Thursday, December 17, 2009

~nikmat yang melimpah ruah...alhamdulillah...~



bismillah..

arini..aku ada kat rumah..cuti midsem seminggu..

bila ada kat rumah ni..nikmat makan sgt2 murah dan melimpah ruah..

kdg2 sampai takut jgk...bila teringat..negara len rakyat mati sbb x makan..m'sia..mati sbb byk mkn..

hm..nk wat cane..(alhamdulillah) aku dkurniakn seorg ibu yg sgt rajin dan pndai msk..(sama la dgn anaknya..) hehe..

napa aku nak sgt tulis post kali ni?

sbb rasanya hari ni ialah hari paling byk jnis masakan yg mak (dan anak2) masak..sbb:

1-kelmarin mak baru dapat duit pencen utk bulan ni

2-arini ada sedara datang satu family dari kL..

so,smlm beli belah kat pasar lambak parit yusof...

meh nak try senaraikan..

sarapan:

1-sandwich sardin

2-kropok lekor, mersing mari (mak da beli lame,simpan dlm 'esbox' sbb nak bg aku rasa..huhu..terharunya..)

lunch:

1-nasi tumis

2-ikan senangin sweet sour

3-sawi goreng

4-tempe+ikan bilis goreng sambal (sgt sdp!!!)

5-aym goreng kunyit

dinner (utk tetamu) :

1-nasi putih

2-udg goreng tepung sweet sour

3-ayam goreng berempah

4-sayur campur goreng

5-kangkung tumis udang geragu

6-asam pedas ikan merah

7-air jelly buah koktail

8-banana juice

high tea (utk tetamu) :

1-air milo panas

2-chocolate cake (mak buat)

3-maruku

fuh..rasanya tu je kot..tp sedih sbb dok dang nak ambil gmbr sume masakan..terfikir nak msukkan cte dlm blog pun da lewat mlm..jgn kata makanan,pinggan,priuk,kuali sume da siap bsuh dah pun....yang tggal hanya kenangan..(ewah)..

sbnrnya, mak aku ni akan jd smgt masak bila anak2 blik cuti dan bila ada org nak dtg umah.. skrg ni,suma adik bradik ada kat umah kcuali abang n his fmly..seronok tengok mak seronok..syg mak sbb syg kami !!! (^_^)

 ketua chef

kakitangan sokongan@pembantu chef

Saturday, December 5, 2009

Here to Heal...

terjaga aku dari tdur..

"ish pukul brapa ni..??"

arini kene bukak booth ke??

eh,arini ari apa..??

jumaat??

eh..la..sabtu rupanya...

fuh..lega..x yah bukak booth arini..

itulah yang berlaku pd sy tatkala terjage drpd beradu..ntah ape2..bgun2 teringat kat booth pulak..yelah..dah 4 hari tugas saya ialah bukak booth MEDCY utk exhibition H2H..

H2H...apa tu??

Here to Heal- adalah pogram besar MEDCY (medical sciences student society) selama smiggu.. ada byk even kecik dalam even yg besar ni.. bermula dgn opening ceremony pd isnin malam + tayangan filem KETIKA CINTA BERTASBIH. mlm ni sambutan kurang memberangsangkan.. mungkin faktor ctudent CFS sendiri yang sgt2 komited pd study..lbih2 lg the midsem exam just around the corner.. 

xhibition pulak kami buat kat foyer klinik...tempat yang x pernah2 org buat apa2 even selain drpd jd balai tunggu student waktu medical check up.. exhibition yang ada ialah:

1- The Miracle of Science & Al-Quran by DNW

2-Jualan pakaian utk wanita by Lovely Zahrah

3-Mystery of Mind by E&T (lajnah education & training)

4-sudoku & Rubik's Cube Game by mainboard of MEDCY

5-jualan buku2 keluaran Saba' Media by lajnah Econs

5-jualan buku2 Telaga Biru by Ku Atif & the gang

hari rabu ada talk The Power of Mind..oleh Tuan Hj Mohammad b Zakaria.. best..cume masalahnya x ckup kerusi ukt student duduk..maklumlah..Lacture Hall B mmg kecik..sampai ke tgga sister duduk dan brothers akibat malu nak lalu celah2 sister untk duk depan, mereka sangggup brdri kat pintu je..

khamis mlm ialah closing + ceramah bertajuk PASAK,oleh Dr. Arif b Kasmo,pensyarah UKM. talk tentang pnmuan science dalam al-Quran sgt menarik dan buatkan kami bertambah yakin bahawa Allah itu Maha Pencipa..Maha Bijaksana..subhanAllah...

sbnrnya walaupun da buat closing ceremony..tp pgrm kami x abes lg..hehe.. klakar pun ada.. 

tp sebab faktor exam yang da dekat sgt2,kami buat je closing crmony awal ckt.. x pe la..

esok (ahad) ada 1 lg even.. Run to Heal..iaitu marathon by ljnah Sport & Recreation. sy jd penjaga garisan pemulaan dan tamat je kot..huhu..

bg tujan promotion pulak..saya sgt2 bangga mempunyai cmte dr lujnah Pub&Info yang pakar dalam pembikinan poster.. poster2 yang sangat cantik yang meraka hasilkan terbukti kecantikannya bila poster kami utk opening telah dicuri sebanyak 3 kali..!!! sesuatu yang amat pelik..huhu..

most of my time saya duk kat exhbition jaga booth Rubik Cube dan sudoku..best.. baru saya tau rupanya ramai yang hebat selesaikan rubik cube,terutamanya brothers,ada yang x sampai 40 saat..Subhanallah..yang saya pulak bila x de org datang je, akan study camne nak selesaikan rubik cube ni.. dan baru mlm td saya berjaya..!! fuh..dan siap trmimpi2 mlm td main rubik..haha..ntah ape2..

apa pun,di ksmpatan ni, setinggi2 ucapan trima kasih saya ucpkan pd nasrul,julia,azam,naqib,mas,muntaqim,najwa,hafizah,luqman,'aina, atif,tiah,sidqi,nuur,bun,k.jal,shidah,leha,fahmi,atika,qis,inamul, syahmi,mira,afiq,husna,shake,syaraf,nik dan fateh..dan ramai lg subcome dr stiap ljnah kerana memberi spnuh kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjayakan H2H ni.. susah payah kalian  sume dalam bergerak kerja hanya dapat dibalas Allah.. maaf juga saya pohon andai sepanjang tempoh saya menjadi PC,saya x menjlankan tugas dengan baik..

k la..cukup sampai cni dlu..sok ada exam math2..x abes stadi pun lg.. 

wallahua'lam..

Sunday, August 30, 2009

up date blog..??

lama nya x update blog....

knapa ye???

idea bertimbun2..

tp malas nak tulis..

tiba2 terfikir..

ni ke yang dikatakan "tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu???"

sepatutnya..

biar sedikit,tp istiqamah..

hm..

mak slalu kata..

kalo buat kerja x siap..

cita2 susah nak trcpai..

btul kan..??

sama mcm nak makan..

rasa nak makan,tp malas nak suap..

makanan dpn mata,tp x de kekuatan nak pi basuh tangan..

hehee..

insyaAllah pas ni x malas lg..

doaku supaya thabat dalam perjuangan.. 

Allahu Akbar..!!

Sunday, July 12, 2009

~dapatkan coklat itu !!!!~

Hayatilah kisah ini..kerana ianya benar2 berlaku...

Pada suatu hari,saya dan rumate,Faezah diculik oleh orang jahat...kami dibawa ke sebuah bangunan. Kami cuba sepenuh tenaga untuk lepaskan diri. sangat takut!!

akhirnya hanya rumate saya je yang dapat lepaskan diri... saya??? Saya yang masih dalam tahanan diberitahu bahawa saya akan ditukarkan menjadi kura2!!!

(ni kure2 peliharaan anakmithali dan jannah)
hanya ada satu syarat diberi kpd Faezah jika nak bebaskan saya. dia mesti beri org jahat tu coklat cadbury. Di bangunan depan bangunan anakmithali di kurung ada sebuah kedai coklat,malangnya hanya ada 1 coklat yang dia mahu! Aghhh..!! Tp yang mana 1 ?? faezah buntu...
lebih mendebarkan,coklat2 di situ kian expired,buruk dan x leh diterima!! Kalo faezah gagal..maka,tiadalah lg 'Amali di bumi ini,hanya kura2 jelmaannya yang ada...
kelam kabut,kalut bercampur cemas faezah mencari coklat tersebut..
tiba2...
"Mali,sory..kami x dpt cari coklat tu....kami x nak mali jd kure2.." Faezah yang baru celik mata dari lena di pagi jumaat bersuara pd anakmithali yang sibuk wat Bio Lab Report! "La..mimpi apa faezah...???" dia pun cerita apa mimpi dia..
kih3..."sayang jugak faezah kat aku..!!!" monolog anakmithali dalam hati sambil gelakkan faezah..
petang tu,kami pun keluar pi MidValley,anakmithali nak beli MP3,dan Faezah nak beli coklat Cadburry..!!


Saturday, July 11, 2009

~tazkirah_ringkas~


Bismilllah...

apa yang kta ada..

bukan milik kita je..

ada hak org len jgk...

(petikan dr kata2 sahabat saya)

So,redha lah atas apa jua yang berlaku..walaupun sesuatu itu dah ada dlm genggaman,jika bukan rezeki kita,pasti kita x dpt mimilikinya. begitu jua sebaliknya... kegembiraan hakiki bukan hanya jika kita berjaya memiliki sesuatu,tetapi apabila kita dapat melihat insan lain tersenyum gembira...(" J)

Thursday, July 9, 2009

~MeRawaT 7 Penyakit Hati (siri satu)~

Bismillah..


Bulan lepas anakmithali beli sebuah buku bertajuk "Merawat 7 Penyakit Hati". sebab duit elaun blum msuk,beli buku ni kongsi duit dengan kak awe.

Makanya, anakmithali rasa begitu esaited nak kongsi isi kandungan buku yang sangat best ni dengan anda semua.

Kali ni anakmithali nak cerita tentang penyakit hati yang first skali iaitu AL-'UJUB iaitu MEMBANGGA DIRI...

apa maksud ujub ye?????

Ujub maksudnya membanggakan diri dengan segala sesuatu yang muncul dari dirinya. tp, dia x lah bandingkan dengan orang len. dengan kata len yang mudah difaham 's.s.' la..tau apa tu 's.s.' ?? maksudnya syok sendiri. hehee.. 

Orait,jom kita posmotem diri kita...have u ever said to yourself such this sentence.."ish,hensem jugak aku ni ek..??"..xpun.. "fuh,sedap seh suara aku jd imam td..!!" ..or.."cantik pulak aku hari ni,slalu cam biasa je..".. heheee..mungkin ada kan kalangan kita yang tercakap camni or ayat yang sewaktu dgnnye..? ha..tu la mende yang dikatakan sbg ujub..

Sat lg anakmithali akan btau causes n effects penyakit ni (ewah,mcm english level 5 CFS pulak)..!!

~CAUSES~

1-Lingkungan keluarga..(ibu bapa yang slalu bersikap ujub dpn anak2.so,remember.. si anak x pernah gagal meniru perbuatan ibu bapa!!!)

2-Pujian yang x sesuai dgn etika syariat..(Rasulullah menganggap buruk sanjungan dan pujian di hadapan orgnya.walaupun harus memuji,tp kene la dalam batas syariat)

3-Selalu bergaul dgn org yang suka ujub.

4-Lupa pd Pemberi Nikmat (mereka lupa pd Allah,anggap diri hebat sbb klbihan mreka sndri)

5-Semangat berjuang tanpa ilmu yang cukup (konon nak berjuang,tp x ckup persdiaan diri n x sedar kekurgn diri.so syaitan amek pluang dgn bisik "kau la org yang paling hebat dan layak utk memimpin..btul..huhu..")

6-Tak faham hakikat diri. (lupa asal usul kejadian dan tempat kembali pas mati;tanah)

7-Keturunan terhormat

8-Penghormatan berlebihan(Rasulullah saw melarang shbt2 bangun ketika baginda tiba,sabdanya "brg siapa mahukan org lain berdiri menghormatinya,maka bersiap2lah menempati tempat duduknya di neraka.."-hadis rwyt Abu Daud-)

9-Kepatuhan yang berlbihan (rasa org len kene patuh pdnya sbb dia pejuang yang 'hebat')

10-Pengabaian sikap ujub..(tau diri bersikap ujub,tp x mau ubah)

~EFFECTS~:

1-Terjerumus dalam sikap Terpdaya n Sombong

2-Terhalang dr bimbingan Ilahi

3-Putus asa tika diuji

4-Dibenci org

5-Mendapat seksa Allah dunia akhirat

Implikasi bg dakwah islamiah:

1-Da'wah islam mudah dilumpuhkan

2-Da'wah Islam mudah dilumpuhkan 

Simptom terkena this disease:

1-Merasa diri suci

2-Ignore pd nasihat org

3-Senang mendengar keaiban org len

How to cure?

1-Selalu sedar hakikat diri

2-Sentiasa sedar hakikat kehidupan dunia akhirat.

3-Always remember ni'mat dari Allah

4-Bertafakur akan kematian dan kehidupan sesudahnya

5-Dgr nasihat al-Quran dan sunnah

6-Sentiasa hadir majlis ilmu

7-Insafi keadaan org sakit

8-Kurangkan hubungan dgn org slalu ujub

9-Nasihati org yang memuji

10-Kawal sikap sombong

11-Sentiasa muhasabah diri

12-Faham effects of this disease

13-Memohon the helps from Allah

Ok,tu je lah post anakmihali kali ini. InsyaALLAH jika ada pluang,anakmithali akan btau penyakit2 hati len yang lebih kronik dan mesti di overcome oleh kita smua..tunggu...

Friday, June 26, 2009

  sedang anakmithali lalu dpn bilik

seorang sahabat...

tertumpu mata pada selipar ni... 

tau kenapa??

perasan x, selipar ni mcm back ground blog ni..!!

huhu..

terima kasih tuan selipar..pinjam jap, jd model..

Thursday, June 25, 2009

what if...

hari ni balik kelas bio..

jawab kuiz entah apa2..

maaf mdm..

igtkan dah faham..

bila kuiz baru tau...

x tau apa yang anakmithali faham..

pas ni mesti blaja sungguh2 lagi!!

sampai bilik..

rehat jap..

dah pukul 5 lebih..

blum solat.. 

penat (kononnya)...

roomate balik..

"mali,da semayang?" tanya bliau..

"blum,rehat jap.." jawab anakmithali..

"cuba bayangkan..macam mana kalo Allah berehat seminit dua dari bg oksigen kat kita...

mesti kita mati kan..??"

glurp..!!

pedas.. lebih drp nasi goreng black paper ACafe..!!

tajam..lebih drp parang lepas asah..!!

insaf!! Astaghfirullah..

maka anakmithali trus bangun lalu berwudhu'...

dan solat jemaah dgnnya di musolla..

Alhamdulillah...

anakmithali dikurnia roomate yang x nak masuk syurga sorg2..

sayang kak awe!!

Wednesday, June 17, 2009

~INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI`UUN...~

          "Mak kambing,maafkan saya. saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!"pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing tua, yang terpinga2.

      Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih anak?

      Tidak perlu.Hakikatnya,emak kambing,ayah kambing,anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut.Mahu diambil emak,mahu diambil anak,kuasa mutlak ada padanya.

       Namun, kerana ihsan yang ada pada diri,penternak kambing sentiasa mengambil kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian,kerana seluruh kandang itu miliknya.

(petikan dari buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA,tulisan Ust Hasrizal Abdul Jamil)

                Apa kaitan kisah kambing ini dengan post kali ini??? Kisah ini adalah analogi mudah untuk saya menggambarkan bahawa ALLAH merupakan PENCIPTA,PEMILIK,PEMELIHARA DAN PENGUASA ATAS SETIAP SESUATU. Adakah kita sebagai makhluk ciptaanNya dan milikNya harus diminta izin untuk diuji? ujian dalam pelbagai bentuk termasuklah penarikan semula nikmat pinjaman dariNya adalah hak mutlak Allah Ta'ala yang tidak perlu dan boleh dipertikaikan lagi. Setuju??

                 Hari ini,anakmithali telah diuji dengan 1 ujian yang telah menitiskan titik mutiara dari kolam mata ini. Tengahari,dalam kekalutan bersiap untuk ke kelas Physics,tersedar yang seutas gelang emas halus yang dipakai sejak tamat skolah (kerana duk asrama skolah x boleh pakai barang kemas) sudah 'lost contect'..!! YaAllah..mana pulak gelang ni?? aduih... dah la beli pakai diut pusaka tinggalan arwah abah. sangat sedih!

                   Cari jugak kat kwsan keliling,tp x ketemu.. Ah..biar lah dulu,petang karang cari lagi..yang penting sekarang kene pi kelas!  pulang dari kelas,mulalah operasi mencari..dah puas cari..x jumpe2 jugak.. hurm..ujian betul ni.. 

                   Puas juga memujuk diri agar positif dan cuba mencari hikmah yang bersembunyi,sedia dicari... anakmithali bisik pada hati.."sabarlah,,mesti ada hikmah. Allah x kan silap dalam melakukan sesuatu. YaAllah,andai dengan gelang tersebut menyebabkan aku berpenyakit hati, atau mengasihinya lebih dari mencintai Mu (na'uzubillah),aku redha dan rela engkau 'mengambilnya'..."

                  Roomate tersayang memujuk,setelah penat tolong cari skali "x pa lah,mana tau hilang yang kecik,mak mali rupanya dah beli yang baru dan lagi besar untk mali ke.." hehe..lucu..

                 Roomate tersayang lg 1 pulak,bila di beritahu,dia merespon,"xpe,mungkin Allah tarik sesuatu yang kecil tu sebab nak ganti dgn sesuatu yang lbih bernilai. mungkin bukan gelang,tapi ilmu ke,kajayaan ke.. InsyaAllah.." hm..sejuk ati dengar.. 

                 Terima kasih roomates ku..u all memang best!

    

                  Ha..ni lagi best,msj keramat dari MAK paling best kat dunia yang ada kat Parit Yusof..."Yang mas tu ke? alahai,manalah nak cari..xpe lah..nak buat macam mana,dah nak hilang. sedih memang la sedih..tapi redho lah.. Mali pakai je lah gelang Mekah yang mak bagi yang harga 5 rial tu..hehe.." mak..mak..memang best! x jd nak sedih.. huhu..

                   Maka petang tu anakmithali pun pergi ke pasar malam dengan roomate dan jiran bilik,beli aiskrim goreng! sedih2 jugak,hidup mesti diteruskan!! hehe..

                  Tu je, apapun dapat jugak nasihat dari sahabat agar bykkn selawat dan baca YA JAMI', (wahai Penghimpun)...insyaAllah boleh jumpa.

                Ingat lah,deen itu kata terbitan dari 'daina' iaitu adebted (berhutang). baru pg td mdm Salina ajar RIM kata "we make debt with Allah since we fertalized,born and until now we make accountless debt with Him.." sedarlah,even semolekul oksigen pun kita kira berhutang dengan Allah dan cara untuk 'membayar' hutang tersebut adalah dengan menyerah segala ketaatan pd Nya,setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap saat...abadan abada.. semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang sabar dan disayangi Allah Ta'ala...amiin..

Wallahua'lam...

 p/s:sesapa ada terjumpa gelang emas kat sekitar CFS,bole hubungi ana. ganjaran hebat sedia menanti,insyaAllah..!! trimas..(" J)    

Saturday, May 16, 2009

parit oh parit...

ha..kali ni saya nak kongsi dgn anda semua tentang parit..

parit?? kenapa dengan parit??

saya ni penduduk sejati johor,lahir di Muar dan membesar di Batu Pahat..kalau jumpa orang johor sendiri, dan tanya "Johor mana?" maka saya jawab "Batu Pahat". Lalu soalan selepasnya mesti "oo..Batu Pahat... parit apa??".. aneh x??

sebabnya..muar dan Batu Pahat memang pnuh dengan nama tempat mula dengan PARIT....
pernah satu hari saya naik bas dengan kawan sekampung,lalu di puluhan parit dan datang lah idea membuat TEKA-TEKI PARIT..!!!

SOALANNYA..
banyak2 parit,parit apa yang:

~paling tua?
PARIT SULONG
~paling stabil?
PARIT TNGAH
~paling hensem?
PARIT YUSOF (kampung saya la tu, hehe..)
~bole bergolek2?
PARIT BULAT
~dalam laut?
PARIT SAUH
~paling laju?
PARIT KUDA
~paling baik?
PARIT MASJID
~paling jauh?
PARIT ARAB
~boleh dimakan?
PARIT KANGKUNG,PARIT KURMA,PARIT KEDONDONG,
~boleh memabukkan?
PARIT SAMSU!
~paling keras?
PARIT SIMEN
~paling berkuasa?
PARIT RAJA
~paling banyak pinang?
PARIT PINANG SERIBU
~parit kerajaan PAS?
PARIT KELANTAN
~paling banyak duit?
PARIT ORANG KAYA
~paling wangi?
PARIT BUNGA
~paling isolated?
PARIT LUBUK
~selalu banjir?
PARIT PECAH
~the widest?
PARIT BESAR
~tak jejak bumi?
PARIT GANTUNG
~nikahkan orang?
PARIT QADHI
~ever green?
PARIT BARU

Hm..tulah antara parit yang saya dapat GLAMOURKAN kat sini. sesungguh nya orang2 Muar dan Batu Pahat memang hebat2 sebab 24 jam duk dalam PARIT!! hehe..
sebenarnya baaanyak lagi parit yang ada kat 2 daerah ni.. kadang2 terfikir juga,knapa org2 dulu letak nama parit ye?? kami membuat inferens,mungkin kerana stiap 1km (lebih kurang), akan ada sebatang parit,yang memisahkan dua kampung.. so bole dikata PARIT SEBAGAI SEMPADAN DAN PEMISAH KAMPUNG2 YANG ADA..

Pesanan saya....kalau anda datang ke sini, jangan terkejut dan bingung ye..terlalu banyak orang dari luar yang pening dan sesat mencari satu2 parit kat Muar atau Batu Pahat!!


~SUBUH YANG TERAKHIR~

bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

pada insan yang setia berkongsi susah dan senang

luahkan isi hati andainya sudah ditakdir
tadi subuh terakhir
bila berdakatan kadangnya makin kita leka
bila berjauhan barulah merindu di dada
selagi berkasempatan ucapkan terima kasih
andai esok takkan hadir
tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
namun dihati mampukah dilupakan
rayulah kemaafan jangan seblum nyawa dipulangkan
bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
andai esok takkan hadir
lihatlah saja isteri mu berkorban separuh nyawa
demi menjamin kebahgiaan anak dan suami tercinta
buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
sebelum semua terlewat
lafazkankan rasa cinta
andainys sudah ditakdir
tadi subuh...yang terakhir....

lagu: RABBANI


begitulah hakikat kehidupan.. andai ada salah dan silap,jangan lah bertangguh untuk memohon kemaafan dan bertaubat,sementara masih ada masa kerana Izrail tidak akan meminta izin kita dahulu sebelum menjalankan tugasnya. Buanglah rasa ego yang ada, kerana keegoan hanya akan "mengecilkan" kita di mata manusia..

Friday, May 15, 2009

sanah helwah!!

hari ni,15 may,adalah hari yang cukup bermakna buat beberapa insan yang saya kenali.. JANNAH, SHAFIQAH ZAILAN, NASYRAH, DAN HAZWANI!! Ramai nya ibu yang berjaya melahirkan insan atas bumi in 19 thun lepas..
  • semoga jadi anak yang solehah buat mak dan ayah..
  • semoga beroleh kajayaan dunia akhirat..
  • semoga di panjangkan umur beserta kshtn untuk beramal..
  • semoga di limpah-ruahkan rezeki untuk jadi pemurah..
dan ingtlah, "UMUR yang bertambah menyababkan HAYAT kalian berkurang!!"

ni la gambar SYAFIQAH dan saya ktika sambut raya di rumah saya.. ramai yang kata muka kami sama.. bila jalan2, ada org tnya "kembar ea??" hm..mungkin genetik kami dekat nak sama kot.. sebab.....kami sepupu!! sekarg study kat UM.. sama ke muka kami?? entah la...











ni pulak NUR JANNAH.. sama U, sama kos, sama mahallah, sama2 orang JAWA..!! hehe..

Thursday, May 14, 2009

~kawan~

Post kali ini ialah lagu yang saya isi dalam blog ini..
mari kita sama2 hayati mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan RABBANI ini...

Tuesday, May 12, 2009

Alangkah Anehnya Umat Ini..

Perasan atau tidak, dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang aneh yang melanda masyarakat kita...sahabat2 kita..atau mungkin diri kita juga sebenarnya ..

Anehnya..
kalau ada meeting, temu janji, atau kelas,kita sangat takut, malu, segan dan sebolehnya tak nak lambat. mungkin membayangkan 'iqab yang bakal menanti, dan tebal muka seinci untuk berhadapan dengan orang lain.
Tapi..tika azan berkumandang..tidak segan silu kita delay janji temu kita dengan Allah..walhal Dia tahu alasan sampah yang kita nak guna pakai.


Peliknya..
saat perut mula meraung memohon secicip nutrisi, ramai yang meggagahkan diri mengatur langkah menuju mana2 kafe yang menawarkan pelbagai sajian,disamping harga yang murah juga termasuk dalam ciri2 kafe pilihan.
Tapi..ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan nabi saw tentang tawaran 27 darjat jika solat berjema'ah seolah2 "plastik" di mata kita.. betapa kita "bersabar" mendengar jeritan kelaparan rohaniah kita. seakan tiada daya melangkah kaki menuju masjid dan musolla yang sekangkang anak kera cuma.

Uniknya..
setiap bulan,tidak akan kurang dari RM30 kita mengayakan syarikat2 telefon. "banyak urusan kerja dan society" alasannya.
Tapi..untuk menghubungi insan2 yang tak mungkin kita terbalas budi,yang perabis duit gaji membesarkan kita, berjaga malam saat kita sakit dan menangis manja menuntut perhatian,seakan terlalu sayang kredit atau tidak ada masa. apa tidak cukup dan optimumkah masa dan rezeki kredit Allah beri?

Janggalnya..
sebelum ke kelas atau keluar outing,rasa cacat dan tak sempurna penampilan kalau baju tidak bergosok,tudung herot berot,seluar senget sebelah dan rambut berserabut.
Tapi..time berdating dengan Allah,semuanya tangkap muat saja. asalkan pakai telekung,mengenakan kain pelikat ala kadar tak kesah kemas atau tidak,wangi atau sebaliknya,yang penting 'menutup aurat'. seakan tiada beza pandangan yang hakiki dan pendapat yang retorik.

Malangnya..
kita sibuk membuat pelbagai kerja untuk islam. sanggup tidur lambat,rela menahan perut,dan pelbagai macam pengorbanan.
tapi..bila time subuh bertandang,entah mana semangat dan jiwa jihad yang tadinya menyala2..

Kelakarnya..
duit yang ada tidak pernah dikira untuk mendapat pelbagai kehendak dan keinginan hati. berapa je,sanggup berhabis duit untuk makanan, shopping, dan melancong sana sini.
Tapi, jarang benar makhluk bernama duit ini di labur di tabung2 derma dan mangkuk2 pengemis yang kita jumpa.

Begitulah betapa peliknya perangai kita yang tidak kita sedar atau tidak mahu kita sedar.. bersama bermujahadah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. "Biasakan yang betul,betulkan yang biasa".Wallahua'lam..



Saturday, May 9, 2009

Susahnya Nak Senang..

Baru2 ni,saya memohon cuti 2 hari untuh menghantar mak,abang dan kakak ipar ke KLIA, kerana mereka ingin mengerjakan umrah..jadi sehari sebelum fligh mereka,saya pergi ke rumah abg di Kinrara puchong.

Alhamdulillah..pukul 5 ptg keluarlah saya dari mahallah tercinta ini..bismillahh..dengan nama Allah..saya melangkah.. berhasrat nak singgah di ATM dpn klinik CFS, keluarkan duit yang berbaki seciput mungkin. klik..klik..klik.. astaghfirullah,macam mana boleh salah budjet ni??! baki duit hanya RM12!! mcm mana ni..ringgit yang terakhir dlm purse bari diserah pada makcik cafe ZC,membeli ice blended. 1 je jalan yang Allah ilhamkan;pinjam kawan. telefonlah seorang sahabat saya menyuarakan hasrat. dengan penuh harapan dan smbil memujuk hati "xpe,sabar..sabar..tarbiah..tarbiah..". berjayalah saya meminjam RM5.

Menunggu bas Rapid dpn pagar CFS ni x jadi masalah. Sampai sahaja di KL Sentral, tunggu bas dengan penuh dbaran sebab pertama kali ke Puchong menaiki bas. seram juga kalau tersilap ke.. bila sampai bas U70,debaran hati makin terasa.mana taknya,subhanallah..ramainya orang!! majoriti ialah kaum adam dr "overseas"@"foreigner"@ nama glamour pekerja bangla dan indon di M'sia "sejahtera" ni.

Yang kali ni lebih mengujakan untuk dikongsi. Selama hidup saya, naik turun bas sejak form 1, rasanya ni lah perjalanan yang paling mencabar, menguji stamina, menguji emosi, mencabar kesabaran dan memberi kenangan. sukar nak gambarkan betapa sesak nya bas tersebut, boleh dikata "ikan sardin dalam tin pun lebih selesa..". mujur saja tak berlaga tika bas maluncur laju di selekoh. tapi,Allah sahaja yang tahu betapa perit jari memaut pada pemegang yang tergantung.smpat juga beberapa saat terasa kejang kaki;berdiri hampir sejam dgn penuh siksa untuk stabilkan kedudukan. sekali skala ada juga 'unplesant odour' menumpang lalu..

Akhirnya,alhamdulillah..sampai juga akhirnya. Jujur saya kata, keadaan diri tika tu serupa sebiji sebotol dengan keadaan ketika keluar dari dewan pekse Midsem,paper math!! "Ya allah..jangan la aku PITAM kat sini..".

Maghrib tu,mak dan akak2 pun tiba dari johor.Esok nya selamat la kami semua menghantar mereka.



kepada penduduk Puchong yang menggunakan bas untuk pergi mencari rezeki stiap hari:
semoga tabah menghadapi hari2 anda. semoga Allah memberi ganjaran pahala lantaran sabar dalam mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri.

kepada owner syarikat Rapid:
harap dapat tambah bas terutama di waktu2 puncak (pergi dan balik kerja).

kepada pembaca sekalian:
jangan lah menaiki bas RapidU70 terutama di waktu2 puncak,berilah sedikit ruang pada pengguna lain berasa selesa dengan ketiadaan anda...!!

Sunday, April 19, 2009

Alhamdulillah..

Pd jam 2.40am,19 April 2009..berjaya lah diri yang lemah lagi hina ini
membina blog sndiri..
~Ya ALLAH,kau ikhlaskan lah diri ini dalam usaha mengimarahkan blog ini..~