Friday, June 26, 2009

  sedang anakmithali lalu dpn bilik

seorang sahabat...

tertumpu mata pada selipar ni... 

tau kenapa??

perasan x, selipar ni mcm back ground blog ni..!!

huhu..

terima kasih tuan selipar..pinjam jap, jd model..

Thursday, June 25, 2009

what if...

hari ni balik kelas bio..

jawab kuiz entah apa2..

maaf mdm..

igtkan dah faham..

bila kuiz baru tau...

x tau apa yang anakmithali faham..

pas ni mesti blaja sungguh2 lagi!!

sampai bilik..

rehat jap..

dah pukul 5 lebih..

blum solat.. 

penat (kononnya)...

roomate balik..

"mali,da semayang?" tanya bliau..

"blum,rehat jap.." jawab anakmithali..

"cuba bayangkan..macam mana kalo Allah berehat seminit dua dari bg oksigen kat kita...

mesti kita mati kan..??"

glurp..!!

pedas.. lebih drp nasi goreng black paper ACafe..!!

tajam..lebih drp parang lepas asah..!!

insaf!! Astaghfirullah..

maka anakmithali trus bangun lalu berwudhu'...

dan solat jemaah dgnnya di musolla..

Alhamdulillah...

anakmithali dikurnia roomate yang x nak masuk syurga sorg2..

sayang kak awe!!

Wednesday, June 17, 2009

~INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI`UUN...~

          "Mak kambing,maafkan saya. saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!"pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing tua, yang terpinga2.

      Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih anak?

      Tidak perlu.Hakikatnya,emak kambing,ayah kambing,anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut.Mahu diambil emak,mahu diambil anak,kuasa mutlak ada padanya.

       Namun, kerana ihsan yang ada pada diri,penternak kambing sentiasa mengambil kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian,kerana seluruh kandang itu miliknya.

(petikan dari buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA,tulisan Ust Hasrizal Abdul Jamil)

                Apa kaitan kisah kambing ini dengan post kali ini??? Kisah ini adalah analogi mudah untuk saya menggambarkan bahawa ALLAH merupakan PENCIPTA,PEMILIK,PEMELIHARA DAN PENGUASA ATAS SETIAP SESUATU. Adakah kita sebagai makhluk ciptaanNya dan milikNya harus diminta izin untuk diuji? ujian dalam pelbagai bentuk termasuklah penarikan semula nikmat pinjaman dariNya adalah hak mutlak Allah Ta'ala yang tidak perlu dan boleh dipertikaikan lagi. Setuju??

                 Hari ini,anakmithali telah diuji dengan 1 ujian yang telah menitiskan titik mutiara dari kolam mata ini. Tengahari,dalam kekalutan bersiap untuk ke kelas Physics,tersedar yang seutas gelang emas halus yang dipakai sejak tamat skolah (kerana duk asrama skolah x boleh pakai barang kemas) sudah 'lost contect'..!! YaAllah..mana pulak gelang ni?? aduih... dah la beli pakai diut pusaka tinggalan arwah abah. sangat sedih!

                   Cari jugak kat kwsan keliling,tp x ketemu.. Ah..biar lah dulu,petang karang cari lagi..yang penting sekarang kene pi kelas!  pulang dari kelas,mulalah operasi mencari..dah puas cari..x jumpe2 jugak.. hurm..ujian betul ni.. 

                   Puas juga memujuk diri agar positif dan cuba mencari hikmah yang bersembunyi,sedia dicari... anakmithali bisik pada hati.."sabarlah,,mesti ada hikmah. Allah x kan silap dalam melakukan sesuatu. YaAllah,andai dengan gelang tersebut menyebabkan aku berpenyakit hati, atau mengasihinya lebih dari mencintai Mu (na'uzubillah),aku redha dan rela engkau 'mengambilnya'..."

                  Roomate tersayang memujuk,setelah penat tolong cari skali "x pa lah,mana tau hilang yang kecik,mak mali rupanya dah beli yang baru dan lagi besar untk mali ke.." hehe..lucu..

                 Roomate tersayang lg 1 pulak,bila di beritahu,dia merespon,"xpe,mungkin Allah tarik sesuatu yang kecil tu sebab nak ganti dgn sesuatu yang lbih bernilai. mungkin bukan gelang,tapi ilmu ke,kajayaan ke.. InsyaAllah.." hm..sejuk ati dengar.. 

                 Terima kasih roomates ku..u all memang best!

    

                  Ha..ni lagi best,msj keramat dari MAK paling best kat dunia yang ada kat Parit Yusof..."Yang mas tu ke? alahai,manalah nak cari..xpe lah..nak buat macam mana,dah nak hilang. sedih memang la sedih..tapi redho lah.. Mali pakai je lah gelang Mekah yang mak bagi yang harga 5 rial tu..hehe.." mak..mak..memang best! x jd nak sedih.. huhu..

                   Maka petang tu anakmithali pun pergi ke pasar malam dengan roomate dan jiran bilik,beli aiskrim goreng! sedih2 jugak,hidup mesti diteruskan!! hehe..

                  Tu je, apapun dapat jugak nasihat dari sahabat agar bykkn selawat dan baca YA JAMI', (wahai Penghimpun)...insyaAllah boleh jumpa.

                Ingat lah,deen itu kata terbitan dari 'daina' iaitu adebted (berhutang). baru pg td mdm Salina ajar RIM kata "we make debt with Allah since we fertalized,born and until now we make accountless debt with Him.." sedarlah,even semolekul oksigen pun kita kira berhutang dengan Allah dan cara untuk 'membayar' hutang tersebut adalah dengan menyerah segala ketaatan pd Nya,setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap saat...abadan abada.. semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang sabar dan disayangi Allah Ta'ala...amiin..

Wallahua'lam...

 p/s:sesapa ada terjumpa gelang emas kat sekitar CFS,bole hubungi ana. ganjaran hebat sedia menanti,insyaAllah..!! trimas..(" J)