Saturday, May 16, 2009

parit oh parit...

ha..kali ni saya nak kongsi dgn anda semua tentang parit..

parit?? kenapa dengan parit??

saya ni penduduk sejati johor,lahir di Muar dan membesar di Batu Pahat..kalau jumpa orang johor sendiri, dan tanya "Johor mana?" maka saya jawab "Batu Pahat". Lalu soalan selepasnya mesti "oo..Batu Pahat... parit apa??".. aneh x??

sebabnya..muar dan Batu Pahat memang pnuh dengan nama tempat mula dengan PARIT....
pernah satu hari saya naik bas dengan kawan sekampung,lalu di puluhan parit dan datang lah idea membuat TEKA-TEKI PARIT..!!!

SOALANNYA..
banyak2 parit,parit apa yang:

~paling tua?
PARIT SULONG
~paling stabil?
PARIT TNGAH
~paling hensem?
PARIT YUSOF (kampung saya la tu, hehe..)
~bole bergolek2?
PARIT BULAT
~dalam laut?
PARIT SAUH
~paling laju?
PARIT KUDA
~paling baik?
PARIT MASJID
~paling jauh?
PARIT ARAB
~boleh dimakan?
PARIT KANGKUNG,PARIT KURMA,PARIT KEDONDONG,
~boleh memabukkan?
PARIT SAMSU!
~paling keras?
PARIT SIMEN
~paling berkuasa?
PARIT RAJA
~paling banyak pinang?
PARIT PINANG SERIBU
~parit kerajaan PAS?
PARIT KELANTAN
~paling banyak duit?
PARIT ORANG KAYA
~paling wangi?
PARIT BUNGA
~paling isolated?
PARIT LUBUK
~selalu banjir?
PARIT PECAH
~the widest?
PARIT BESAR
~tak jejak bumi?
PARIT GANTUNG
~nikahkan orang?
PARIT QADHI
~ever green?
PARIT BARU

Hm..tulah antara parit yang saya dapat GLAMOURKAN kat sini. sesungguh nya orang2 Muar dan Batu Pahat memang hebat2 sebab 24 jam duk dalam PARIT!! hehe..
sebenarnya baaanyak lagi parit yang ada kat 2 daerah ni.. kadang2 terfikir juga,knapa org2 dulu letak nama parit ye?? kami membuat inferens,mungkin kerana stiap 1km (lebih kurang), akan ada sebatang parit,yang memisahkan dua kampung.. so bole dikata PARIT SEBAGAI SEMPADAN DAN PEMISAH KAMPUNG2 YANG ADA..

Pesanan saya....kalau anda datang ke sini, jangan terkejut dan bingung ye..terlalu banyak orang dari luar yang pening dan sesat mencari satu2 parit kat Muar atau Batu Pahat!!


~SUBUH YANG TERAKHIR~

bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

pada insan yang setia berkongsi susah dan senang

luahkan isi hati andainya sudah ditakdir
tadi subuh terakhir
bila berdakatan kadangnya makin kita leka
bila berjauhan barulah merindu di dada
selagi berkasempatan ucapkan terima kasih
andai esok takkan hadir
tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
namun dihati mampukah dilupakan
rayulah kemaafan jangan seblum nyawa dipulangkan
bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
andai esok takkan hadir
lihatlah saja isteri mu berkorban separuh nyawa
demi menjamin kebahgiaan anak dan suami tercinta
buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
sebelum semua terlewat
lafazkankan rasa cinta
andainys sudah ditakdir
tadi subuh...yang terakhir....

lagu: RABBANI


begitulah hakikat kehidupan.. andai ada salah dan silap,jangan lah bertangguh untuk memohon kemaafan dan bertaubat,sementara masih ada masa kerana Izrail tidak akan meminta izin kita dahulu sebelum menjalankan tugasnya. Buanglah rasa ego yang ada, kerana keegoan hanya akan "mengecilkan" kita di mata manusia..

Friday, May 15, 2009

sanah helwah!!

hari ni,15 may,adalah hari yang cukup bermakna buat beberapa insan yang saya kenali.. JANNAH, SHAFIQAH ZAILAN, NASYRAH, DAN HAZWANI!! Ramai nya ibu yang berjaya melahirkan insan atas bumi in 19 thun lepas..
  • semoga jadi anak yang solehah buat mak dan ayah..
  • semoga beroleh kajayaan dunia akhirat..
  • semoga di panjangkan umur beserta kshtn untuk beramal..
  • semoga di limpah-ruahkan rezeki untuk jadi pemurah..
dan ingtlah, "UMUR yang bertambah menyababkan HAYAT kalian berkurang!!"

ni la gambar SYAFIQAH dan saya ktika sambut raya di rumah saya.. ramai yang kata muka kami sama.. bila jalan2, ada org tnya "kembar ea??" hm..mungkin genetik kami dekat nak sama kot.. sebab.....kami sepupu!! sekarg study kat UM.. sama ke muka kami?? entah la...











ni pulak NUR JANNAH.. sama U, sama kos, sama mahallah, sama2 orang JAWA..!! hehe..

Thursday, May 14, 2009

~kawan~

Post kali ini ialah lagu yang saya isi dalam blog ini..
mari kita sama2 hayati mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan RABBANI ini...

Tuesday, May 12, 2009

Alangkah Anehnya Umat Ini..

Perasan atau tidak, dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang aneh yang melanda masyarakat kita...sahabat2 kita..atau mungkin diri kita juga sebenarnya ..

Anehnya..
kalau ada meeting, temu janji, atau kelas,kita sangat takut, malu, segan dan sebolehnya tak nak lambat. mungkin membayangkan 'iqab yang bakal menanti, dan tebal muka seinci untuk berhadapan dengan orang lain.
Tapi..tika azan berkumandang..tidak segan silu kita delay janji temu kita dengan Allah..walhal Dia tahu alasan sampah yang kita nak guna pakai.


Peliknya..
saat perut mula meraung memohon secicip nutrisi, ramai yang meggagahkan diri mengatur langkah menuju mana2 kafe yang menawarkan pelbagai sajian,disamping harga yang murah juga termasuk dalam ciri2 kafe pilihan.
Tapi..ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan nabi saw tentang tawaran 27 darjat jika solat berjema'ah seolah2 "plastik" di mata kita.. betapa kita "bersabar" mendengar jeritan kelaparan rohaniah kita. seakan tiada daya melangkah kaki menuju masjid dan musolla yang sekangkang anak kera cuma.

Uniknya..
setiap bulan,tidak akan kurang dari RM30 kita mengayakan syarikat2 telefon. "banyak urusan kerja dan society" alasannya.
Tapi..untuk menghubungi insan2 yang tak mungkin kita terbalas budi,yang perabis duit gaji membesarkan kita, berjaga malam saat kita sakit dan menangis manja menuntut perhatian,seakan terlalu sayang kredit atau tidak ada masa. apa tidak cukup dan optimumkah masa dan rezeki kredit Allah beri?

Janggalnya..
sebelum ke kelas atau keluar outing,rasa cacat dan tak sempurna penampilan kalau baju tidak bergosok,tudung herot berot,seluar senget sebelah dan rambut berserabut.
Tapi..time berdating dengan Allah,semuanya tangkap muat saja. asalkan pakai telekung,mengenakan kain pelikat ala kadar tak kesah kemas atau tidak,wangi atau sebaliknya,yang penting 'menutup aurat'. seakan tiada beza pandangan yang hakiki dan pendapat yang retorik.

Malangnya..
kita sibuk membuat pelbagai kerja untuk islam. sanggup tidur lambat,rela menahan perut,dan pelbagai macam pengorbanan.
tapi..bila time subuh bertandang,entah mana semangat dan jiwa jihad yang tadinya menyala2..

Kelakarnya..
duit yang ada tidak pernah dikira untuk mendapat pelbagai kehendak dan keinginan hati. berapa je,sanggup berhabis duit untuk makanan, shopping, dan melancong sana sini.
Tapi, jarang benar makhluk bernama duit ini di labur di tabung2 derma dan mangkuk2 pengemis yang kita jumpa.

Begitulah betapa peliknya perangai kita yang tidak kita sedar atau tidak mahu kita sedar.. bersama bermujahadah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. "Biasakan yang betul,betulkan yang biasa".Wallahua'lam..



Saturday, May 9, 2009

Susahnya Nak Senang..

Baru2 ni,saya memohon cuti 2 hari untuh menghantar mak,abang dan kakak ipar ke KLIA, kerana mereka ingin mengerjakan umrah..jadi sehari sebelum fligh mereka,saya pergi ke rumah abg di Kinrara puchong.

Alhamdulillah..pukul 5 ptg keluarlah saya dari mahallah tercinta ini..bismillahh..dengan nama Allah..saya melangkah.. berhasrat nak singgah di ATM dpn klinik CFS, keluarkan duit yang berbaki seciput mungkin. klik..klik..klik.. astaghfirullah,macam mana boleh salah budjet ni??! baki duit hanya RM12!! mcm mana ni..ringgit yang terakhir dlm purse bari diserah pada makcik cafe ZC,membeli ice blended. 1 je jalan yang Allah ilhamkan;pinjam kawan. telefonlah seorang sahabat saya menyuarakan hasrat. dengan penuh harapan dan smbil memujuk hati "xpe,sabar..sabar..tarbiah..tarbiah..". berjayalah saya meminjam RM5.

Menunggu bas Rapid dpn pagar CFS ni x jadi masalah. Sampai sahaja di KL Sentral, tunggu bas dengan penuh dbaran sebab pertama kali ke Puchong menaiki bas. seram juga kalau tersilap ke.. bila sampai bas U70,debaran hati makin terasa.mana taknya,subhanallah..ramainya orang!! majoriti ialah kaum adam dr "overseas"@"foreigner"@ nama glamour pekerja bangla dan indon di M'sia "sejahtera" ni.

Yang kali ni lebih mengujakan untuk dikongsi. Selama hidup saya, naik turun bas sejak form 1, rasanya ni lah perjalanan yang paling mencabar, menguji stamina, menguji emosi, mencabar kesabaran dan memberi kenangan. sukar nak gambarkan betapa sesak nya bas tersebut, boleh dikata "ikan sardin dalam tin pun lebih selesa..". mujur saja tak berlaga tika bas maluncur laju di selekoh. tapi,Allah sahaja yang tahu betapa perit jari memaut pada pemegang yang tergantung.smpat juga beberapa saat terasa kejang kaki;berdiri hampir sejam dgn penuh siksa untuk stabilkan kedudukan. sekali skala ada juga 'unplesant odour' menumpang lalu..

Akhirnya,alhamdulillah..sampai juga akhirnya. Jujur saya kata, keadaan diri tika tu serupa sebiji sebotol dengan keadaan ketika keluar dari dewan pekse Midsem,paper math!! "Ya allah..jangan la aku PITAM kat sini..".

Maghrib tu,mak dan akak2 pun tiba dari johor.Esok nya selamat la kami semua menghantar mereka.



kepada penduduk Puchong yang menggunakan bas untuk pergi mencari rezeki stiap hari:
semoga tabah menghadapi hari2 anda. semoga Allah memberi ganjaran pahala lantaran sabar dalam mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri.

kepada owner syarikat Rapid:
harap dapat tambah bas terutama di waktu2 puncak (pergi dan balik kerja).

kepada pembaca sekalian:
jangan lah menaiki bas RapidU70 terutama di waktu2 puncak,berilah sedikit ruang pada pengguna lain berasa selesa dengan ketiadaan anda...!!