Monday, August 15, 2011

cerita-ceriti ramadhan (antalogi)

Bismillahirrahmanirrahim...

selamat menyambut ramadhan. harini (15 ogos-ramadhan), maka separuh bulan dah berlalu dan separuh bulan menunggu. amacam? Ramadhan kali ni lebih baik kah? atau sama kah? atau lebih teruk kah berbanding taun lepas? sendiri jawab la ye, x yah respon pd saya pun x pe... >_<

nak tulis cerita atau apa2 yg berkaitan Ramadhan byk2, tp limit masa sbb umah x de tenet, ni kat umah kakak kt cheras, baru ada peluang nak mengadap laptop yg berinternet (tu pun nak cerita ke?? aiyak!!). maka, saya compile dalam satu post je la ye..


kisah 1 : Sorang Satu Sejadah

kalau kat masjid2 yg x brapa nak besar atau surau2, saya musykil la..awat makcik2 ni solat sorang satu sejadah? lagi lebar sejadah tu, lg jauh dgn org sebelah. kalo mcm di kampung saya sendiri, ruang solat wanita mmg x brapa lebar, tp anggaran saya, satu sof bole muatkan 5 orang, tp hanya 3 orang je satu sof. bila saya dan mak rapat, muat lagi sorang kat tepi saya, ajak orang blakang ke sebelah saya, dia kata "x pe la, panas nant kalo rapat2". Allah..hm..mak saya kata "smyg kene rapat2, ni bukan saya suruh, tp Allah yg suruh".. tp, mokcik tu still x mau..

mungkin mereka x tau.. (makcik2, sila la baca blog saya ni... T_T)... tp, setiap kali sblum solat, imam da pesan.. ataupun....adakah mereka fikir "ala, x yah rapat2, syaitan bukan ada pun nak duk kat celah2 org yg solat x rapat sof.." bukan apa, dulu masa kecik2 saya selalu terfikir gitu "waktu bulan puasa ni,time solat jemaah x yah rapat2, menguap x yah tutup mulut, kuku panjang pun x pe, ye lah, syaitan kan kene rantai.." hik3..x matang sungguh time kecik2 dulu..

p/s: Luruskan dan Rapatkan sof adalah salah satu kesempurnaan solat... (x kiralah sof keberapa pun anda....sof ke-7 ke, ke-8 ke, kene rapat dan lurus jugak!!)


kisah 2 : Jom Jangan Puasa Sesama...

Abg saya pernah dihubungi bekas peserta programnya, perempuan. Dia kini bekerja di sebuah bank (x tau la bank cap apa), masa dia cita tu, dia baru je kerja situ. U all tau x, terperanjatnya abang saya bila budak tu cita, kat ofis dia tu, semua kwn2 dia x puasa!! time tghri siap bole lunch sesama lg.. astaghfirullah....... masa awal2 puasa dia ada la jgk sorang kwn pumpuan yg puasa, tp lame2 kwn dia tu pun ikut hanyut jugak... dush3... hadoyai...masalah ummah kini x terjangka dek akal lah...

bygkan kalo time makan tu, ramai2 tercekik tulang sampai kene masuk sepital, mesti masuk paper metro punya..

p/s : berlapar ketika tiada makanan bukanlah ujian yg sebenar... the real ujian is bila kita cuba tahan lapar ketika makanan sgt byk disekeliling kita, mampu dibeli, dan 'line clear'....


kisah 3 : Semalam 10, Harini 20..!!

Haa...ni pun cerita real yg bukan direka.. apa 10 dan 20 ni??? ce teka..ce teka... rakaat terawih? salah2...duit raya?? tett..pun salah... jwpnnya, 'lauk untuk berbuka puasa!!'... hah..biaq betui?? say terkejut jgk, (x tau kalo u all x terkejut)... ni cerita org dari family tu sendiri yg cerita...

hari 10 lauk- penghuni rumah tu 5 org-suami, isteri,anak sulung, menantu, dan anak bungsu. maka si isteri masaklah beberapa lauk, dan beli beberapa lauk yg mana jumlahnya ialah 10. tp, anak bungsu nak mkn pizza, maka order lah pizzahat. si ayah pulang, bwk pulak anak bungsu pi makan McD. anak sulungnya kerja, maka x buka dirumah. maka bukalah 3 org iaitu isteri, menantu, dan adik kpd menantu (tetamu jemputan utk tolong habiskan makanan) dgn lauk yg sepuluh tu.. agak2 u all la, yg dimakan dgn yg dibuang, mana lg banyak?? ntah, sy x tnya pulak...

hari 20 lauk- yg ni x tau detail, yg saya tau, ada sedara family tu dtg bwk lauk byk, campur dgn lauk yg dimasak dan dibeli, jumlahya 20..

p/s: Allah suh kita mkn dan minum, tp jgn berlebihan... dan jgn membazir, sbb org yg membazir tu saudara syaitan... (tp syaitan kene ikat ek??)


kisah 4 : Nak Jadi Semut, Anai-anai, Lalat atau Tikus?

Bulan Ramadhan ni, manusia bole di groupkan kepada 4 group ...

Group Semut - org jenis group ni akan cuba manfaatkan dan raih kelebihan yg ada dalam bulan puasa ni sebaik2nya. mereka akan cuba mengumpul pahala sebyk mungkin kerana mereka sedar, bulan2 lain x sama nilainya dgn bulan ini. Golongan ini jenis fikir masa depan (akhirat).

Group Anai-anai - Bagi org dalam group ini, mereka adalah golongan yg sentiasa menanti bulan puasa agar dapat berniaga setiap hari dgn keuntungan perniagaan makanan yg berlipat kali ganda. mereka dilihat sebagai kuat berkerja untuk memberi manfaat kepada org lain, malangnya ramai yg telah mengabaikan keperluan rohani diri mereka sendiri.


Group Lalat - mereka ialah golongan yg sering leka dan x peduli dgn kelebihan peluang yg diberikan ketika Ramadhan. mereka terus lalai dan leka dalam keseronokan dan terus melakukan kerosakan.

Group Tikus - Kumpulan ini sentiasa bermalas-malasan di bulan Ramadhan, dan hanya agresif bila tiba waktu lapar atau hampir berbuka. setiap hari hanya berfikir "apa yg ingin dimakan untuk berbuka nanti, dan bila akan berakhir Ramadhan ni..". tidak kurang juga yang sanggup mencari makanan dengan cara yag haram dan menindas.

(ilmu ini dicedok dan ditulis kembali dari blog ustaz fuad osman, saya ada letak link kat list blog kegemaran saya kat sebelah ni)

p/s: pilih la nak join group yg mana, pilihan di tangan anda.



ok, tu je cerita yg sempat nak tulis. jom pulun ramadhan yg dah semakin pendek ni dgn bermacam2 jenis ibadah.

1 comment:

Anonymous said...

Seperti yang diharapkan , telah menulis atypically otzheg ! Situs Anda untuk beberapa alasan tidak diiklankan dan plohoposeschaem . Rekomendasi melepaskan itu menggunakan xrumer 7 Elite ( Elite Hrumer 7) dapat diambil di sini http://x-rumer.ru/ mengatakan program besar untuk mengoptimalkan blog sumber daya.