Saturday, October 23, 2010

Bila Islam Jadi Alas kaki...

bismillah...

Dalam kesibukan minggu2 exam ni, anakmithali sempat juga menjengah akhbar2 online, walaupun tidak sempat untuk membaca semua berita yang ada, namun topik utama yang sangat tabarruj [menarik perhatian] saya iaitu IFF, Islamic Fashion Festival.. Allah...teruknya..!! 

Kalau dibaca tajuk event tu sekali lalu, mcm x de masalah.. tapi bila tengok gambar2 yang ada...ish, mcm nak bagi kaki je... dengan pakaian yang berlapis-lapis, tapi still transparent..saiz macam pinjam adik bungsu punya baju...diperagakan model2 yang ntah agama apa ntah...yang paling x boleh dimaafkan ada jugak yang buh tulisan jawi 'Muhammad' (saw) secara terbalik, lokasi pulak kat tempat2 sensitif.. sengal..!!! [marah sangat ni]. kalu ye pun jahil, jangan lah sampai menghina islam..

Pelik, ada orang yang bangga dengan kejahilan diri, siap datang menjadi perasmi..nonsense..!! [malunya saya nak mengaku orang m'sia].

Tak mengapa kalau anda kata saya tulis dengan emosi [memang btul pun]. jika mahu kupasan yang mendalam dan x ditulis dengan emosi, sila baca sini dan sini.

Saya juga tidak mahu meletakkan gambar2 yang x semenggah tu mencemari blog saya ini, tetapi jika anda nak lihat sendiri baju2 yang mahal tapi macam kain buruk tersebut, search sahaja kat google image.. melambak2 gambar ada... 

[dah cool sedikit] Sepatutnya, mereka yang menganjurkan program ini perlu mengikuti kelas fardu ain, khatamkan tajuk2 tentang pemakaian muslim yang betul...bukan penganjur sahaja, perasmi pun sama. cuba bayangkan kalau orang beli baju2 tersebut sebab nak 'berpakaian secara islamik'..Allah..brapa banyak dosa yang pihak penganjur tu dapat...

Itulah, zaman sekarang ni ramai yang mengaku islam, hakikatnya islam yang 'dipakai' mcm alas kaki, kalau perlu, dipakai, kalau nak masuk rumah boleh bukak.. knapa saya cakap mcm tu? ye lah..bagi mereka islam penting time nak nikah, nak beraya, nak bahagi2 harta pusaka...tapi time nak bersuka ria, berniaga [jual baju], tak payah fikir apa Islam suruh.. na'uzubillah...

Allahummahdina fi ma hadait...

2 comments:

Mohd Naqib bin Mazlan said...

huuuurmmm........

vahehachmeister said...

Casinos Near Me | New Orleans, LA - MapyRO
Casinos near me 울산광역 출장샵 · Las Vegas, NV · Fort 경상남도 출장안마 Lauderdale, FL 서산 출장샵 · Hollywood, FL 동두천 출장마사지 · Memphis, TN · Hampton Beach, CT · Reno, NV. 부산광역 출장샵