Saturday, October 30, 2010

Kompilasi Tips Peperiksaan

bismillah...

semalam di musolla lepas solat, saya dan beberapa sahabat berbual-bual..dalam kesibukan dan 'kegilaan' musim exam, sempat lagi kami bersembang. ish3...

tapi, sembang kami bukan kosong dan waste time tau. tiba2 ada dikalangan kami yang mencadangkan untuk buat tashji' (kata2 semangat) secara berantai. maklumlah, sekarang ni kami dah mcm zombie dah..dan di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi serba sedikit kata2 semangat dan peringatan yang saya masih ingat...

1) Keberkatan

exam ni sgt memerlukan keberkatan kerana result kita bukan setakat terhenti disini, tapi menjadi titik tolak untuk pekerjaan suatu hari nanti, jadi, amat penting untuk menjaga keberkatan (jgn meniru, berbincang, bawa 'toyol', etc). jika result kita x 'bersih', rezeki yang bakal masuk perut anak2, adik2 dan parents nant kurang berkat.

2) Al-Quran

dalam kesibukan study, jgn sampai lupa (buat2 lupa) untuk baca quran. selain tu, amalan tahajjud, dan dhuha juga sgt2 dituntut terutama time2 meruncing sekarang. 

3) Allah

hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. kebanyakan kwn2 (termasuk saya) kadangkala terlalu gelabah. beberapa kali dalam setiap hari mesti dgr keluhan "banyak nye nak kena bace", "knapa la masuk yang dari awal sem punya topik", "rasa kalo x tidur pun x kan habis bace ni", dan mcm2 lagi... sabar ye, kalo masa yg digunakan untuk merungut tu digunakan untuk baca nota yang banyak tu kan lagi bagus~

4) Benih

dalam 1 hadith Rasulullah, mafhumnya, jika ada benih digenggamanmu, maka taburlah, walaupun kau tahu esok kiamat. maksudnya?? study lah sampai ke saat yang  terakhir (bukan study last minit ye  ;P). selagi ada masa, study je, sampai dah nak masuk dewan skali pun, sbb kita x tau part mana yg keluar exam atau ada keberkatan dalam pembacaan kita.

5) Tangguh

khalifah umar abdul aziz pernah ditanya, tidakkah beliau mahu bercuti walau satu hari? bliau kata, "aku x sanggup melakukan kerja 2 hari dalam 1 hari". maksudnya.. JANGAN BERTANGGUH..!!

[pentazkirah diminta untuk mengingatkan kembali perkara ini di awal sem depan..ngeh~]

6) Sedekah

Musim2 exam ni, bagus sgt kalo kita sedekah...even dengan sebiji gula2. org yang mendapat itu akan mendoakan kita. ataupun kita boleh je blanja kawan makan dan kata "weh, doakan aku tau, aku nak pekse x lama lg ni"...

[ada yang nak blanje saya makan??]

7) Period

bagi sahabat2 permpuan yang sihat, jgn jadikan cuti anda sia2. ambillah masa walaupun 10 minit disetiap kali masuk waktu solat untuk dekatkan diri pada Allah, baca tafsir al-Quran ke, dgr bacaan quran dari mp3 ke,zikir, dan mcm2 lagi.. sudahlah sedia x solat, makin jauh pula dgn Allah jika hanya study, 24 jam.

8) Husnu Dzon (berbaik sangka)

Allah adalah pengatur segalanya, Dia tahu apa yang terbaik buat kita. maka setelah kita berusaha dgn penuh sungguh2 (separuh mati), tawakal pada Allah. insyaAllah kita dapat yang terbaik buat diri kita. seandainya result nant tidak seperti yang diharap, berbaik sangkalah dengan Allah, mungkin Allah akan kurniakan rahmat pada perkara2 lain.

9) Eustress

Eustress adalah keadaan stress yang mana dialami sementara dan memberi kelegaan bila kita melepasinya. contohnya nikah..stress sgt2 time genggam tgn tok kadi, tapi bila dah selesai, lega mcm nak terbang. (ye ke??) .. so, have a nice exam, sbb exam ni eustress je...insyaAllah x lama lagi kita lega... (^_^)

10) Kenapa Takut Sangat??

kenapa kita takut sangat dengan exam? nak pi mengadap peper je pun~ hihi.. sebab kita nak yang terbaik,kalau kita x kisah lulus or x, cgpa tinggi or rendah, mesti kita x takut or stress. setuju? so, mari aplikasikan dalam solat. macam mana? em..pernah x rasa takut bila nak angkat takbir time solat? takut jika dapat pointer dari Allah rendah..ataupun takut terbuat silap...?? lebih takut lagi jika solat kita dapat status FAIL..!! mungkin kita x pernah rasa takut ketika solat, kerana markah solat kita x dikeluarkan seperti result exam yang boleh disemak di hujung sem...sama2 renung kembali (terutama buat pemilik jari yang sedang menaip ini)

11) Doa dan Letak Matlamat

sebagai umat Islam, igtlah bahawa doa senjata kita. doa bukan sekadar membuat permohonan rasmi kepada Allah, tapi sebagai peringatan bahawa kerdilnya kita..hanya dengan exam kita sudah sangat takut dan mengharap pertolongan Allah. doalah dengan menyatakan sebab kenapa kita ingin perkara tersebut, insyaAllah akan dimaqbulkan.

dan mengapa umat islam dahulu lebih berjaya berbanding sekarang? kerana matlamat yang mereka letak adalah matlamat jangka masa panjang iaitu akhirat. berapa ramai dlm kalangan kita yang matlamat belajar terhenti setakat mendapat gaji besar, kerja baik, harta banyak...? boleh dikatakan majoriti bukan? 

12) Niat

Dan dalam banyak2 perkara yang penting diatas, yang terakhir ini adalah yang terpenting, iaitu niat. jika niat kitabelajar untuk dapat result bagus, itu sahajalah yang kita dapat (kalo dpt). jika study sungguh2 kita untuk mendapat redha Allah disamping menaikkan martabat umat Islam yang kian rendah, insyaAllah itu yang kita dapat.

oh ye, ada juga yang menyarankan supaya kita hayati 1 lagu ni. saya pun jadi suka sangat, sebelum ni dengar mcm tu je, sekarang baru paham... 

Lirik Nasyid HAKIKAT BAHAGIA-UNIC

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 
Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki



kesimpulan lagu??

hanya mengingati Allah, hati jadi tenang>senang nak study>mudah paham dan ingat>senang jawab exam>dapat CGPA lebih 3.5 > Allah redha....!!! amiin

Saturday, October 23, 2010

Bila Islam Jadi Alas kaki...

bismillah...

Dalam kesibukan minggu2 exam ni, anakmithali sempat juga menjengah akhbar2 online, walaupun tidak sempat untuk membaca semua berita yang ada, namun topik utama yang sangat tabarruj [menarik perhatian] saya iaitu IFF, Islamic Fashion Festival.. Allah...teruknya..!! 

Kalau dibaca tajuk event tu sekali lalu, mcm x de masalah.. tapi bila tengok gambar2 yang ada...ish, mcm nak bagi kaki je... dengan pakaian yang berlapis-lapis, tapi still transparent..saiz macam pinjam adik bungsu punya baju...diperagakan model2 yang ntah agama apa ntah...yang paling x boleh dimaafkan ada jugak yang buh tulisan jawi 'Muhammad' (saw) secara terbalik, lokasi pulak kat tempat2 sensitif.. sengal..!!! [marah sangat ni]. kalu ye pun jahil, jangan lah sampai menghina islam..

Pelik, ada orang yang bangga dengan kejahilan diri, siap datang menjadi perasmi..nonsense..!! [malunya saya nak mengaku orang m'sia].

Tak mengapa kalau anda kata saya tulis dengan emosi [memang btul pun]. jika mahu kupasan yang mendalam dan x ditulis dengan emosi, sila baca sini dan sini.

Saya juga tidak mahu meletakkan gambar2 yang x semenggah tu mencemari blog saya ini, tetapi jika anda nak lihat sendiri baju2 yang mahal tapi macam kain buruk tersebut, search sahaja kat google image.. melambak2 gambar ada... 

[dah cool sedikit] Sepatutnya, mereka yang menganjurkan program ini perlu mengikuti kelas fardu ain, khatamkan tajuk2 tentang pemakaian muslim yang betul...bukan penganjur sahaja, perasmi pun sama. cuba bayangkan kalau orang beli baju2 tersebut sebab nak 'berpakaian secara islamik'..Allah..brapa banyak dosa yang pihak penganjur tu dapat...

Itulah, zaman sekarang ni ramai yang mengaku islam, hakikatnya islam yang 'dipakai' mcm alas kaki, kalau perlu, dipakai, kalau nak masuk rumah boleh bukak.. knapa saya cakap mcm tu? ye lah..bagi mereka islam penting time nak nikah, nak beraya, nak bahagi2 harta pusaka...tapi time nak bersuka ria, berniaga [jual baju], tak payah fikir apa Islam suruh.. na'uzubillah...

Allahummahdina fi ma hadait...

Sunday, October 17, 2010

~kerana dia..insyaAllah aku sanggup...!!~

bismillah..

Alhamdulillah..
Allah beri aku peluang untuk hidup..
Sehingga umurku mencecah 20 tahun [15 Okt 2010]... 
Terima kasih Allah..kerana berikan aku nyawa..
Terima kasih mak..kerana pertaruhkan nyawa mu sendiri 20 tahun yang lalu...
Terima kasih abah..kerana bersungguh2 20 tahun 9 bulan 10 hari dulu..
terima kasih k.ni, k.izzi, a.emi, k.no, k.dila, k.imah, dan a.saleh...kerana sentiasa menjadi pendorong daku...
Terima ksih guru2 dan sahabat2 semua..kerana setia disisi memberi semangat kepadaku..


******


Bila masuk umur yang ke-20,pelbagai azam baru saya lakarkan dalam minda. [tidak perlu rasanya untuk berkongsi, biarlah Allah sahaja yang tahu..] namun, terdetik juga satu azam yang buatkan saya terfikir sendiri...memikir kembali wajarkah aku berazam demikian..sucikah niatku itu.. ya Allah,berikanlah petunjuk...
Saya yakin, ramai dikalangan rakan-rakan dan pembaca sekalian turut berkongsi azam tersebut. iaitu "ingin menjadi soleh dan solehah untuk mendapat yang solehah dan yang soleh nanti..." faham maksud saya? hm..bagus..
Maka atas doktrin ini, ramailah dara dan teruna berazam menjadi insan terbaik..

"ish, aku tak boleh bergurau senda dgn ajnabi (asing, halal kahwin) sebab aku tak nak suami aku nanti jenis yang galak dgn kawan2 perempuan dia.."

"tundukkan pandangan, takut dapat isteri mata liar.."

"tak boleh gelak kuat2, nant hilang thiqah, x de sapa yang nak."

"aku kena kuat solat, tahjud, puasa, ngaji, baru la pasangan aku nanti baik macam aku jugak."

"aku takut nak tengok cerita lucah, sebab takut bakal isteri aku pun peminat cerita lucah..!!! (na'uzubillah).."


Ataupun yang jauh sikit pendangan, takut melakukan sesuatu yang tak elok sebab tak mahu anak nanti jadi sama atau lagi teruk dari kita. sebab orang kata anak ialah bayangan parents masa dulu.
 
Haa..satu lagi budaya atau pegangan yang klakar (tapi logik la jugak) ialah, "ni makanan tinggal sikit je lagi ni..cepat2..sapa habiskan, dapat suami soleh...!!" maka berebut2 nak menghabiskan makanan tersebut... hahaha... tapi logik jugak, habiskan makanan=tak membazir (mahmudah), maka jika bersifat mahmudah, insyaAllah dapat pasangan yang bersifat mahmudah juga. senang bukan sifirnya..!! (^_^)

idaman insan..

tapi sahabat-sahabat, cuba kita renung kembali...akhlak harian kita, adakah dikawal dan perelok kerana 'dia' semata-mata? seolah2 nawaitu kita adalah "sahaja aku buat perkara2 baik ni supaya dapat suami/isteri yang baik  jugak nanti..!" Allah...betapa pincangnya pemikiran yang begini. kenapa tidak lakukan semua ini bervisikan keredhaan Allah dan kerana itu adalah perintah Allah..!



lantas jika ditakdirkan bukan rezeki kita untuk dapat yang terbaik [menurut kriteria yang disenaraikan], adakah kita ingin menyalahkan Allah? jangan begitu saudara dan saudari..



soal jodoh itu sepatutnya diletak nombor dua, bukan juara. ada yang menyenaraikan sifat-sifat pasangan yang menjadi idaman, lalu berazam untuk memenuhi dahulu sifat-sifat tersebut. memang tak salah..sungguh, tidak salah perkara itu, cuma cuci dahulu niat, bahawa ingin jadi sempurna seperti dalam senarai adalah kerana Allah, bukan semata-mata ingin suami dan isteri seperti dalam senarai.
let's purify our niat..

"jom sahabat-sahabat, kita sama-sama jadi yang soleh dan solehah kerana DIA, bukan kerana dia…!!"