Friday, December 3, 2010

...P.I.N.D.AH...



Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun Hijrah dah nak bertukar angka... diam x diam dah nak masuk thun 1432H. Haritu ada dgr ustaz cakap kat TV, rancangan Tanyalah Ustaz TV 9. tajuknya HIJRAH

Antara isi penting yang melekat dalam hati anak mithali ialah tips macam mana nak berhijrah, dengan kata lain membina azam baru agar lebih cemerlang dalam hidup.

ustaz tu kata  "Tulis matlamat beserta langkah untuk mencapai matlamat tu"...wah..x tau la kenapa saya suka betul ayat ni. mungkin sebab sebelum ni saya tidak pernah berazam sesuatu dan menulis dengan jeLas satu persatu azam tersebut siap dengan langkah yang perlu diambil. 

Di bawah ni adalah panduan (cadangan) macam mana nak menulis azam kita menjelang 1 Muharram 1432H ni:

1-matlamat

2-modus operandi(langkah2 nak capai matlamat)

3-reward- jgn kedekut untuk reward diri anda jika azam atau matlamat tersebut tercapai

4- punishment-diri yang gagal mmg wajar didenda

5- kalau perlu, tulis due date

6-tampal atau pamerkan azam baru anda, tapi cuci dan pantau niat anda supaya x terpesong (bukan niat nak riak pada roomate atau keluarga, tapi jadi penguat semangat kita untuk laksanakan azam tersebut)

7-sentiasa doa pada Allah agar diberi petunjuk dan kekuatan melaksanakan azam tersebut

tu sahaja entry kali ini... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH DAN SELAMAT BERHIJRAH..!!  (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

Hanya berpikir saya akan komentar dan mengatakan tema besar, apakah Anda kode itu untuk diri sendiri? Benar-benar terlihat lebih sempurna!

anakmithali said...

maaf, saya kurang faham. boleh perjelaskan dengan bahasa yg lebih mudah?