Baru2 ni,saya memohon cuti 2 hari untuh menghantar mak,abang dan kakak ipar ke KLIA, kerana mereka ingin mengerjakan umrah..jadi sehari sebelum fligh mereka,saya pergi ke rumah abg di Kinrara puchong.
Alhamdulillah..pukul 5 ptg keluarlah saya dari mahallah tercinta ini..bismillahh..dengan nama Allah..saya melangkah.. berhasrat nak singgah di ATM dpn klinik CFS, keluarkan duit yang berbaki seciput mungkin. klik..klik..klik.. astaghfirullah,macam mana boleh salah budjet ni??! baki duit hanya RM12!! mcm mana ni..ringgit yang terakhir dlm purse bari diserah pada makcik cafe ZC,membeli ice blended. 1 je jalan yang Allah ilhamkan;pinjam kawan. telefonlah seorang sahabat saya menyuarakan hasrat. dengan penuh harapan dan smbil memujuk hati "xpe,sabar..sabar..tarbiah..tarbiah..". berjayalah saya meminjam RM5.
Menunggu bas Rapid dpn pagar CFS ni x jadi masalah. Sampai sahaja di KL Sentral, tunggu bas dengan penuh dbaran sebab pertama kali ke Puchong menaiki bas. seram juga kalau tersilap ke.. bila sampai bas U70,debaran hati makin terasa.mana taknya,subhanallah..ramainya orang!! majoriti ialah kaum adam dr "overseas"@"foreigner"@ nama glamour pekerja bangla dan indon di M'sia "sejahtera" ni.
Yang kali ni lebih mengujakan untuk dikongsi. Selama hidup saya, naik turun bas sejak form 1, rasanya ni lah perjalanan yang paling mencabar, menguji stamina, menguji emosi, mencabar kesabaran dan memberi kenangan. sukar nak gambarkan betapa sesak nya bas tersebut, boleh dikata "ikan sardin dalam tin pun lebih selesa..". mujur saja tak berlaga tika bas maluncur laju di selekoh. tapi,Allah sahaja yang tahu betapa perit jari memaut pada pemegang yang tergantung.smpat juga beberapa saat terasa kejang kaki;berdiri hampir sejam dgn penuh siksa untuk stabilkan kedudukan. sekali skala ada juga 'unplesant odour' menumpang lalu..
Akhirnya,alhamdulillah..sampai juga akhirnya. Jujur saya kata, keadaan diri tika tu serupa sebiji sebotol dengan keadaan ketika keluar dari dewan pekse Midsem,paper math!! "Ya allah..jangan la aku PITAM kat sini..".
Maghrib tu,mak dan akak2 pun tiba dari johor.Esok nya selamat la kami semua menghantar mereka.
kepada penduduk Puchong yang menggunakan bas untuk pergi mencari rezeki stiap hari:
semoga tabah menghadapi hari2 anda. semoga Allah memberi ganjaran pahala lantaran sabar dalam mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri.
kepada owner syarikat Rapid:
harap dapat tambah bas terutama di waktu2 puncak (pergi dan balik kerja).
kepada pembaca sekalian:
jangan lah menaiki bas RapidU70 terutama di waktu2 puncak,berilah sedikit ruang pada pengguna lain berasa selesa dengan ketiadaan anda...!!
Ford Festiva
9 years ago
No comments:
Post a Comment