Anehnya..
kalau ada meeting, temu janji, atau kelas,kita sangat takut, malu, segan dan sebolehnya tak nak lambat. mungkin membayangkan 'iqab yang bakal menanti, dan tebal muka seinci untuk berhadapan dengan orang lain.
Tapi..tika azan berkumandang..tidak segan silu kita delay janji temu kita dengan Allah..walhal Dia tahu alasan sampah yang kita nak guna pakai.
Peliknya..
saat perut mula meraung memohon secicip nutrisi, ramai yang meggagahkan diri mengatur langkah menuju mana2 kafe yang menawarkan pelbagai sajian,disamping harga yang murah juga termasuk dalam ciri2 kafe pilihan.
Tapi..ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan nabi saw tentang tawaran 27 darjat jika solat berjema'ah seolah2 "plastik" di mata kita.. betapa kita "bersabar" mendengar jeritan kelaparan rohaniah kita. seakan tiada daya melangkah kaki menuju masjid dan musolla yang sekangkang anak kera cuma.
Uniknya..
setiap bulan,tidak akan kurang dari RM30 kita mengayakan syarikat2 telefon. "banyak urusan kerja dan society" alasannya.
Tapi..untuk menghubungi insan2 yang tak mungkin kita terbalas budi,yang perabis duit gaji membesarkan kita, berjaga malam saat kita sakit dan menangis manja menuntut perhatian,seakan terlalu sayang kredit atau tidak ada masa. apa tidak cukup dan optimumkah masa dan rezeki kredit Allah beri?
Janggalnya..
sebelum ke kelas atau keluar outing,rasa cacat dan tak sempurna penampilan kalau baju tidak bergosok,tudung herot berot,seluar senget sebelah dan rambut berserabut.
Tapi..time berdating dengan Allah,semuanya tangkap muat saja. asalkan pakai telekung,mengenakan kain pelikat ala kadar tak kesah kemas atau tidak,wangi atau sebaliknya,yang penting 'menutup aurat'. seakan tiada beza pandangan yang hakiki dan pendapat yang retorik.
Malangnya..
kita sibuk membuat pelbagai kerja untuk islam. sanggup tidur lambat,rela menahan perut,dan pelbagai macam pengorbanan.
tapi..bila time subuh bertandang,entah mana semangat dan jiwa jihad yang tadinya menyala2..
Kelakarnya..
duit yang ada tidak pernah dikira untuk mendapat pelbagai kehendak dan keinginan hati. berapa je,sanggup berhabis duit untuk makanan, shopping, dan melancong sana sini.
Tapi, jarang benar makhluk bernama duit ini di labur di tabung2 derma dan mangkuk2 pengemis yang kita jumpa.
Begitulah betapa peliknya perangai kita yang tidak kita sedar atau tidak mahu kita sedar.. bersama bermujahadah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. "Biasakan yang betul,betulkan yang biasa".Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment