenangan kat sini..pahit ada..manis ada..payau pun ada..

hehe..

yang pasti..sblum kuar dari sini nant nak amek gmbar puas2..dgn lacturers..dgn pemandangan kat cni..tmpat2 yang banyak kenangan(..SMAWP 2..SMAWP 3..LY..BLOK E..ANEX..SM..ZC..AMF..dll)..dgn pakgad..(byk gak kes dgn pakgad ni..hehe)..dgn kucing2..(pernah terpijak n***s kucing masa call mak..sdih sgt)..banyak lagi kenangan kat cni..

x kurang jugak kwn2 yang pi gombak..kak had..faezah..ros..kak midi..kak tirah..dan ramai lg..

hm..

org kata uia kuantan tu jaoh ke pedalaman..adeh..x bestnya...x de da mid velly..seksyen 14,pasar seksyen 17..sedih nye..kalo kat pj ni ada abg duk dkt..senang ckt hati.. pas ni..xde da sedara duk pahang,, seb bek janah ada duk kat keratong pahang,,hehe..msti slalu ikut dia balik nant.. 

ok la..

membilang hari je utk tinggalkan CFS yang dicintai ni..rasa cam baru je dftar kat cni..upenye da 2 taon da..yang ada short sem best gak..tp saya x de..x pe lah..better then ada (sbb kalo ada mksudnya ada kene repeat subjek,na'uzubillah)

ok la kali kedua..(hehe..td cam da nak abeh)

apapun..hidup masti diteruskan.. 

ALLAHU AKBAR!!