Saturday, September 18, 2010

~LoVe FooD~ blog baru..nafas baru..

hari ini, Alhamdulillah saya berjaya mewujudkan sebuah blog baru.. ~LoVe Food~..

http://amalibudakdietetik.blogspot.com/

kalau bace sekali lalu, seakan saya ni kuat sangat makan... ish3.. sebenarnya itu lah blog yang saya impikan untuk diimarahkan sebagai dietetik student sekarang.. InsyaAllah sedikit sebanyak perkongsian tentang pemakanan saya coretkan di situ..

selain tu, insyaAllah blog ini akan terus bernafas, walaupun tidak serancak seperti yang sepatutnya... sekian... (^_^)

Saturday, August 28, 2010

~shopping di mydin kuantan~

bismillah..

tadi lepas exam BM, kwn2 ajak pi mydin

mula2 malas jgk sbb  x de apa nak dibeli

[sbnrnya x de duit sgt nak byr bila da beli nanti]

tp layan la jgk, release tension la kononnya 

[x de la tension mana pun ]

kak hawa kata nak sponsor tambang pi balik

[trima kasih kak awe]

dah sampai mydin, raaamai sgt org

rata2 beli brg2 persiapan raya

[terbayang mak n akak2 kat kmpung, msti lbih kurg je..bestnya]

x tau nak beli apa, nampak bakul sampah kale pink

igt nak beli, dah bwk kehulu ke hilir sambil tgok brg lain, "ish, x jd la, bukan penting sgt pun..btul2 luar pintu bilik ada sebijik tong sampah lambang UIA"

letak semula

tibe2 nampak loyang aluminium

"wah, best ni, bagi mak sebijik yg bentuk panjang, utk wat roti, kat umah x dak lg bentuk ni. amik la sebijik"

jln2...jumpa balang tutup warna warni..cantik..

"kak tasya nak balang gula? suka kale apa?"

"hijau.." [PAS sungguh kak tasha ni, balang gula pun nak kale hijau..]

amek la sebijik.. hm..apa lg nak beli... "oh ye, Teh cap LIPTON"

[mlm2 slalu teringin nak minum teh panas] ambil pek yg 20 uncang punya

jalan2 ternampak sesuatu yg menyeronokkan.. "wow, MI SEDAP..!! lamenye x makan..kalo beli kat asrama 90sen 1 peket, kalo ni murah sikit..hihi.." 

[kalo prof nik yg ajar nutrition n health tahu mesti geleng kepala je]

n beli gak 1 skaf utk solat. 

dah, tu je.

bratur paaaanjang sgt utk byr

bila da siap, kwn2 len sume x siap lg

smgt depa shopping

bila tgok bil, "ceh, plastik pun kene cas doposen.."

hm..sabo je la.. bgus gak, "save our planet"

jumlah bil RM15.30

[beli sikit pun cecah belas2 gak..duit..duit..mcm air]

kat luar pintu mydin,ada sorang pokcik [gaya cam ustaz]

duk mcm bukak kaunter.. 

"oh, ada kaunter zakat, baguihnya.."

tgok2, dia tmpal kadar zakat RM7 seorang.. Allah, kat tgn ada RM4.70 je

sementara tunggu yg len, smpat jgk tgok sorang pakcik muda byr 

"utk 3 org ye" sambil pegang duit RM50

sejuk ati...

ye lah, zakat fitrah ni mkin lama mkin ramai yg x bayar

bukan x de duit,

tp x de ati nak byr "alah, pusat zakat tu dah byk duit, duit zakat taun lepas pun x abes pakai lg"

[ish2..x patut...x patut..]

x lama kami pulang, naik keta pakteh

slamat sampai UIA

alhamdulillah...

"ini bukan kami...!!"

~tamat~

p/s: kalau anda jumpa org x mo byr zakat dan berkata "x yah bayo zakat, duit zakat taun lepas pun x abes pakai lg kat pusat zakat tu ha.."  maka jwb lah dgn tenang "ha'ah..btul gak..kalo gitu, hang x yah makan selama 7 hari, sbb tenaga hang x abes pakai lg pd hari ke-7 tu..!!"  >_<

Tuesday, August 24, 2010

~unta=camel=ibil~

bismillah..
                Tersebutlah kisah, bahawa seorang raja telah mengeluarkan titah pada semua pemuda di wilayahnya agar keluar mengembara. setiap mereka diberi seekor unta utk diguna sebagai tunggangan sepanjang pengembaraan. 

        Tugas mereka mudah sahaja, iaitu mengutip sebanyak mana barang yg bernilai [selagimana tiada pemilik]. Maka keluarlah semua pemuda memulakan pengembaraan... masing2 sibuk dengan urusan masing2:
-ada yg asyik mencari dan mengutip segala brg berharga dan menjaga unta
-ada yg tidak peduli dengan unta hingga unta sakit x berdaya
-ada yg terlalu asyik dengan untanya hingga terabai amanah utama

  Dan dalam byk2 golongan pemuda, pemuda jenis ketiga yg paling ramai bilangannya...mereka sibuk melayan kerenah dan segaa kemahuan unta mereka. unta2 mereka gemuk dan saolah2 manjadi TUAN kepada pemiliknya. mereka lupa tujuan pengembaraan tersebut.

  Sampai satu masa, semua pemuda dipanggil pulang ke negeri. saat ini, barulah pemilik unta yg leka tersedar. terkocoh-kacah pulang sambil penuh ketakutan didada. 

  Setiba di istana, satu persatu pemuda menunjukkan apa hasil pengembaraa. maka raja mengumumkan bahawa ramailah yg gagal dalam misi tersebut. dan org2 yg gagal harus dihukum. mereka merayu "wahai Raja,tolonglah beri semula unta kami, dan berilah peluang untk kami mengembara sekali lagi, nescaya akan kami bawa barang berharga.." 

  Namun, rayuan mereka hanyalah sia2..kerana..unta mereka telah mati...tiada lagi peluang kedua..selamanya...

                                                     ~tamat~



kisah ni sekadar analogi...

- pemuda = roh2 manusia
- unta = tubuh badan
- raja = Allah SWT

pengajaran:
- roh kekal kekal dan akan berjumpa dgn Allah..hidup selamanya di akhirat nant (kekal tidak bermaksud seperti kekalnya Allah).
- jasad adalah amanah yg perlu dijaga, supaya kekal sihat utk terus beribadah dan melakukan kebaikan, tetapi bukan 'dimanjakan' dgn mengikut segala kemahuan nafsu
- ajal dan maut hadir tanpa diduga ; x tunggu kita sedia @ x
- [mcm2 lagi, pembaca bole rangka sendiri..]

"dan in faqkanlah hartamu di jln Allah,dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dgn tgn sendiri dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berbuat baik" [al-baqarah:195]
pernah nampak unta hisap rokok?? ish3...
unta menyerupai org..eh..org menyerupai unta..eh..
ape2 je la...

Tuesday, August 10, 2010

GeMuk....

Gemuk baring atas timbunan hadiah kawen kak ni...so cute..!!

berehat2 di depan pelamin..."gemuk..gemuk.."

bismillah...

post kali ni bukan lah mengenai mana2 sahabat, atau artis, tapi kucing saya. saya x pernah menyayangi kucing sebagaimana saya menyayangi Gemuk. Gemuk lahir pd bulan Feb 2010. Nama Gemuk tu saya yang bagi, bukan kerana badannya gemuk, tp sebab bulunya yg sgt panjang, buatkan dia nampak sangat gemuk dan cantik... ibunya kami namakan Tayang (panggilan manja bg 'sayang'). Tayang ialah kucing kampung yg berbulu biasa. kami membuat kesimpulan yg Gemuk mendapat gene kucing parsi dari ayahnya. mak kata,mak pernah ukur bulu di ekor Gemuk,kira2 3 inci..!! mmg chubby...

sesiapa pun yg melihat Gemuk pasti terpikat, dan ramai yg melamar Gemuk utk dipelihara, tp mak x nak bg, sbb dia terlalu istimewa bagi kami. cuti sem saya selama 4 bulan lebih, penuh dengan kenangan manis bersama Gemuk. x pernah saya jumpa kucing semanja Gemuk. kalau saya atau mak baring di bilik dapur, dia mesti datang dan tidur disisi kami, kdg2 siap landing atas lengan...sgt manja.. 

pernah saya dan mak pergi ke Kedah beberapa hari, kak dilah yang ada dirumah waktu tu kata, Gemuk x de mood...tido je, xmo main2 sangat. tp bila kami pulang sahaja ke rumah, Gemuk semacam 'naik sheikh'... lompat sana, lompat sini...naik atas motor...main dgn adik2nya yg baru pandai bertatih...hm...jelas sgt kegambiraan di hatinya. mungkin kerana saya dan mak lah yg banyak luangkan masa bersamanya...jd adrenaline Gemuk keluar tanpa disekat2 lagi. sooo cute...

bila nak masuk kuantan, beritahu mak, mcm nak bwk gemuk je pi kuantan... tp mak x bagi, mak kata, biarlah dia kat rumah,buat teman dan hiburkan mak kat rumah. bila dah ada kat kuantan, pantang jumpa kucing, mesti saya nak panggil mereka Gemuk. setiap kali telefon mak, saya x kan pernah miss tanya pasal Gemuk. sayang sgt kat Gemuk...

6 Ogos ialah tarikh yg sgt ditunggu2 sbb saya akan balik, setelah genap sebulan di kuantan ini. tiba di rumah jam 10 malam. kak izzi ambil di pekan baru, bila sampai sahaja ke halaman rumah, kak izzi kata, "Gemuk 1 hari merajuk, x nak masuk rumah, x nak makan, x tau napa. pg td dia ada be**k sekali kat dalam rumah, dia rasa bersalah kot.." bila turun kereta, saya trus dapatkan Gemuk yg baring atas batu di halaman... rindu sgt2 kat Gemuk..tp..dia x respon..dia seolah tiada perasaan.. "demam kot Gemuk ni..."  sedih bila kepulanganku x 'disambut' gemuk...

pagi2 sabtu, mak bawak masuk Gemuk, kelihatan lemah, mungkin sbb semalaman x makan dan minum. Gemuk busuk time tu...sbb dia cirit-birit (cb). mak mandikan dan terus lap supaya dia x sejuk... gemuk naik atas kotak tepi mesin basuh dan trus berehat disitu. sgt lemah dan x bermaya. x lama lepas tu, dia jalan pula ke bilik dapur, tempat dia selalu tidur. saya ikutkan lgkahnya dan duduk menghadap sambil  pujuk dia supaya cpt sembuh... tiba2 Gemuk seolah2 hendak muntah.. cepat2 saya panggil mak dan mak keluarkan dia melalui tingkap dan letak atas tanah. tingkap bilik dapur rendah je sbb dapur saya dapur bawah (atas tanah).  lepas Gemuk gemuk muntah, dia lari masuk bawah rumah, mungkin 'malu' atau rasa 'bersalah'. kami hanya biar, bahu beri dia masa utk menyendiri...kesian Gemuk...

gemuk duduk sahaja bawah rumah...bila dipanggil, dia menyahut..tp suaranya seperti sakit tekak...bila tengahari, mak ambil dia keluar dari bawah rumah, letak dihadapannya nasi+ikan tumbuk,tp kami sgt terkejut kerana Gemuk terus berpaling. sedihnya... x tahu kenapa...  

kakni dan suami, a. saleh tiba dirumah dari melaka jam 6. mak cerita tentang Gemuk, a.saleh pun cari Gemuk sbb dia hilang, x tau ke mana. rupa2nya Gemuk sedang menyorok di bawah zink2 yang x dipakai sebelah rumah... Ya Allah..kesiannya... saya yg kebetulan ada di bilik air disuruh mak utk mandikan Gemuk... Gemuk busuk sangat...dia cb lagi dan kali ni lbih truk keadaanya. selesai mandikannya, dia trus tidak bermaya sampai kepalanya terlentok atas lantai bilik air. trus saya angkat dan kta padany "Gemuk, jgn la mati kat sini..heei..bngun2.."... sedih sangat..

kak ni, a.saleh, kak dilah dan saya trus bersiap2 utk hantar Gemuk ke klinik haiwan di bandar...sepanjang perjalanan, Gemuk diam je...x bergerak..x respon.. hanya kata2 semangat yg mampu saya beri padanya...mengharap dia mengerti.. "sabar ye Gemuk, kita dah nak sampai hospital ni..Gemuk mesti kuat..!!"

sampai sahaja di klinik, trus saya masuk dan jumpa dgn doktor, entah mcm mana, saya yg sgt cemas masa tu berkata "Doktor, tolong, kucing saya dah nak mati.." doktor usik2 hujung matanya.. ada respon, "oh, hidup lagi..x pe2, duduk dulu". Gemuk didaftarkan, katanya nombor pendaftaran Gemuk 11804. selepas itu, kami disuruh masuk membawa Gemuk  ke bilik rawatan. dia suruh letak gemuk di meja kedua, katanya meja 1 tu utk anjing, meja 2 utk kucing... 

doktor memulakan rawatan dgn masukkan termometer pd dubur Gemuk...kemudian di urut2 bahagian perut. "hati gemuk ni sudah bengkak...sbb tu perut dia terhimpit dan hilang selera makan..." kemudian termometer pula dikeluarkan "oh, suhu dia 35 C, sgt rendah bagi kucing. suhu normal kucing 38 C..." ya Allah...kesiannya gemuk...sgt bersalah bila teringat yg saya memandikannya td... selepas itu doktor sapukan termometer tersebut atas slide utk cek cacair dari duburnya di bawah mikroskop. ya Allah...doktor tunjukkan kami yang dalam usus Gemuk ada bakteria(B) yg sgt bahaya bg kucing..!!

saya x igt nama bakteria tersebut, yang pasti, B tu sekurang2nya sudah mendiami badan Gemuk selama seminggu. seekor B mampu bertelur sabanyak 250000 telur..!! bayangkanlah betapa sensaranya Gemuk selama ini... B tersebut akan serang hati,kemudian perut, dan akhir sekali usus. usus Gemuk sudah menjadi ulser,sbb itu cecair duburnya bercampur darah...B tu boleh didapati dari tanah, x berjangkit pd manusia, tp bole berjangkit pd kucing lain... maafkan kami Gemuk...

selesai rawatan, doktor bagi ubat, ada 2, 1 utk cb, 1 utk bunuh B. kos rawatan+ubat=RM200. doktor pesan supaya x bawak kereta laju2, takut Gemuk muntah.. kesian Gemuk...

bila sampai rumah, saya bg  ubat pd Gemuk. tadah air panas dalam botol utk letak sebelah Gemuk utk naikkan semula suhunya...dan kami semua keluar utk makan malam... jam 10 lbih saya sampai rumah... terkejut lihat gemuk sgt2 lemah, mak yg dah sampai dulu kata, dari td dia mengerang2, mcm org suaranya. trus saya duduk disisinya..sambil usap2... "Gemuk...bgun..jgn la mati dulu..Gemuk...Gemuk..." menyedari keadaannya makin tenat, x tertahan air mata..suasana terlalu syahdu..sesekali Gemuk kekijangan.. ya Allah..mungkin telah sampai masanya... bila rasa kaki depannya ya Allah..sejuk sgt... berlari ke dapur mengisi air panas dalam botol, dgn harapan dapat naikkan semula suhunya... bila saya kembali..gemuk seperti sudah putus nafas..tiada lg degupan jantung... innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

kubelek2 badan Gemuk dgn pnuh tangisan..namun tiada juga balasan...kuletak Gemuk dalam kotak semula dan pergi mencuci tgn....kini gemuk sudah menjadi bangkai...dia x lagi seperti dahulu yg boleh ku dukung...ku cium...dan ku belai... a.saleh melebarkan selimut Gemuk utk menutup kotak tersebut..saya naik ke bilik dan mengirim berita pd sahabat2...dgn linangan air mata yg tidak putus, saya terlena... sempat pula bermimpi yg Gemuk hidup kembali...!! 

pagi Ahad, suasana rumah sgt sayu...masing2 diselubungi kesedihan. sebelum pukul 7, saya turun ke dapur utk membuat roti...roti diuli dgn sebak didada,tanpa sedar,bergenang kembali mataku yg sedia bengkak.."alahai Gemuk..kau x sempat nak rasa roti aku buat..." jam 8 lbih, saya keluar rumah, membawa cangkul dan pergi ke tebing parit sebelah rumah...ketika itu, x tertahan lg sebak didada..aku menangis semahu2nya sambil menghayun cangkul.. setelah selesai, kubawa Gemuk yg sedah mengeras, sambil dibantu mak, Gemuk selamat dikebumikan...

tiadalah lg Gemuk di dunia ini...

kenangan bersamamu x kan kulupa sampai bila2..

Ya Allah..tidak kusangka Kau kabulkan doaku..

doaku sejak dahulu..

"Gemuk...kalau kau nak mati, jgn lari dari rumah tau...biarlah kau mati depan mata..supaya kami x tertanya2.."

Ya Allah...sudah Kau takdirkan aku pulang ke rumah...

ketika Kau menjemput kesayanganku ke sana...

aku bersyukur kerana pernah menyayangi mu Gemuk...

jgn lupa..nantikan aku di pintu syurga...

kepulanganku ke Kuantan penuh kesedihan... sepanjang jalan aku terigt pd Gemuk...linangan air mata x terkira titisnya...kurasa alam turut berduka..kerana hujan diluar sama lebat dengan 'hujan' didalam bas ketika itu... dalam kelas BioChem, Gemuk asyik dtg dalam igtn.. Ya Allah..kuatkan aku Ya Allah... aku tahu, Gemuk milikMu..Kau berhak mengambilnya walau tanpa relaku.. "sesungguhnya setiap yg baharu itu akan mati..hanya Allah yg kekal selama2nya..." cuma satu pintaku ya Allah, temukan kami disyurga nanti...

hingga saat ini,air mataku kembali mengalir jika aku teringat kesayanganku itu....

~Di Mana kan Ku Cari Ganti ~

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


~Jauh Kau Pergi ~
 

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku


jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih


pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih...


pagi sabtu, selepas dimandikan mak..

klinik haiwan di batu pahat

doktor cek pernafasan Gemuk

selaput bawah mata dan lidah Gemuk pucat, sgt kritikal..darah x sampai..

sangat lemah...dia x selincah dulu..mungkin sudah berada di dunia yg berlainan...


Gemuk berselimutkan selimut saya masa kecik2 dulu sementara doktor beri ubat

Gemuk sudah mengeras pada pagi Ahad...

saya menemukan Tayang dan Gemuk buat kali terakhir

kubur yg siap digali...

ubat untuk bersihkan kuman

ubat untuk cirit birit Gemuk

Friday, July 30, 2010

tolong la jgn pandang serong pada saya...

bismillah...


hari ni saya masuk kelas lambat...bukan 5 or 10 minit, tapi SATU JAM..!! huwaaaa.... lambatnya...kelas phychology... T_T

pg td roomates sume keluar awal,msing2 ada kelas kul 8.30am. jd sepagi tu saya duk relax2 dalam bilik. makan biskut sayur munchy's...bukak FB...sambil dgr bacaan quran imam Masyari...tukar simkad celcom kpd maxis sbb nak telefon mak...dan pape la lg..sangat bahagia...~

tiba2 jam 11.17am,saya tukar semula simkad celcom..trus masuk 4 msj.
msj 1st dari pipah
"amali where r u?"..
msj ke dua dari humaira
"slm..amali ada kt kls ke?"
msj ke-3 dari celcom
"you hava 1 misscall from _______", dia btau pipah call...
msj ke-4 dari kak alang
"salam,amali x dtg kelas ke? xchat ke?"


waaa....rasa cam nak nangis..tp klakar pun ada.. "aih,apa kene la aku ni...camne aku bole igtkan kelas cancel arini..?? " kih3... truk btul.. apa yg buat saya igtkan x de kelas ialah perbualan roomates semalam,aesyah n humaira,

"oh ha'ah..amali x de kelas esok,kita je la kene keluar pg2 sok" kata aesyah memecah kesunyian mlm.

"ha'ah,dia amek food prep,kita amek basic food sciense" balas humaira.. saya yg da hampir tido pun menyambut..

"gudnite semua..saya tido dulu ye..slamat study..tata.." dgn nada blagak sbb x de kelas..

diorang pun kata "ceh..ye la tu mali..." (eh, ada ke diorang ckp gini?? hihi..penyedap cerita kot..)



rupa2nya kelas depa seblum kelas phychology..yg saya ni pi fikir maksud ayat "amali x de kelas" ialah "phychology kelas cancel.." kih3..ntah pape..

makanya selepas dapat msj2 tu, msj pipah je yg saya layan. tnya pendapat sempat lagi ke kalo saya nak datang..dia pun bg semangat. trus sarung jubah (naseb bek la da mandi)... keluar2 ke jalan raya, Alhamdulillah ada bas..tp bila naik,x jln2 pulak basnya.. aduih..nak je cakap ngan pokcik tu "pakcik,bole x jln skrg? saya da lewat ke kelas sejam ni..!!" huhu.. tp x buat la..

bila da sampai dpn pintu kelas,takut seh nak masuk, beberapa minit gak kat luar. tetiba ada pulak bro keluar lalu pintu blakang (ketandas kot,x tanya pulak :P). mesti dia fikir "aik,biar betul,baru nak dtg kelas ke sis ni??" .. ah..lantak la,yg penting saya nak masuk... maka kukuatkan juga semangat,trus masuk dan duk barisan kedua blakang sebelah wani.. fuh.. selamat..

ada la dalam 20 minit lepas tu,kelas pun tamat... bila kelas abes,ramai la kwn2 tanya, "amali,napa lambat?? tetido ea?" aduih...cuba la positif sikit kat saya. T_T ..
dengan tenang saya kata..
"x la, bukan sbb tido,lama da bgun,tp ada la sbb.." tp ngan kwn2 rapat saya cita la detail..oh tidak... sengalnya daku~


oh ye..masa call mak,dgn gumbiranya cakap "patutnya mali ada kelas ni, tp kelas cancel. roomate mali sume x de,diorang ada kelas..!!" haha..truk kan??

k la, tu je. kalo u all terexperience benda yg same,jgn putus asa utk trus pi kelas tau. pi je,better late than never..huhu...

sedih sbb x de kwn nak ajak pi kelas sama2..

kelakar sbb kesengalan diri..

marah sbb x bijak dalam menafsir kata..

malu sbb masuk kelas lambat..

gumbira sbb igtkan kelas x de..

bersalah sbb main masuk je,x minx maaf ngan sir..

dan mcm2 lg perasaan ber+ baur..

kdg kala kita berasa sedih..

ketika mana insan disekeliling tersenyum bahagia..

walau zahirnya, kita ceria,

seperti mereka..

Tuesday, July 20, 2010

~UIA Kuantan - lebih banyak pokok daripada students..~




bismillah...

Alhamdulillah..kini,saya dan shbt2 da bergelar undergraduate students kat UIA Kuantan ni.. lama dah masuk sebenarnya,genap 2 minggu, tp x dan nak post dalam blog.

kini saya berada dalam Kuliyah of Allied Health Scieces, dan Department of Dietetics.. department utk Kuliyah ni ada 4, iaitu:

1- DIETETICS [pemakanan]

2- AUDIOLOGY [pendengaran]

3- RADIOGRAPHY [pengimejan x-ray]

4- OPTOMETRY [penglihatan]

selain Kuliah of Allied Health Science, ada juga Kuliayah of Medicine, Kuliah of Pharmacy, Kuliah of Nursing dan Kulaih of Dentistry.

kampus kami ni besar sangat kawasan dia...mayb sbb kuantan ni mmg banyak hutan dan x brapa ramai penduduk,so x pe la nak buat kampus besar2... hihi.. banyak lagi bangunan yg under construction. even masjid pun x siap lagi.. selain tu, bangunan utk Allied sendiri blum siap. makanya, bangunan medicine la yg menjadi main building kat sini,termasuk la pentadbiran. 

KOM (kuliah of Medicine) gambar diambil dari kawasan tengah

(bangunan berbentuk petak dan ada dataran ditengah2,siap ada kolam lg)

overview dari jauh. ni hanya gmbar

sebahagian pokok yg ada kat sini..hihi..

ramai 'freshie' yg masuk UIA kuantan ni membawa azam dan cita2 baru utk berada di sini.. antaranya nak slalu study kat library..x mo tdo lepas subuh..x mo ngntuk dalam kelas...x mustahil juga ada yg nak 'dirikan masjid' ketika masih study kat sini.. hihi.. apapun, semoga segala azam suci students tersebut tercapai..

doakan saya juga ye..

[tbe2 terfikir macam nak buat blog khas utk isi n rewrite what have i learned in classes.. tgok la mcm mana nnti...]

Thursday, June 24, 2010

durian belanda..

bismillah..

[ada org kata kalo tulis blog elok buat dalam point. tibe2 terasa gatal nak tulis blog kali ni dalam point jugak...]

1-pada suatu hari,mak beli buah durian belanda kat Air Hitam. 

2-mak beli 2 biji,satu biji buat kami,1 biji lagi bagi jiran sebelah umah,sbb anak bliau tgh pregnant n mengidam buah durian belanda katanya.

3-masalahnya buah tersebut masih mentah lagi,lalu mak kata kene biar dulu,dah lembut baru boleh makan.

4-setiap hari aku cek buah tersebut samada da masak ke blum,aku picit2,masih keras lagi.

5-beberapa hari pastu,aku rasa buah ni da cukup masak utk dimakan. time tu sume akak n abang aku ada kat rumah.

6-dgn lafaz bismillah,aku belah buah tu. alangkah hampanya aku...buah tersebut da busuk..!!! huwaaa...sedihnya..isi dalam dia kaler putih+pink+kuning...

7-britahu mak pasal buah tu.."mak,buahnya da busuk...dia masak terpaksa kot...x pe la,bukan rezeki kita..niat sedekah pd kulat dan makhluk2 lain la ye.."

8-mak pun turut meredhai tntg hal itu

9-sedih..

10-entah apa hikmahnya.

11-sedih... (saja nak banyakkan point :P)

12-then aku keluar pi bakar sampah,sbb masa tu dah nak kerja kwen akak aku,kene la bersihkan keliling umah..

13-tgh syok2 bakar sampah,tiba2 cik normah (makcik sebelah umah yg lain,bukan yg anak pregnant tuh) yg mmg ada time tu bagi aku sesuatu.

14-cuba teka apa dia?

15-x pe,biar saya jwb ye..bliau bagi aku SEBIJIK BUAH DURIAN BELANDA..!!!

16-ya Allah..Allah saje yg tau betapa gumbira dan bersyukurnya akau time tu... 

17-bliau kata,"amek la buah ni,dah masak,haritu tgok blum masak,arini tgok kok da kene makan burung sikit..."

18-dekat2 ngan port aku bakar sampah tu la pokoknya. ah,aku x kesa kene kongsi ngan burung pun,rezeki Allah,dpt free2 je. setakat kene kongsi ngan burung,kicik punya hal..

19-maka dgn esaitednya, aku bawa masuk. mak x de time tu,kluar beli barang.

20-bila mak masuk je,mak trkejut tgok ada buah durian belanda yg lebih BESAR..!!

21-kami pun bermuhasabah balik,benar lah janji Allah,kalo kita redha dgn ketentuan Allah,maka Allah akan tunjukkan hikmah dan kurniakan rahmah yg lebih besar lagi..

22-tamat

hihi..ada x org len buat crita guna point cam ni...?? best jugak rupanya... (^_^)

ni la buah durian belanda dari cik normah

  besarnya rezeki kami sekeluarga berbanding burung yg turut menikmati nikmat Allah ini..