Thursday, November 11, 2010

Done 1 Chapter..!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..satu chapter daripada satu jilid perjalanan hidup saya dah berlalu...

       Semalam, selesai sudah peperiksaan akhir semester satu. satu kelegaan bila tamat periksa.. mana taknya, sejak tedika lg dah periksa, tp still kecut perut, rasa nak muntah dan stress minggu2 exam.. Dan selepas ni, satu perkara yang lebih mengecutkan perut akan dihadapi..iaitu RESULT EXAM... bismillahi tawakkaltu 'alaAllah....

     Oh ye, sebut pasal tawakal, baru2 ni ada orang beri pesanan pada saya dan rakan, bahawa jangan meletakkan doa, usaha dan tawakal dalam urutan usaha>doa>tawakkal, sepertimana yang kita diajar sejak kecil lagi, kerana ini bermakna kita meletakkan Allah jauh dibelakang. Sepatutnya Tawakkal>Usaha>Doa, ataupun semuanya harus berjalan serentak dan seiring.

     

      Betul juga..tak patut betul jika kita meletakkan tawakkal diakhir usaha, macamlah usaha kita tu kita sendiri yang buat, bukan Allah ke yang bagi kita kudrat untuk berusaha.. so, sebelum start usaha lagi, panjatkanlah pengharapan yang sungguh2 agar Allah beri sedikit kekuatan kepada kita untuk melangkah dan berusaha...tanpa izinnya, jgn kata nak bukak buku, bukak mata pun belum tentu mampu....ish3....

        

       Di akhir sem ni, byk dengar azam sahabat2, mainly about "sem2 depan taubat dah..x mo study last minit..nak buat study grup...baca trus stiap kali habis kelas...sblum kelas bace dulu nota...bla..bla..bla..." hihi.. setuju sangat.. InsyaAllah, jika diberi kekuatan, akan kami kotakan azam kami...

         

        Regarding to BIASISWA JPA yang saya dan sahabat2 dapat [bakal], dah habis satu sem dah, tak tau dapat bila. Buku personal loan dengan kakno dah makin tebal...hm..segannya..Saya bukan x sabar, dan insyaAllah saya bukan x bersyukur..tapi, musykil, kenapa la tak dapat2...?

         

       Tp bila difikir2kan, saya nak buat kesimpulan [pandangan peribadi, tanpa bukti naqli, sekadar dalil 'aqli], "tak pe la, mungkin duit JPA aku tu dah di labur (tabur) ke penduduk GALAS atas 'kesudian' mereka keluar mengundi..hmm..nak buat macam mana..PM bukan pokcik sebelah rumah saya...dah nasib badan..".

         Dah, tak tahu nak tulis apa lagi.. kepada sahabat2 yang bakal cuti sem seperti saya, sama2lah kita gunakan masa duk rumah sebaiknya, kalau dah tak tau sangat nak buat apa (semua benda, tugas dan taklifat dah selesai), pi tengok je muka mak anda, insyaAllah dapat pahala dan ketenangan... (^_^)V

        Ha, satu lagi (eh, tadi mcm dah x tau nk cakap apa), sapa2 yang balik naik kenderaan sendiri, hati2..sekarang musim hujan, jalan licin. kalau malam tu hujan, tunggulah matahari sejatkan sikit air kat jalan esoknya. Bagi yang mintak tolong pokcik driver bas bawak anda balik kampung, kalau beliau bawak laju, minx dia slow sikit, cakap "pokcik, boleh slow sikit x, saya ni tak kawen lagi.." hahaha.. [ke situ pulak]

       Ada satu kisah, seorang pemuda naik bas dari Johor ke Kuantan dengan sahabatnya. bas tersebut laju sangat. dia cakap pd kwn dia "kalo bas ni benti kat perhentian, aku nak suh pakcik tu bawak slow sikit.." dan, tak sampai 5 minit pastu, bas tu telah terbabas, dan pemuda tadi terkeluar dari cermin depan dan masuk tali air..dan beliau satu2nya mangsa kemalangan yang meninggal dunia.... T_T... dan tujuan dia pulang ke Kuantan adalah untuk bincang mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung tak lama lagi.. sedihkan cite ni?? ~al-Fatihah pada rohnya..

       [Ni btul2 perenggan last] Rasa macam nak pi pantai la..sini banyak pantai..bestnya..melihat kehebatan Allah dari ciptaan-Nya....kat Parit Yusof x de pantai, kalau parit banyak la....tp..xde sapa nk bawak....hm..

No comments: