Sunday, October 17, 2010

~kerana dia..insyaAllah aku sanggup...!!~

bismillah..

Alhamdulillah..
Allah beri aku peluang untuk hidup..
Sehingga umurku mencecah 20 tahun [15 Okt 2010]... 
Terima kasih Allah..kerana berikan aku nyawa..
Terima kasih mak..kerana pertaruhkan nyawa mu sendiri 20 tahun yang lalu...
Terima kasih abah..kerana bersungguh2 20 tahun 9 bulan 10 hari dulu..
terima kasih k.ni, k.izzi, a.emi, k.no, k.dila, k.imah, dan a.saleh...kerana sentiasa menjadi pendorong daku...
Terima ksih guru2 dan sahabat2 semua..kerana setia disisi memberi semangat kepadaku..


******


Bila masuk umur yang ke-20,pelbagai azam baru saya lakarkan dalam minda. [tidak perlu rasanya untuk berkongsi, biarlah Allah sahaja yang tahu..] namun, terdetik juga satu azam yang buatkan saya terfikir sendiri...memikir kembali wajarkah aku berazam demikian..sucikah niatku itu.. ya Allah,berikanlah petunjuk...
Saya yakin, ramai dikalangan rakan-rakan dan pembaca sekalian turut berkongsi azam tersebut. iaitu "ingin menjadi soleh dan solehah untuk mendapat yang solehah dan yang soleh nanti..." faham maksud saya? hm..bagus..
Maka atas doktrin ini, ramailah dara dan teruna berazam menjadi insan terbaik..

"ish, aku tak boleh bergurau senda dgn ajnabi (asing, halal kahwin) sebab aku tak nak suami aku nanti jenis yang galak dgn kawan2 perempuan dia.."

"tundukkan pandangan, takut dapat isteri mata liar.."

"tak boleh gelak kuat2, nant hilang thiqah, x de sapa yang nak."

"aku kena kuat solat, tahjud, puasa, ngaji, baru la pasangan aku nanti baik macam aku jugak."

"aku takut nak tengok cerita lucah, sebab takut bakal isteri aku pun peminat cerita lucah..!!! (na'uzubillah).."


Ataupun yang jauh sikit pendangan, takut melakukan sesuatu yang tak elok sebab tak mahu anak nanti jadi sama atau lagi teruk dari kita. sebab orang kata anak ialah bayangan parents masa dulu.
 
Haa..satu lagi budaya atau pegangan yang klakar (tapi logik la jugak) ialah, "ni makanan tinggal sikit je lagi ni..cepat2..sapa habiskan, dapat suami soleh...!!" maka berebut2 nak menghabiskan makanan tersebut... hahaha... tapi logik jugak, habiskan makanan=tak membazir (mahmudah), maka jika bersifat mahmudah, insyaAllah dapat pasangan yang bersifat mahmudah juga. senang bukan sifirnya..!! (^_^)

idaman insan..

tapi sahabat-sahabat, cuba kita renung kembali...akhlak harian kita, adakah dikawal dan perelok kerana 'dia' semata-mata? seolah2 nawaitu kita adalah "sahaja aku buat perkara2 baik ni supaya dapat suami/isteri yang baik  jugak nanti..!" Allah...betapa pincangnya pemikiran yang begini. kenapa tidak lakukan semua ini bervisikan keredhaan Allah dan kerana itu adalah perintah Allah..!



lantas jika ditakdirkan bukan rezeki kita untuk dapat yang terbaik [menurut kriteria yang disenaraikan], adakah kita ingin menyalahkan Allah? jangan begitu saudara dan saudari..



soal jodoh itu sepatutnya diletak nombor dua, bukan juara. ada yang menyenaraikan sifat-sifat pasangan yang menjadi idaman, lalu berazam untuk memenuhi dahulu sifat-sifat tersebut. memang tak salah..sungguh, tidak salah perkara itu, cuma cuci dahulu niat, bahawa ingin jadi sempurna seperti dalam senarai adalah kerana Allah, bukan semata-mata ingin suami dan isteri seperti dalam senarai.
let's purify our niat..

"jom sahabat-sahabat, kita sama-sama jadi yang soleh dan solehah kerana DIA, bukan kerana dia…!!"

2 comments:

suwaibah a aziz said...

betul...betul...betul

dadfitz said...

wah amali...betol2....i agree with u..:)
nice blog..