Monday, August 15, 2011
cerita-ceriti ramadhan (antalogi)
selamat menyambut ramadhan. harini (15 ogos-ramadhan), maka separuh bulan dah berlalu dan separuh bulan menunggu. amacam? Ramadhan kali ni lebih baik kah? atau sama kah? atau lebih teruk kah berbanding taun lepas? sendiri jawab la ye, x yah respon pd saya pun x pe... >_<
nak tulis cerita atau apa2 yg berkaitan Ramadhan byk2, tp limit masa sbb umah x de tenet, ni kat umah kakak kt cheras, baru ada peluang nak mengadap laptop yg berinternet (tu pun nak cerita ke?? aiyak!!). maka, saya compile dalam satu post je la ye..
kisah 1 : Sorang Satu Sejadah
kalau kat masjid2 yg x brapa nak besar atau surau2, saya musykil la..awat makcik2 ni solat sorang satu sejadah? lagi lebar sejadah tu, lg jauh dgn org sebelah. kalo mcm di kampung saya sendiri, ruang solat wanita mmg x brapa lebar, tp anggaran saya, satu sof bole muatkan 5 orang, tp hanya 3 orang je satu sof. bila saya dan mak rapat, muat lagi sorang kat tepi saya, ajak orang blakang ke sebelah saya, dia kata "x pe la, panas nant kalo rapat2". Allah..hm..mak saya kata "smyg kene rapat2, ni bukan saya suruh, tp Allah yg suruh".. tp, mokcik tu still x mau..
mungkin mereka x tau.. (makcik2, sila la baca blog saya ni... T_T)... tp, setiap kali sblum solat, imam da pesan.. ataupun....adakah mereka fikir "ala, x yah rapat2, syaitan bukan ada pun nak duk kat celah2 org yg solat x rapat sof.." bukan apa, dulu masa kecik2 saya selalu terfikir gitu "waktu bulan puasa ni,time solat jemaah x yah rapat2, menguap x yah tutup mulut, kuku panjang pun x pe, ye lah, syaitan kan kene rantai.." hik3..x matang sungguh time kecik2 dulu..
p/s: Luruskan dan Rapatkan sof adalah salah satu kesempurnaan solat... (x kiralah sof keberapa pun anda....sof ke-7 ke, ke-8 ke, kene rapat dan lurus jugak!!)
kisah 2 : Jom Jangan Puasa Sesama...
Abg saya pernah dihubungi bekas peserta programnya, perempuan. Dia kini bekerja di sebuah bank (x tau la bank cap apa), masa dia cita tu, dia baru je kerja situ. U all tau x, terperanjatnya abang saya bila budak tu cita, kat ofis dia tu, semua kwn2 dia x puasa!! time tghri siap bole lunch sesama lg.. astaghfirullah....... masa awal2 puasa dia ada la jgk sorang kwn pumpuan yg puasa, tp lame2 kwn dia tu pun ikut hanyut jugak... dush3... hadoyai...masalah ummah kini x terjangka dek akal lah...
bygkan kalo time makan tu, ramai2 tercekik tulang sampai kene masuk sepital, mesti masuk paper metro punya..
p/s : berlapar ketika tiada makanan bukanlah ujian yg sebenar... the real ujian is bila kita cuba tahan lapar ketika makanan sgt byk disekeliling kita, mampu dibeli, dan 'line clear'....
kisah 3 : Semalam 10, Harini 20..!!
Haa...ni pun cerita real yg bukan direka.. apa 10 dan 20 ni??? ce teka..ce teka... rakaat terawih? salah2...duit raya?? tett..pun salah... jwpnnya, 'lauk untuk berbuka puasa!!'... hah..biaq betui?? say terkejut jgk, (x tau kalo u all x terkejut)... ni cerita org dari family tu sendiri yg cerita...
hari 10 lauk- penghuni rumah tu 5 org-suami, isteri,anak sulung, menantu, dan anak bungsu. maka si isteri masaklah beberapa lauk, dan beli beberapa lauk yg mana jumlahnya ialah 10. tp, anak bungsu nak mkn pizza, maka order lah pizzahat. si ayah pulang, bwk pulak anak bungsu pi makan McD. anak sulungnya kerja, maka x buka dirumah. maka bukalah 3 org iaitu isteri, menantu, dan adik kpd menantu (tetamu jemputan utk tolong habiskan makanan) dgn lauk yg sepuluh tu.. agak2 u all la, yg dimakan dgn yg dibuang, mana lg banyak?? ntah, sy x tnya pulak...
hari 20 lauk- yg ni x tau detail, yg saya tau, ada sedara family tu dtg bwk lauk byk, campur dgn lauk yg dimasak dan dibeli, jumlahya 20..
p/s: Allah suh kita mkn dan minum, tp jgn berlebihan... dan jgn membazir, sbb org yg membazir tu saudara syaitan... (tp syaitan kene ikat ek??)
kisah 4 : Nak Jadi Semut, Anai-anai, Lalat atau Tikus?
Bulan Ramadhan ni, manusia bole di groupkan kepada 4 group ...
Group Semut - org jenis group ni akan cuba manfaatkan dan raih kelebihan yg ada dalam bulan puasa ni sebaik2nya. mereka akan cuba mengumpul pahala sebyk mungkin kerana mereka sedar, bulan2 lain x sama nilainya dgn bulan ini. Golongan ini jenis fikir masa depan (akhirat).
Group Anai-anai - Bagi org dalam group ini, mereka adalah golongan yg sentiasa menanti bulan puasa agar dapat berniaga setiap hari dgn keuntungan perniagaan makanan yg berlipat kali ganda. mereka dilihat sebagai kuat berkerja untuk memberi manfaat kepada org lain, malangnya ramai yg telah mengabaikan keperluan rohani diri mereka sendiri.
Group Lalat - mereka ialah golongan yg sering leka dan x peduli dgn kelebihan peluang yg diberikan ketika Ramadhan. mereka terus lalai dan leka dalam keseronokan dan terus melakukan kerosakan.
Group Tikus - Kumpulan ini sentiasa bermalas-malasan di bulan Ramadhan, dan hanya agresif bila tiba waktu lapar atau hampir berbuka. setiap hari hanya berfikir "apa yg ingin dimakan untuk berbuka nanti, dan bila akan berakhir Ramadhan ni..". tidak kurang juga yang sanggup mencari makanan dengan cara yag haram dan menindas.
(ilmu ini dicedok dan ditulis kembali dari blog ustaz fuad osman, saya ada letak link kat list blog kegemaran saya kat sebelah ni)
p/s: pilih la nak join group yg mana, pilihan di tangan anda.
ok, tu je cerita yg sempat nak tulis. jom pulun ramadhan yg dah semakin pendek ni dgn bermacam2 jenis ibadah.
Tuesday, April 19, 2011
mak saya punya mimpi....
Bismillahirrahmanirrahim...
[em..hai..erk..nak mula tulis camne kali ni ek..hm..ok2..]
"mimpi itu mainan tidur". kita selalu dgr orang kata macam tu kan? tp, betul ke? pada saya, mungkin perkara ni betul dan x betul. saya sendiri kalo tidur, hampir wajib mimpi, dan mimpi saya mainly bertemakan keluarga yang tersayang. huhu..kdg2 ada musim tiap2 hari mimpi mak la, akak la, abang la, anak sedara la..ada je..huhu.. terutama bila da lama x balik kmpung. mimpi arwah abah pun pernah, nangis bila bangun...bila crita ngn mak, mak kata "mali dah lama x ngaji untuk abah kot..." huaarr...sad~
ok2..kali ni sebenarnya nak kongsi cerita tentang mak saya..mak saya Puan Hjh Zainon binti Bajuri, yang pada tahun ini berusia 60 tahun..mak saya ni, sejak muda lagi kuat sgt bermimpi. dan mimpinya bukan sebarangan mimpi..mimpi yang Allah bagi sebagai petunjuk, lebih2 lagi bila dah ada anak2..mimpi biasanya bila ada hari2 penting kami (anak2 mak yang comel). antara mimpi2 mak yang masih saya ingat:
1) mak mimpi abg Emi (abg saya) cangkung sambil pegang galah tiiiiinggi sangat > haritu ialah hari pengumuman keputusan UPSR dan rupa2nya abg Emi nak dpt 4 A (time tu mmg 4 subjek je). kira bagus la galah tu...tinggi melangit...setinggi harapan mak
2) mimpi kak ni (akak sulung) naik kereta, lambai dan pergi sampai jauh > esoknya kak ni dpt surat posting, 1st time nak jg cikgu. dan tau kakni dapat mana??? SARAWAK..!! haha...jauh bebeno..patut la siap babai2 naik kreta..
3) mak mimpi nak beli kuih "yang ni dua, yang tu dua" > esoknya kak no (akak no.4) nak dapat result darjah khas (sekolah agama Johor) dan dia telah dapat agregat 22!!
4)pernah jugak mak mimpi menyapu, pastu x siap lg dah pas penyapu pada kak no > masa tu musim mak nak tukar lesen P kepada competent, tp dah tamat tempoh sampai nama da x de kat sistem. org JPJ kata kalo mak nak lesen balik, kene start dari A!! waa..sapa sanggup.. dan-dan time tu kakno tgh cuti SPM dan tgh nak wusha2 nak amek lesen. bila mak mimpi gitu, maka tetap la hati mak bahawa "ok, sekarang turn kakno pulak amek lesen, x pe la, mak punya lesen cukup sampai sini je la.."... sad~
5) mak mimpi masuk bawah rumah, amek jambu yang disimpan dan tukar tempat simpan > time tu kak dila (akak no.5) nak masuk pertandingan tilawah quran.. mak dah ajo dia betul2..tibe2 time kat tempat lawan, kak dilah kene tukar surah..Ya Allah..bala..bala.. haha... maka kak dilah pun tepon mak untuk blajo taranum surah baru pulak..naseb baik mmg da pandai...kalo x, ngaji x berlagu la jwbnya.
6) mak mimpi jengah kat pintu, tnya "mali mana?" (mali ialah aku ..ngeh~), pastu orang tu kata dia dah jalan, berdua ngn kawan dia". dan mak perasan bilik tu ada bunga2 > siangnya ialah result UPSR saya keluar..alhamdulillah..saya dapat 5A dengan Amalina. dan kami hanya 2 orang yang dpt 5A kat sekola tu..
7) pernah mak mimpi jalan2 bawak beg tangan gaya senang hati..mak hayun2 beg > aritu masa nak nak dpt result PMR, dan Alhmdulillah mak betul2 gembira bila saya dpt 9A (erk, bukan nak bangga..ala, belanar lg org dpt 9A selain aku)
8)mimpi simple mak-ada dapat banyak sangat duit syiling doposen > saya nak lawan ngaji time tu..dapat no 2..hak3...tu yang doposen, dah la warna silver, '2' pulak tu..hm..bila da tau no 2, baru mak cite mimpi mak. saya kata " ala mak ni..napa x mimpi dapat syiling singgit byk2 ?"..haha..
9) ada jugak mak mimpi mandi berkemban, ada orang nampak. mimpi ni selalu mak alami kalo esoknya nak tersegan > siang tu mak pi pasar lambak, sorang2 sbb saya, akak, sume pi skola. tibe2 mak terjatuh depan orang ramai.. ya Allah..sad sangat... T_T...cam nak nangis bila mak cite pastu.
10) ada sekali mak kata mak ada mimpi..tp mimpi tu kelam kabut sangat sampai x tau nak cerita camne > masa tu saya masuk tilawah Quran sekolah agama petang. saya dpt giliran last bace Quran, bila tibe giliran orang sebelum saya, elektrik kat dewan tu x de.. ah sudah..maka keluar la pengadil dari bilik pengadilan duk depan pentas sbb nak kene dgr face-to-face. bila giliran saya, still x de karen..maka saya ngaji la guna pure suara tanpa mikrofon.. bila siap, turun pentas, tgh pakai kasut, tetibe karen ada semula... dan pengadil suh saya bace skali lg..!! gile ah..kalo ikut kebiasaan, bila saya dah bace sklali, suara akan serak or x sedap sgt (mcm la suara sedap pun, koya...hahaha). saya pun naik semula ke pentas..pengadil masuk bilik pengadilan..dan saya bace skali lg...mmg kerja gila... tp..jeng2..Allah punya kuasa, yang kali kedua ni lebih ok rupanya..mungkin sbb neves da kurang kot, so lebih tenang dan releks.. sempat jeling peserta laki same skola, duk gelakkan saya atas pentas tu..hampeh..!!
ok, tu je mimpi yang rajin saya tulis sekarang...huhu..sebab nak kuar pi bandar ni, dengan Suyi, naik motor...harap2 mak x mimpi nampak saya jalan dengkot2 mlm td..hak3 (na'uzubillah!!).. k, daa...Asslamlaikum.!
Sunday, April 10, 2011
How To Darken Or Blacken Your Heart (bagaimana ingin menggelapkan atau menghitamkan hati)
Bismillahirrahmanirrahim...
Selapas lama tidak menulis, kini saya kembali menaip sesuatu. Kali ni nak share dengan sahabat2 pembaca sekalian tentang cara2 nak ubah warna hati anda menjadi gelap (hitam).
Langkah 1 : BERSALAH
Sebagai permulaan, anda pasti akan melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak. Pada stage ini, setiap kali anda lakukan dosa tersebut, perasaan bersalah akan melanda diri. U afraid if anybody see or know your sin. Now, several black dots will appear an your heart. For those yang nak meneruskan hasrat to darken your heart, please go to the next step. (peratus kehitaman : 25%)
Langkah 2 : BIASA
In this stage, dosa yang anda lakukan tadi semakin anda selalu lakukan. Your guilty disappear. You feel that your sin is not sin anymore. Atau kalau rasa dosa pun, you ignore that feeling. Nah, sekarang, your heart is darker, but still not completely dark. Want to have darker heart? Read next step. (peratus kehitaman : 50%)
Langkah 3 : SUKA
Here, you are nearly to your goal (darkening heart). For the same sin, jangan berhenti lakukan hingga anda betul2 suka lakukannya. Pantang ada masa lapang atau berkesempatan, you will do it. Sometimes, you feel resah dan tak senang duduk kalau x buat dosa tersebut. You really-really like it..!! Now, your heart become darker and darker. Nak lagi gelap?? Ha, do the last stage below. (peratus kehitaman : 75% )
Langkah 4 : BERJUANG
Bunyi macam pelik. Tapi, it is real. If you suka sgt pada sesuatu, you will fight on it right? Now, anda akan ajak orang lain buat perkara yang sama. Jika ada yang menghalang, anda mungkin akan jawab “la..biar la..bukan apa sangat pun, ________ je.. Ko sibuk pesal??” Atau pun “ ala, pegang tangan je, bukan aku zina pun.” Atau pun “ eh, kira ok la ni aku nak pakai tudung walaupun kecik, orang lain tu, melambak lagi x pakai tudung..” Hm..cukup dengan cakap mcm tu, anda dah berjaya completekan stages and steps to darken your heat. Tahniah…!! Anda berjaya..!! (peratus kehitaman : 100%!!)
Mempunyai hati yang gelap atau hitam ini ada kelebihannya. Antaranya anda akan jadi kebal. Tak kira apa jua serangan berupa teguran, nasihat atau tazkirah dari kwn2 sekeliling berjaya anda tangkis. Kebal kan? Cool tak ? Hihi…harus la~
Tips2 yang saya sediakan ini boleh menjadi rujukan:
1- Sesapa yang betul2 nak memiliki hati yang hitam, tetapi x tau caranya
2- Sesapa yang nak cek brapa peratus kehitaman hatinya sekarang
3- Sesapa yang tak nak ada hati yang hitam
4- Sesapa yang nak hilangkan kehitaman hati
P/s (pada org2 yang tak cool) : tapi jika anda rasa hati hitam ni tak sesuai dengan jiwa dan fitrah anda, sila berhenti daripada lakukan dosa walau dimana stage pun ada berada. Bertaubat dan kembalilah kepada fitrah (bersih).
~you decides the colour of your heart~
Thursday, January 6, 2011
CraZy FroG yang GILA....
baru2 ni saya ditanggungjawabkan buat poster. poster Family Day untuk i-Deens (persatuan dietetics). saya yang x brape pandai mende2 tu pun buat la...poster ringkas dan simple..
pastu saya post di HEAL's Grup kat FB (HEAL's = persatuan budak2 sains kesihatan bersekutu) dan di i-Deen's Group. x lama, ada sorang muslimin tegur katak yang saya buh kat poster tu. saya pelik gak, apa masalhnya, comel what??
malam td cerita dgn Maryam, pastu dia kat.. "mu letak gambo tu? katak tu x pakai seluar.."
"ha?? x pakai seluar?? ye ke??" terkejut sangat.
"ye la..awak x prasan ke? saya lame doh prasan" kata Maryam...
Ya Allah... mcm mana bole x prasan ni.. cepat je jari mengoogle 'crazy frog'-image..
Astaghfirullah...sedihnya saya.....walaupun konon2nya 'dia' adalah katak yg pd fitrahnya mmg x perlu berpakaian, kenapa ia mesti dilukis selucah itu?
cepat2 saya remove picture kat semua tmpt yg saya post poster tu...laju je jantung berdegup...sedih..terkejut..malu..bersalah..sume ada....
dah remove tag, saya edit pulak poster yg saya dah buat...jadilah gini pulak..
(shin chan ni jauh lebih bermoral kan daripada katak tu??? hihi..)
Allah..betapa halusnya jarum2 pemusnah Ummah... hati2 lah dengan apa yg datang pada kita... semoga Allah pelihara Aqidah, Akhlaq dan hati kita...
[hate that crazy Crazy Frog very much now...!! full stop..!!]