Saturday, December 11, 2010

Magnesium untuk otak~

Bismillahirrahmanirrahim...

kereta viva Fateh terus meluncur laju. Menyelusuri jalan utama Segamat-Kuantan di bawah sinar  segar mentari  dhuha yang indah. 

"Ali, enta mengantuk ke? Laa, baru sejam perjalanan kita, jauh lagi ni sheikh. kalau enta tidur, ana berhentikan enta lah kat sini!!"

Gurau Fateh bila melihat Ali tersengguk!

Pecah kesunyian kereta dengan deraian ketawa bengang dari Ali dan Fateh.

"Ish...sampai hati nak tinggal ana kat sini, tadi enta dah janji dengan mak ana, nak bawa ana selamat sampai ke Kuantan." protes Ali

"Ana gurau je. tu, pasang CD Maher Zain, tak ada lah bosan sangat." 

Every night and every day...

Every night and every day...

Never forget to say..LA ILAHA ILLALLAH... (lagu Maher Zain)

"Ali,apa hobi enta?"

"Em..membaca kot...kenapa?"

"Oh, bagus...berapa banyak buku yang enta bace dah?"

"Erk...(sambil menggaru kepala)  seingat ana, kalau buku...2 je yang habis baca...kalau majalah ke, blog ke, ada la jugak sikit2.."

jawab Ali jelas tak jelas..

Fateh senyum..

"Kalau setakat dua je Ali, enta pasti ke hobi enta membaca? hm..dah baca tu, ingat ke tak?"

soal Fateh lagak FBI

"Ha, tu satu lagi problem, susah  betul nak ingat apa yang dibaca" jujur Ali..

"Enta student farmasi kan? Ha, apa ubat untuk kuatkan ingatan?"

Bingung dengan sikap sahabatnya yang seperti bergurau, tapi muka serius!!

"Ubat khas tu tak tahu lah..tapi yang agak bagus untuk otak, magnesium. Boleh dapat daripada sayuran hijau." skema jawapan Ali.

"Oh... Ha, cepat Ali. Pi amek daun hijau tu. Banyak magnesium tu, bagus untuk enta" ujar Fateh sambil menunjuk ke arah pokok keladi beracun di luar keretanya, di tepi jalan. 

(spesis pokok keladi yang disuruh ambil)

Ali yang sejak azali lagi seorang yang mudah confius mengerutkan kening. 

3..2..1... Vroom..!!!!

Viva Silver tersebut menyambung perjalanannya di simpang selepas lampu trafik berubah hijau.

Muka Ali mula berubah. Ada sesuatu yang tidak kena tentang dirinya yang baru disedari.

"Kita ni Ali, kena banyak membaca. Ayat pertama yang Allah turunkan pun menyuruh kita supaya membaca. Enta tahu x, negara kita ini entah jetuh ke tempat berapa terbawah mengikut statistik pembacaan rakyatnya?"

Ali mengangguk lesu

"Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menguasai ilmu-ilmu Allah di bumi ini. Tidak guna jika kita berdegang-degang di atas pentas menuntut keadilan dan sebagainya, dengan keadaan kosong dadanya...sama je seperti tin kosong. Bingit tapi tetap kosong" sambung Fateh

Ali memandang sahabatnya.

"Ana tahu tu, tapi susah untuk ana praktikkan. Nak baca buku wajib pelajaran pun semput, inikan pula buku tambahan lain. "

Fateh meletakkan tangan kirinya ke bahu Ali. Masa ini Fateh perlu jadi matang, mungkin lebih matang sedikit berbanding sahabat seusianya itu.

"Kalau difikir sekali lalu, memang kita tak cukup masa untuk semua itu, tapi cuba cek balik, waktu makan, jalan dan tidur kita, lama tak kita peruntukkan?"

"Hm...sempat dilakukan dengan selesa yang memuaskan. Tapi boleh je kalau nak pendekkan."

ktak!! Fateh memetik jarinya pula seolah mendapat idea.

"Ha..!! nampak x?? sebenarnya, tak perlu masa yang lama untuk buat semua perkara harus tersebut. banyak lagi perkara bermanfaat dapat dibuat kalau kita tidur sekejap, makan cepat2, jalan laju2... 24 jam tu pasti cukup!!"

Ali menarik nafas panjang sehingga memenuhi inspiratory capacity di paru2nya.

Hanya suara Maher Zain yang kedengaran..

My dear brother and sister it's time to change inside
Open your eyes...Don't throw away what's right aside
Before the day comes when there's nowhere to run and hide
Now ask yourself...cause Allah's watching you 

Is he satisfied?...Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?  

Fateh sengaja berdiam diri, memberi sedikit ruang kepada sahabatnya untuk berfikir sejenak.

Beberapa detik kemudian, Ali menoleh ke arah sahabatnya. 

"Fateh, betul apa yang enta kata. Baru sekarang ana sedar, ilmu yang ditimba dalam kelas, buku pelajaran yang dibaca dari library memang tak cukup. "

Ali pandang ke luar tingkap, sengaja menyembunyikan kekerutan keningnya.

"Sebenarnya, jangan kata buku thaqafah, surat khabar pun ana jarang sentuh. Isu dalam negara boleh la sikit-sikit...tapi, kalau isu luar negara, even isu Palestin yang wajib umat Islam cakna pun ana tak tahu apa-apa... Ya Allah...teruknya aku...."

Ali menggeleng-geleng kepala. Penyesalannya betul-betul diyakini Fateh.

"Macam ni lah, apa kata lepas ni, enta rangka dan rancang betul-betul apa plan enta lepas ni. Sempena masuk sem baru ni, bagus jika kita ada azam baru. Jangan risau, masih belum terlambat lagi. Enta aset Agama Ali, enta lah antara mata rantai perjuangan. Ana yakin, enta mampu jadi orang yang lebih hebat daripada ana...!!" 

semangat Fateh bersuara.

tik..tik..tik.. signal kereta Viva ke kiri, membelok ke pintu gerbang UIA Kuantan.

"Ada apa enta masuk kampus? tidak terus ke Indera Mahkota?" 

Ali pelik

"Sekejap ye, ana nak bagi sesuatu pada seorang sister. Mak ana kirim."

Ali sungguh pelik. Mak? Apa kaitan mak Fateh dengan sister tersebut?

Viva tersebut berhanti di hadapan CF sister. Muncul seorang muslimat. Sopan.

Nordin keluar dari kereta, berbual pendek dan menyerahkan bungkusan makanan kepada sister tadi. 

PAP!! pintu kereta ditutup. 

"Wah...enta tak pernah cerita pun mak enta dah nak terima menantu. Bagus lah Fateh, ana tumpang gembira.."

Tersengih-sengih Ali.

tepat pada masanya, lagu dicorong speaker berbunyi, 

And with one voice let’s all 
Say...Say...Say...
Baraka Allahu Lakuma
Wabaraka Alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair (2x)


"Nah, ana bagi lagu ni kat enta... "

Fateh senyum saja dari tadi, dan mula bersuara,

"Enta ni la...pantang...kuat betul gosip... tau tak sapa Muslimat tadi?"

"Entah la, tunang enta kot." teka Ali

"Hahaha....lain kali tanya dulu.. dia tu anak sedara mak ana, merangkap anak susuan beliau. dengan kata lain, adik susuan ana la tu..mana boleh kahwin sheikh..HARAM..!!!"

Tenggelam suara Maher Zain dek suara dua sahabat tadi ketawa.

Yang pasti, Ali kini mempunyai azam baru. Azam yang bukan sekadar azam biasa,  tetapi azam yang akan mengubah hidupnya...demi Islam..!!

Friday, December 3, 2010

...P.I.N.D.AH...



Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun Hijrah dah nak bertukar angka... diam x diam dah nak masuk thun 1432H. Haritu ada dgr ustaz cakap kat TV, rancangan Tanyalah Ustaz TV 9. tajuknya HIJRAH

Antara isi penting yang melekat dalam hati anak mithali ialah tips macam mana nak berhijrah, dengan kata lain membina azam baru agar lebih cemerlang dalam hidup.

ustaz tu kata  "Tulis matlamat beserta langkah untuk mencapai matlamat tu"...wah..x tau la kenapa saya suka betul ayat ni. mungkin sebab sebelum ni saya tidak pernah berazam sesuatu dan menulis dengan jeLas satu persatu azam tersebut siap dengan langkah yang perlu diambil. 

Di bawah ni adalah panduan (cadangan) macam mana nak menulis azam kita menjelang 1 Muharram 1432H ni:

1-matlamat

2-modus operandi(langkah2 nak capai matlamat)

3-reward- jgn kedekut untuk reward diri anda jika azam atau matlamat tersebut tercapai

4- punishment-diri yang gagal mmg wajar didenda

5- kalau perlu, tulis due date

6-tampal atau pamerkan azam baru anda, tapi cuci dan pantau niat anda supaya x terpesong (bukan niat nak riak pada roomate atau keluarga, tapi jadi penguat semangat kita untuk laksanakan azam tersebut)

7-sentiasa doa pada Allah agar diberi petunjuk dan kekuatan melaksanakan azam tersebut

tu sahaja entry kali ini... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH DAN SELAMAT BERHIJRAH..!!  (^_^)